Jumaat, 29 Oktober 2010
JIWA SEORANG SEKULAR
Orang tua berjiwa sekular
Betul kata dia
Melayu mudah lupa
Semasa 22 tahun berkuasa
Dia banyak salahguna kuasa
Dia gunakan ISA
Dia tuduh Timbalannya
Sehingga 6 tahun dipenjarakan
Dia tidak hiraukan
Di waktu umur masa tambahan
Dikatanya tindakkan dia betul
Sekat bantuan kewangan kepada
Sekolah Agama Rakyat dia anggap betul
Dilaksanakannya PPSMI
Dia kata tindakkan itu betul
Bila nampak
Gerombolan perkauman sempit
Hampir tersepit
Dia tahu kejatuhan partinya tak dapat disekat
Dia merayu pertolongan
Dia mahu kekalkan kezaliman
Dia mahu kekalkan penyelewengan
Dia memang mudah lupa
Dia lupa nyawanya tinggal di hujung jalan
Dia lupa amal soleh
Dia lupa Munkar dan Nankir
Dia lupa balasan akhirat
Dia lupa dan terus lupa
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
JIWA SEORANG SEKULAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan