Khamis, 28 Oktober 2010
TETAP TENANG
Manusia
Mulia kerana amalnya
Mencari pahala sedaya upaya
Dengan ilmu mudah berjaya
Ilmu mengenal Allah
Ilmu mengenal Rasulullah
Sumbernya Al-Quran dan Sunnah
Berjiwa dengan jiwa mut'mainah
Jadilah pemimpin beramanah
Buat yang disuruh
Jauhi yang dilarang
Asasnya ialah sembahyang
Memohon kepada Yang Penyayang
Supaya calon PAS di Galas menang
Sewaktu Tahajjud airmata berlinang
Wajah Mursyidul Am tetap tenang
Dua puluh tahun dikepung ' beruang '
Disekat wang
Dilawannya dengan sembahyang
Sehingga Sami Buddha pun sayang
Penganut agama lain pun sayang
Dr Zulkefli Mohamad orang Galas sayang
InsyaAllah terbuka jalan untuk menang
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
TETAP TENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan