Khamis, 21 Oktober 2010

APA YANG SALAH



I

" Lompat parti tidak salah
selagi tidak abai tanggungjawab sebagai wakil rakyat "
Harus diingat menyokong perasuah tetap salah
Harus diingat menyokong penzalim tetap salah
Harus diingat menyokong perompak tetap salah


II

" Lompat parti tidak salah
selagi tidak abai tanggungjawab sebagai wakil rakyat "
Ini pendapat tanpa hujah orang sebelah sana
Biarpun dipandang hina
Biarpun menyalahi agama
Asalkan kekal jawatan selagi ada nyawa

III

Katanya
" Apa salahnya "
Harus diingat memang salah
Harus diingat lompat parti kerana disogok itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana habuan mewah itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana khianat itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana tidak amanah itu berdosa
Harus diingat di akhirat ada balasannya


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan