Khamis, 7 Oktober 2010
PANTUN TAK NAIK ANGIN
Ada kolam ada masjid
Tempat orang sembahyang raya
Cari guru yang mursyid
Ada asas untuk berjaya
Ambil tali panjang tujuh
Minyak bercampur air mawar
Bersabar menghadapi musim tengkujuh
Dengan berwirid hati pun segar
Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang di dalam perigi
Fitnah perkauman jangan biarkan
Masyarakat majmuk menanggung rugi
Anak Melayu menikam pari
Pari ditikam tombak senangin
Elok sentiasa muhasabah diri
Bila kalah tak naik angin
Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Di akhirat penzalim pasti rugi
Bila Kebudayaan Barat sentiasa dipuja
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
PANTUN TAK NAIK ANGIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan