Jumaat, 22 Oktober 2010

DARI TIGA PILIH SATU



I
Dari tiga pilih satu
Tentu yang bermutu
Memudahkan kita bersatu

II
Dari tiga pilih satu
Yang itu sudah tentu
Boleh dijadikan menantu
Rupa ada
Akhlak pun ada
Ilmu pun ada
Pengalaman politik pun ada
Fulus sedikit ada
Wang bukan segala-galanya
Yang penting keupayaan bertindak
Menetapi kehendak ramai
Inilah politik baru
Harapan ahli hanya satu
Dalam kepelbagaian boleh bersatu

III
Dari tiga pilih satu
Boleh dinilai satu persatu
Keputusannya begitu
Ahli-ahli bersetuju
memilih yang kurang bermasalah
Ada rupa ada amanah
Ada ilmu ada maruah
Ada iman ada amal soleh
Calon yang serba boleh


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan