Jumaat, 15 Oktober 2010

PERANAN AHLI POLITIK



I
Tugas ahli politik
Tugas yang murni
Mahu wujudkan masyarakat madani
Berkata benar tetap berani
Di depan 'tirani'

II
Tugas ahli politik
Membela nasib rakyat
Menyediakan peluang pekerjaan
Ekonomi diperkasakan
Berkorban apa saja
Pemikiran dan tenaga
Dibawa  ke usrah seisi keluarga
Dibawa dengar ceramah
Didedahkan kebaikan Sunnah
Sentiasa beramanah
Berjiwa mut'mainah
Membenteras rasuah

III
Tugas ahli politik
Menguruskan negara
Di peringkat Persekutuan
Dengan menghormati Perlembagaan
Bersatu dalam kepelbagaian
Bebas daripada hasutan perkauman
Inilah politik
Dipimpin golongan yang cerdik
Dengan ilmu rakyat dididik
Dengan akhlak terbaik
Pasti negara beroleh rahmat
Rakyat pasti selamat


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan