Selasa, 26 Oktober 2010

MUSIM HAJI 1431 HIJIRIAH



I
Bila tiba bulan Syawal
Bersedia mengerjakan Haji
Baik sesama suami isteri
Keredhaan Allah saja dicari
Rezeki halal saja dicari
Dengan ilmu mudah muhasabah diri
Kelemahan banyak pada diri
Kurang amal bakti
Cintakan dunia masih ada dalam hati
Takut pula nak mati
Inilah penyakit wahnn
Nafsu kita kena lawan
Dengan ilmu pengenalan
Daripada Al Quran
Dengan ilmu pengetahuan
Membawa kemajuan
Membawa pembangunan

II
Lahir berbagai jenis hiburan
Ditaja oleh syarikat perniagaan
Hadiahnya pun lumayan
Ada yang jadi jutawan
Ada yang jadi hartawan
Ada yang jadi masyhur dengan tulisan
Daripada wartawan-wartawan
Di media cetak
Di media elektronik
Dikenali di seluruh dunia
Dicipta oleh Kebudayaan Barat
Berteraskan kebendaan
Membawa kerosakan
Hilang sifat-sifat kemanusiaan
Wujud semangat kebangsaan
Biar hilang nyawa
Slogan yang tidak bermakna
Penyokongnya tetap hina
Bila mengabaikan ajaran agama

III
Bila tiba bulan Zulkaedah
Bermulalah penerbangan Haji
Dari Malaysia ke Arab Saudi
Ingat juga bahaya Yahudi
Ingat juga syarikat Yahudi
Apco Worldwide
Melalui nasihat ada racun
Semua terpendam dalam hati
Dengan Islam tetap irihati
Di hati Zionis
Aktres  Hollywood nampak manis
Artis Barat nampak manis
Membawa budaya Hedonis
"Hidup hari ini lupa esok"
Dalam pantun dua baris
"Ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"

IV
Bila tiba bulan Zulhijjah
Berduyun jemaah kita tiba di Tanah Suci
Berniat melakukan Haji
Allah saja dipuji
Kebudayaan Barat dipandang keji
Merosakkan muda mudi
Kebanyakkan di kalangan Ketuanan Melayu
Dengan pemimpin haprak semua jadi layu
Diatasinya dengan wahyu
Daripada Allah Yang Maha Mengetahui
Ucapan perkauman dijauhi
Bila digelar Mak Haji dan Pak Haji


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan