Isnin, 4 Oktober 2010

BERITA MENYEDIHKAN - KOMA DITERAJANG PERAGUT



I
Koma diterajang
Ibu muda derita kerana peragut
Buat maksiat tak takut
Bila perintah agama tak ikut
Bila kehendak penjenayah diikut
Bila kehendak perkauman sempit diikut
Kejayaan kaum lain dirungut-rungut
Alamat pendokong perkauman akan hanyut
Seperti sampah dalam laut

II
Berita terpampang
Di muka depan Harian Metro
Keluaran hari Sabtu
23 Syawal 1431 Hjirah
Bersamaan 2 Oktober 2010
Kelemahan diri perlu disuluh
Ekonomi kaum lain teguh
Dengki dengan mereka siapa suruh
Disebabkan kotor roh
Disebabkan pemimpin tak solat Subuh


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan