Jumaat, 22 Oktober 2010

HANYA ADA SATU



I
Pilih dari tiga
Banyak perkara perlu diambil kira
Dosa dan pahala kena juga diambil kira
Bagi yang beragama
Suruhan Rasul buat segera
Bila ini diambil kira
Baru ahli-ahli gembira
Parti akan berupaya
Menghadapi karenah
Pelbagai ahli yang majmuk
Undi tak boleh dibeli
Undi diberi kepada yang ada hasrat
Menyelamatkan parti
Daripada bahaya dalaman
Bila lawan dijadikan teman
Bila fikir hanya kebendaan
Hilanglah kewarasan pertimbangan
Ini budaya politik lama

II
Pilih dari tiga
Bagi pejuang-pejuang Reformasi
Membenci korupsi
Membenci beli undi
Membenci kepura-puraan
Boleh dikenali daripada amalan sehari-hari
Depan cermin lihatlah diri
Kebaikan parti harus dicari

III
Dengan amalan politik baru
Dari tiga hanya ada satu
Pimpinan yang bemutu
Dengan ahlinya boleh bersatu
Boleh jadi imam solat lima waktu
Boleh jadi imam solat jenazah
Senyumannya indah
Mengundinya dapat faedah
Parti akan tetap jadi mantap
Menentang kepura-puraan dan rasuah
Ada pada yang beriman dan bermaruah
Serta beramanah
Harapan baru diidam-idamkan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan