Jumaat, 29 Oktober 2010

PANTUN PRK DUN GALAS



Pergi warung beli laksa
Bawa ke rumah untuk keluarga
Dua puluh tahun PAS berjasa
Membuka jalan rakyat ke syurga

Bawa ke rumah untuk keluarga
Dibaca doa sebelum makan
Membuka jalan rakyat ke syurga
Segala Sunnah Nabi diamalkan

Dibaca doa sebelum makan
Mengingati Allah pemberi rezeki
Segala Sunnah Nabi diamalkan
Munafik saja berhasad dengki

Mengingati Allah pemberi rezeki
Sekelian makhluk dalam alam
Munafik saja berhasad dengki
Nama saja berbunyi Islam

Sekelian makhluk dalam alam
Ada ghaib ada nyata
Nama saja berbunyi Islam
Ada hati tapi buta

Ada ghaib ada nyata
Diketahui manusia yang berakal
Ada hati tapi buta
Suka melakukan kerja nakal

Diketahui manusia yang berakal
Allah pencipta sekelian alam
Suka melakukan kerja nakal
Sokong parti menentang Islam

Allah pencipta sekelian alam
Dari tiada kepada ada
Sokong parti menentang Islam
Tanda iman kosong di dada

Dari tiada kepada ada
Contoh ternyata alam ini
Tanda iman kosong di dada
Buat maksiat cukup berani

Contoh ternyata alam ini
Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Buat maksiat cukup berani
Seperti mengingkari perintah Tuhan

Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Ada sungai ada laut
Seperti mengingkari perintah Tuhan
Lupa menanti saja Malaikat Maut

Ada sungai ada laut
Di dalamnya ada banyak ikan
Lupa menanti saja Malaikat Maut
Bila-bila masa nyawa ditamatkan

Di dalamnya ada banyak ikan
Cencaru dan juga bawal
Bila-bila masa nyawa ditamatkan
Dalam kubur semuanya di soal

Cencaru dan juga bawal
Mudah saja masuk pukat
Dalam kubur semuanya disoal
Dengan munafik jangan berpakat

Mudah saja masuk pukat
Berbagai jenis ikan di laut
Dengan munafik jangan berpakat
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut

Berbagai jenis ikan di laut
Menjadi makanan bagi manusia
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut
Menyokong asobiah kerja sia-sia

Menjadi makanan bagi manusia
Dari dulu hingga sekarang
Menyokong asobiah kerja sia-sia
Pimpinan mereka suka temberang

Dari dulu hingga sekarang
Matahari terbit dari timur
Pimpinan sekular yang temberang
Menyokong mereka membazirkan umur

Matahari terbit dari timur
Terbenam pula di sebelah barat
Menyokong mereka membazirkan umur
Menanggung derita di alam akhirat

Terbenam pula di sebelah barat
Berlaku pula setiap hari
Menanggung derita di alam akhirat
Perkara ini eloklah disedari

Berlaku pula setiap hari
Mencari rezeki untuk keluarga
Perkara ini eloklah disedari
Ulama petunjuk jalan ke syurga

Mencari rezeki untuk keluarga
Dengan membuka klinik perubatan
Ulama petunjuk jalan ke syurga
Menceritakan bahaya parti syaitan

Dengan membuka klinik perubatan
Dikenali penduduk Gua Musang
Menceritakan bahaya parti syaitan
Isu Ketuanan Melayu yang usang

Dikenali penduduk Gua Musang
Dr Zulkefli yang budiman
Isu Ketuanan Melayu yang usang
Silap-silap boleh merosakkan iman

Dr Zulkefli yang budiman
Lulusan daripada Universiti Malaya
Silap-silap boleh merosakkan iman
Bila khurafat mereka percaya

Lulusan daripada Universiti Malaya
Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Bila khurafat mereka percaya
Membetulkan mereka perlu berjihad

Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Suka membaca surah Al-Ikhlas
Membetulkan mereka perlu berjihad
Menangkan calon PAS di GALAS


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Oktober2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan