Selasa, 19 Oktober 2010

BAJET RAKYAT



Pembentangan Belanjawan
Di Dewan Rakyat
Sekarang
Dikenali Bajet Rakyat
Isi diberi kepada kroni
Rakyat jelata pula dapat kuah
Kroni-kroni hidup mewah
Biasa di akhir zaman
Beri kemudahan kepada kawan
Zalimi pihak lawan
Putrajaya jadi buruan
Bagi yang berkepentingan
Tetapi bagi yang mahu perubahan
Dalam pilihanraya tetap berlawan
Dibenarkan di dalam
Sistem Demokrasi Berparlimen
Yang lebih kerusi di Dewan Rakyat
Boleh tubuh kerajaan
Kerajaan di peringkat Persekutuan
Bila 53 tahun pegang kuasa
Sedapnya rasa
Boleh buat apa saja
Ada ISA
Ikut Suka Aku
Lupa suatu hari badan akan jadi kaku
Bila roh dicabut oleh Izrail
Barulah menggigil
Teringat dosa-dosa dikumpul
Syurga mustahil
Dari bajet kutip hasil
Dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang yang disatukan
Untuk pengurusan
Untuk pembangunan
Inilah hasrat Belanjawan Tahunan
Mahu urus Khazanah Negara
Dengan cermat dan telus
Perlu pimpinan bertaqwa
Perlu penjawat-penjawat awam yang profesional
Halal haram dia kenal
Dosa pahala diambil kira
Baru perintah Allah buat segera
Baru akan berpeluang ke syurga
Berubahlah segera
Tinggalkan yang lama
Tinggalkan yang korup
Tinggalkan yang zalim
Berlaku bila rakyat sudah jadi alim


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431H/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan