Rabu, 27 Oktober 2010

BIAR RAKYAT TENTUKAN

Ketika seseorang telah meninggal, maka hilanglah dari jasadnya nyawa


I
Walau berkecai tulang
Solat tidak boleh dihalang
Bersabar bila ditimpa malang
Tetap menjauhi larangan
Tetap buat suruhan
Tetap ikut perintah Tuhan
Orang munafik tentu tak tahan

II
Walau berkecai badan
Daripada Nabi diambil teladan
Bersihkan badan
Daripada fahaman perkauman
Terus pertahankan iman

III
Walau berkecai jasad dari nyawa
Iman tetap dijaga
Pastikan aurat dijaga di kalangan keluarga
Terutama isteri tercinta
Rakyat lihat dengan mata
Cara haram jangan kumpul harta
Di akhirat pasti menderita

IV
Walau apa pun terjadi
Tidak terima nasihat Yahudi
Tetap kawal aktiviti judi
Kawal juga pergaulan muda-mudi
Pasti anak gampang tak terjadi

V
Putrajaya mesti kita pertahankan
Dengan setiakawan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Baru bermakna Demokrasi Berparlimen
Baru negara aman
Bila berlaku perubahan
Bila redha dengan keputusan
Inilah budaya ' anak jantan '


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan