Isnin, 11 Oktober 2010

PANTUN KUATKAN SETIAKAWAN



Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Dengan berzikir hati pun bersih
Menjadi kekuatan orang yang beriman

Ayam hutan terbang di hutan
Tiba tersangkut di jerat besi
Rakyat nampak kebaikan Pakatan
Di empat negeri minima korupsi

Bunga melati bunga di darat
Di tepi perigi bunga seroja
Jika mahu selamat di akhirat
Setiap masa Allah dipuja

Burung serindik terbangnya rendah
Nampak padi turun ke sawah
Menyokong Pakatan banyak faedah
Bersih negara daripada rasuah

Dari mana punai melayang
Dari pokok turun ke paya
Kebaikan Pakatan jelas terbayang
Bersih demokrasi daripada tipu daya

Gunung Daik bercabang tiga
Bukit Tunggal di Kampung Gajah
Semua manusia ingin ke syurga
Tugas utama hapuskan sistem penjajah

Hari panas jemur padi
Padi pula baru dituai
Pakatan Rakyat ingin berbudi
Perlu sokongan orang ramai

Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Bila semangat setiakawan sudah mekar
Pakatan Rakyat mudah ke Putrajaya


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan