Khamis, 2 Ogos 2012

UNTUKMU AYAH


Duhai ayahku!
Aku tujukan tulisan ini untuk rohmu
Aku masih seorang anak anak
Apabila kau semaikan rasa takut
Kepada Hari Pembalasan dalam perasaanku
Tidak pernah engkau mengherdikku
Tetapi engkau mengarahkan
Hidupmu di depanku
Seolah-olah perhitungan
Hari Penentuan telah meresap dalam jiwamu
Engkau mengingatinya
Sepanjang masa
Di lidahmu
Di hatimu
Dan di dalam rohmu
Di samping melaksanakan tugas tugas
Dan hak hak ke atas orang lain
Engkau pamerkan keterbukaan hatimu
Dan sifat pemaafmu
Engkau bertindak demikian
Kerana pertimbangan sebenar pada hari kebangkitan
Engkau memaafkan kesalahan orang lain
Walaupun engkau boleh
Bertindak serupa dengan mereka
Kerana engkau menganggapkan
Bertindak serupa boleh mengurangi
Kemuliaanmu pada Hari Pembalasan
Kadangkala engkau memberikan
Kepada orang lain
Sesuatu yang engkau sendiri perlukan
Dan engkau menyebutkan
Bahawa engkau memperoleh ganjarannya di akhirat nanti
Wajahmu yang terbayang dalam ingatanku
Apabila kita selesai makan
Engkau akan bacakan ayat-ayat Al-Quran
Dan menyedekahkannya buat kedua ibu bapa
Kamu anak-anak kecil
Akan turut sama membaca
Ayat-ayat Al-Quran
Yang dipetik di sana sini
Yang belum kami hafazkan lagi.


-Syed Qutub. Cetusan Idea Seorang Pejuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan