Ahad, 31 Oktober 2010
PANTUN PRK PARLIMEN BATU SAPI
Masak udang gulai tumis
Makan bersama seluruh keluarga
Turun mengundi hari Khamis
Hak rakyat kena dijaga
Makan bersama seluruh keluarga
Dapat sekali dalam seminggu
Hak rakyat kena jaga
Hak negeri jangan diganggu
Dapat sekali dalam seminggu
Sambil makan sambil bersembang
Hak negeri jangan diganggu
Baru demokrasi mudah berkembang
Sambil makan sambil bersembang
Secara tak langsung kita berdakwah
Baru demokrasi mudah berkembang
Tolak parti berbudaya rasuah
Secara langsung kita berdakwah
Boleh juga melalui puisi
Tolak parti berbudaya rasuah
Boleh di bawah sistem demokrasi
Boleh juga melalui puisi
Samada pantun atau sajak
Boleh di bawah sistem demokrasi
Di atas kebenaran elok berpijak
Samada pantun atau sajak
Mengajak manusia supaya berfikir
Di atas kebenaran elok berpijak
Prihatin terhadap yang miskin dan fakir
Mengajak manusia supaya berfikir
Terutama pentingnya hidup beragama
Prihatin terhadap yang miskin dan fakir
Membangunkan Islam tugas bersama
Terutama pentingnya hidup beragama
Diyakini oleh Ansari Abdullah
Membangunkan Islam tugas bersama
Semua ketentuan oleh Allah
Diyakini oleh Ansari Abdullah
Calon Parti Keadilan Rakyat
Semua ketentuan oleh Allah
Didoakan Pakatan Rakyat selamat
Calon Parti Keadilan Rakyat
Berjuang untuk kebajikan semua
Didoakan Pakatan Rakyat selamat
Memerintah Malaysia dengan jaya
Berjuang untuk kebajikan semua
Melayu, Cina, India, Iban-Kadazan
Memerintah Malaysia dengan jaya
Memberi manfaat kepada rakyat sekelian
Melayu, Cina, India, Iban-Kadazan
Penduduk terbesar di negara kita
Memberi manfaat kepada rakyat sekelian
Menjadi Ansari punya cita-cita
Penduduk terbesar di negara kita
Mahu hidup aman makmur
Menjadi Ansari punya cita-cita
Biar parti perkauman berkubur
HMS Abu Bakar
paksallehblogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PANTUN PRK PARLIMEN BATU SAPI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan