Ahad, 23 Mei 2010

SELAMAT BERKONGRES KALI KE 6

Masa beredar
Rakyat mulai sedar
Putaran roda terus berpusing
Di Sibu BN pening
Taktik kotor mereka gagal
Pengundi Cina tetap cekal
Melayu Melanau dan Iban mula menyoal
Rasuah bukan halal
Judi bukan halal
Rampas tanah rakyat kerja dajjal
Kerja-kerja dajjal
Rompak kerajaan di Perak
Beli ADUN bermasalah
Beli dan ugut MP sakit jiwa
Para pengundi kecewa
Bayan BAru
Nibong Tebal
Kulim Bandar Baru
Bagan Serai
Wangsa Maju
Changkat Jering
Behrang
Lunas
Pelabuhan Klang
Ngemah
Bakar Arang
Jahanam yang mereka tuju
Dengan penzalim diampu-ampu
Para pengundi yang tertipu
PRU 13 semua kerusi sapu
Bila kering kolam
Katak-katak susah menyelam
Bermuka talam
Pasti tenggelam
Macam kapal Titanic di lautan dalam
Kapal Selam tak boleh menyelam
Komisen sudah ambil
Lepas dibom Altantuya masih menggigil
Pembunuhnya tentu jahil
Altantuya Shaaribu
Seorang ibu
Ada dua anak
Melihat gambar mereka hati jadi sayu
Natijah pemimpin haprak
Harta rakyat dirompak
Di Sibu kesedaran menjelma
PR penyelamat utama
DAP, PAS, SNAP dan PKR boleh bekerjasama
Bertoleransi dalam isu agama
Inilah agenda PKR
Dalam KOngres ke 6
Di kota Bharu
Perlu wujud semangat baru
Yang baik saja diseru
Yang zalim jadikan seteru
Penzalim berkubur di Sibu
Dengan kesedaran bahaya lompat
Setiap ahli perlu betulkan niat
Menjadikan PRK wadah perubahan
Berubah untuk kebaikan
Rakyat sekalian
Diterima yang waras fikiran
Selamat berkongres
Dari 27-30 Mei 2010
Selamat bermesra
Selamat berjuang
Untuk Berubah
Berpadu
dan Berkat
Inilah asas kesejahteraan Malaysia
Teruskan usaha
Hingga ke Putrajaya,

Sabtu, 22 Mei 2010

Cuba Fikirkan

Bila isthar
Keluar parti
Renunglan hati
Rakyat tetap perhati
Bila dalam PKR
Bila jadi ahli parlimen PKR
Fikir kebajikan rakyat
Fikir janji dengan pengundi
Di Bayan Baru
Di Nibong Tebal
Di Kulim Bandar Baru
Di Bagan Serai
Di Wangsa Maju
Masa beredar begitu laju
Di mana-mana pengkhianat tak laku
Dimana pelompat-pelompat tak selamat
Katak dalam kolam tak selamat
Jiwa tetap bergelora
Hati kecil tetap terseksa
Bila khianat dengan rakan-rakan
Bila berpihak yang terkenal zalim
Terkenal rasuah
Terkenal penyalahguna kuasa
Terkenal bersahabat dengan Yahudi
Rela terima World Wide
Negara di ambang kehancuran
Ini yang Anwar nak selamatkan
Ini yang Hadi nak selamatkan
Ini yang Kit Siang nak selamatkan
Ini yang P.R nak selamatkan
Bila anda lompat
Bila jadi ahli parlimen bebas
Anda merestui kerajaan zalim
Anda merestui kemungkaran
Anda merestui Apco world wide
Anda merestui kehancuran Malaysia
Adakah otak anda waras?
Adakah iman anda berfungsi ?
Adakah anda bertaraf manusia?
Jika jawapan benar
Anda pasti bersaman-sama P.R

RAKYAT PERLU DISELAMATKAN

Orang Melayu
Dibawah tadbiran ketuanan Melayu
Didapati banyak yang layu
Budaya layu
Bahasa layu
Puncanya menolak ajaran wahyu

Orang Melayu
Dari Persekutuan Tanah Melayu
Se hingga Malaysia
Hidup mereka jadi sia-sia
Ditipu setiap masa
Digunakan media massa
Lupa terkumpul dosa

Orang Melayu
DiHulu Selangor
Walaupun dihujung umur
Maseh lupa soalan kubur
Mata mula kabur
Aqidahpun lebur
Lupa todi
Terus beri undi
Lupa Apco world wide syarikat Yahudi
Rosak akhlak muda-mudi
Yang tua miang-miang keladi
Makin tua makin menjadi

Orang Melayu
Perlu di selamatkan
Dari bahaya penipuan
Dengan iman dan istiqamah
Dengan semagat setiawan
Dalam Pakatan Rakyat
Perlu ingat
Setiap amalan bedasarkan niat
Niat untuk selamat di akhirat
Dengan amalan berterusan
Dengan penuh keikhlasan
Baik bila pegang Kerajaan Persekutuan
Baru selamat Melayu , Cina , India, Iban dan Kadazan

BUMI BERTUAH

Masa untuk berubah
Bila ilmu bertambah
Allah tetap disembah
Penzalim pasti rebah
Pengkhianat pasti rebah
Mesti tabah
Sabar disuruh Allah
Banyakkan dakwah
Pasti merudum rasuah
Tentu tolak penjenayah
Igat jasa ibu
Sempena hari ibu
Tahniah pengundi di Sibu
Bikin mata penipu kelabu
Usaha penzalim jadi abu
Duit habis beratus-ratus ribu
Kepala terus digaru
Taubatlah penipu-penipu
Kepalsuan anda rakyat tahu
Lihat PRK Sibu
Undi pospun tuk lulus
Insaflah penipu-penipu
Apco world wide sebenarnya seteru
Sebenar hantu
Menentang hantu
Rakyat kena bersatu
Mudah berubah
Mudah berpadu
Usaha yang berkat
Inilah penyelamat
Ada pada Pakatan Rakyat
Sistem dua parti jadi matlamat
Persaudaraan pasti kuat
Semua rakyat
Ada tempat
Kecuali pengkhianat dan pelompat
Ini rakyat dah sedar
Parti perkauman pasti pudar
Disambar halilintar
Ambil umpan tolak perasuah
Sibu bumi bertuah

KEBAIKAN 5K

Kenalilah 5K
Anda jadi mulia
Jika anda amalkan
Berbekalkan ilmu di dada
Buangkan nafsu kebinatangan
Makan
Tidor & Bergaduh
Dibawah P.R. anda berteduh
Bila wujud
1 ) Kebenaran
2 ) Kebebasan
3 ) Kebajikan
4 ) Keadilan
5 ) Ketaqwaan kepada tuhan
Bila ini ada pada pimpinan
Keselamatan rakyat terjamin

Sudah lebeh 50 tahun rakyat menanti
Mahu system dua parti
BN hamper-hampir nak mati
PR akan ganti
Baru hidup rakyat berkualiti
Beramal soleh sebelum mati
Menipu jauh sekali
Menindas jauh sekali
Merompak Negeri jauh sekali
Sebab
Menipu
Menindas
Menzalimi
Merompak Negeri
B.N dijauhi
BN dibenci
Doa rakyat eloklah B.N mengundur diri
Biar PR tadbir Malaysia
Berilah peluang dulu
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau pinang
Di Selangor
Rakyat dah tahu
Pimpinan PR bermutu

Lepas hujan keluar kelkatu
Biasa berlaku diwaktu malam
Rakyat Malaysia boleh bersatu
Islam dan bukan Islam

BOLEH BANGKIT

“Melayu bangkit”
Solat malam
Banyakkan menyebut “ya! Salam
Tanda anda minat Islam
“Melayu Bangkit”
Bangkit bersahur
Berniat puasa sunat isnin dan khamis
Baru beribadat terasa manis

“Melayu bangkit “
Menentang penzalim
Mufti-mufti semua alim
Semua berpribadi muslim


“Melayu bangkit”
Menentang Apco world wide
Syarikat Yahudi
Dengan hiburan berterusan
Merosakkan muda-mudi
Menggalakkan rakyat berjudi
Melalui Piala Dunia
Anjuran FIFA
Di Afrika Selatan
Judi adalah kerja syaitan
Syaitan itu musuh manusia
Jadi kehidupan Melayu sia-sia
Bila tolak agama



“Melayu bangkit”
Menentang penyelewengan
Menentang kemungkaran
Menentang kuasa syaitan
Menentang semua kerja syaitan







“Melayu bangkit”
Membesarkan Allah
Membuat suruhan
Meninggal kan larangan
Bila ini dilakukan
Wujudlah kesederhanaan
Wujudlan perasaan persaudaraan
Sesama insan
Diingini Melayu Cina India Iban dan Kadazan
Semua mahu
Kebahagian
Kedamaian
Kemakmuran
Kebajikan
Keadilan
Menanti penuh harapan

ADA CITA-CITA

Ada yang solat
Tapi menyokong pengelat
Tapi merestui pimpinan curang
Bahasa Melayu jadi layu
Lebih 50 tahun ketuanan Melayu
Tapi dibuaikan
Dengan ancaman musuh
Diancam DAP
Sebuah parti berdaftar
Sebuah parti sosial demokrat
Bukan parti perkauman
Seperti MCA
Sebuah parti 100% Cina
Orang kampong patut tanya
Berjaya Group siapa punya?
Judi sports toto siapa punya?
Tokeh sports toto jadi kaya raya
Boleh beli ahli politik perkauman
Boleh beri alaun lumayan
Tentulah orang atasan

Orang yang rapat dengan pimpinan
Orang kampong hanya kempunan
Menanti suja PRK
Dimasa pilehanraya kecil
Duit turun dari Putrajaya
Janji manis belaka
Lupa diakhirat menanti neraka
Pegikut ketuaunan Melayu
Baru terasa
Dibawa hanya dosa
Ini ustaz keduniaan lupa
Ini ustazah keduniaan lupa
Ini mufti lupa
Apco worldwide bahaya
Kepada Negara
Kepada semua rakyat jelata
Bila Yahudi pegang tahta
Arab Palestin putih mata
Hanya HAMAS ada cita-cita
Sanggup mati kerana agama
Dengan Islam bersama-sama

Jumaat, 14 Mei 2010

DOA UNTUK KAWAN LAMA



Doa
Dikhaskan kepada sahabat lama
Ustaz Ashaari Mohamed
Kenalan dari tahun 1968
Awalnya persahabatan kami teguh
Memberi kuliah subuh
Jiwa saya jadi teguh
Bertemu di Lorong Dua
Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
Berkampung pula
Di Sungai Pencala
Semoga usaha kami berpahala
Bercukur kepala
Berserban
Berjubah
Kuatlah jemaah
Bergelar Darul Arqam
Bersakwah bersama-sama
Bermusafir bersama-sama
Untuk mengembangkan agama
Bila Arqam membesar
Ramai ahli baru menjelma
Ada yang cari nama
Rupa-rupanya saya tidak lama
Setelah 14 tahun
Saya mengundurkan diri
Meninggalkan Kampung Al-Arqam
Sungai Pencala
Terputuslah hubungan mesra
Berlaku sengketa
Di atas agama tercinta
Bila Abuya pejam mata
Saya turut berdukacita
Kebaikan Abuya akan saya cerita
Semoga dapat rahmat dari Maha Pencipta
Amin.

Ahad, 9 Mei 2010

PANTUN PERSIAPAN DIRI

Mengail ikan diatas titi
Tersangkut kail dibatu karang
Semua manusia akan mati
Elok beramal dari sekarang

Tersangkut kail dibatu karang
Masa terbuang begitu saja
Elok beramal dari sekarang
Ikhlas melakukan semua kerja

Masa terbuang begitu saja
Bila TV jadikan teman
Ikhlas melakukan semua kerja
Inilah budaya orang beriman

Bila TV dijadikan teman
Masa beredar begitu laju
Inilah budaya orang beriman
Majlis ilmu saja dituju

Masa beredar begitu laju
Satu minggu macam sehari
Majlis ilmu saja dituju
Baru sedar kelemahan diri

Satu minggu macam sehari
Hari jumaat dengar khutbah
Baru sedar kelemahan diri
Dengan ilmu mudahlah berubah

Hari jumaat dengar khutbah
Nasihat khatib sangat berguna
Dengan ilmu mudah berubah
Generasi taqwa cuba dibina

Nasihat khatib sangat berguna
Diambil dari ayat-ayat quran
Generasi taqwa cuba dibina
Dengan mengamalkan setiap ajaran


Diambil dari ayat-ayat quran
Dibantu dengan hadis nabi
Dengan mengamalkan setiap ajaran
Solat malam dijadikan hobi

Dibantu dengan hadis nabi
Setiap amalan berdasarkan niat
Solat malam dijadikan hobi
Baru pribadi muslim kuat

Setiap amalan berdasarkan niat
Betul aqidah syarat utama
Baru pribadi muslim kuat
Bila ikut ajaran agama

Betul aqidah syarat utama
Allah pencipta sekalian alam
Bila ikut ajaran agama
Diperjuangkan siang dan malam


Allah pencipta sekalian alam
Dari tiada kepada ada
Diperjuangkan siang dan malam
Perlu banyak ilmu didada

Dari tiada kepada ada
Allah tempat meminta pertolongan
Perlu banyak ilmu didada
Inilah jalan untuk kemenangan

Allah tempat meminta pertolongan
Seerah nabi jadikan pedoman
Inilah jalan untok kemenangan
Mengajak manusia supaya beriman

Seerah nabi jadikan pedoman
Al-quran pula sumber rujukan
Mengajak manusia supaya briman
Rezeki halal saja dimakan


Al-Quran pula sumber rujukan
Dibaca umat setiap hari
Rezeki halal saja dimakan
Keredhaan allah saja dicari

Dibaca umat setiap hari
Dari dulu sehingga sekarang
Keredhaan allah saja dicari
Baru kubur terang benderang

CARILAH SAHABAT YANG BAIK

Sahabat yang beriman ibarat matahari bersinar
Ucapannya sentiasa benar
Berani menentang mungkar

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Yang halal saja dimakan menutup aurat bila bersukan
Jenayah seks dapat dikurangkan

Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Betul jalan banyak amalan bersedia untuk hari kemudian
Beramanah bila menguasai kerajaan Ini yang rakyat harapkan


Sahabat berhati mulia membawa kejalan allah Dengari ilmu selesai banyak masalah menjauhi rasuah
Tahu bahaya pecahamanah Di belasah dalam tanah

Keempat jenis sahabat Nampak ada dalam Pakatan Rakyat Baik bila kuasai Kerajaan Pusat
Di Empat negeri boleh lihat
Di Kelantan mengelupor syaitan
Di Kedah rakyat dapat faedah
Di Pulau Pinang penghafal quran di kenang di beri wang
Pe lompat pun dapat wang Jiwa pasti tak tenang
Di Selangor perasuah-perasuah menganggur penyelewengan boleh di tegur

Bila budaya baik di 4 negeri
Boleh dilihat oleh anak negeri
Boleh merebak ke lain negeri
Pasti penzalim tak tidur malam
Pasti perasuah akan tenggelam
Seperti kapal titanic di lautan dalam

SELAMATKANLAH MALAYSIA

Bila anda miskin
Masa depan kurang yakin
Sekarang ada pemangkin
Pakatan rakyat mahu berkhidmat
Mahu Malaysia selamat
Dari yahudi yang dilaknat
dari juga pengkhianat-pengkhianat
berkuasa di kerajaan pusat
membiayai syarikat yahudi
apco worldwide
berserampang dua mata
dapat harta
rakyat dukacita
rakyat berputusmata
Negara binasa
Negara porakperanda
Protokol-protokol yahudi
Memang ada
Menggunakan propaganda-propaganda

Melalui media massa
Menyebarluas budaya hedonis
Paras wanita dipandang manis
Majalah wanita berbagai jenis
Mendedahkan aurat
Kenyanglah buaya darat
Berkembang biak maksiat
Anak luar nikah meningkat
Puncanya tinggal solat
Hati jadi karat

Lupa kehidupan akhirat
Lupa kehendak syariat
Lupa berbuat baik
Lupa majlis ilmu
Lupa Allah s.w.t
Hidup tanpa pahala
Terkumpul hanya dosa
Demi masa
Sesengguhnya manusia
Berada didalam kerugian

Bila redha dengan Apco
Bila redha dengan zionis
Bila redha dengan pengkhianat
Bila redha dengan penzalim
Bila redha dengan perasuah
Bila redha dengan pemecah amanah
Malaysia boleh musnah

Oleh itu
Mari bersatu
Pakatan rakyat sedia membantu
Baru hidup rakyat bermutu
Baru pemimpin bermaruah
Bebas rasuah
Bebas pecahamanah
Apco pasti musnah
Menyembah tanah
Mesti ikut sunnah
Mesti benar
Mesti beramanah
Barulah
Beriman dan istiqamah
Selamatkan Malaysia oh!Allah
Selamatkan Negara kami Oh!Allah
Selamatkan pimpinan kami Oh!Allah
Selamatkan P.R Oh!Allah

Amin … amin

TINGGALKAN

Hai jiwa yang gelisah
Tinggalkan parti asobiyah
Tinggalkan parti rasuah
Hai jiwa yang bergelora
Tinggalkan parti perkauman dengan segera
Dalam kubur menanti sengsara
Bertaubatlah segera
Hai jiwa keduniaan
Ingatlah Tuhan
Bacalah Al-Quran
Jadilah orang beriman
Masuklah jemah Islamiah
Semoga dapat jiwa mutma’iriah
Bersedia masuk tanah
Dengan iman dan istiqamah

SALAHKANLAH DIRI SENDIRI

Ingatan kepada pejuang Ketuanan Melayu
Bila tak ikut wahyu
Budaya jadi layu
Bahasa jadi layu

Ingatan kepada pendokong Ketuanan Melayu
Dasar PPSMI bukan dari DAP
Pencabulan pekara 152
Perlembagaan Persekutuan bukan dari DAP
Penghakisan perkara 153 bukan dari DAP
Kegagalan mencapai matlamat
100% DEB bukan kerana DAP
Pertambahan rasuah di kalangan Melayu bukan kerana DAP

Ramai mat rempit dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai penagih dadah dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai anak luar nikah di kalangan Melayu bukan dari DAP
Membanyakkan hiburan lucah dalam media masa bukan oleh DAP
Bila jiwa Ketuanan Melayu tenang tentu setuju
Semua masalah orang Melayu bukan sebab DAP
Mengapa pula ucapan anda berapi-api
Eloklah muhasabah diri
Mula-mula rujuk pekara 160
Perlembagaan persekutuan dinyatakan Melayu itu
(a)Beragama Islam (Islam tidak perkauman)
(b)Bercakap bahasa Melayu
(c)Ikut adat istiadat Melayu
Mintalah profesor-profesor dari kalangan Ketuanan Melayu
Menceritakan maksud pekara 160
Di bawah erti Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
Terimalah dengan waras fikiran
Janganlah salahkan DAP
Janganlah salahkan PKR
Janganlah salahkan PAS


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

BILA ADA ILMU

Bila ada ilmu
Baru tahu
Benarnya wahyu
Perlu ada pada Cina, India & Melayu
Baru hilang sifat cemburu
Baru kebaikan saja diburu
Tanjung katong airnya biru
Tempat berkelah dihujung minggu
Sunnah nabi mari tiru
Beramal soleh tidak tunggu

Bila ada ilmu
Dari wahyu
Bahaya yahudi kita tau
Dalam Quran diberitahu
Mereka dimurkai Allah
Pemecahbelah
Mengalakkan rasuah
Mahu pemimpin pecah amanah
Sedar bila ditanam dalam tanah

Bila ada ilmu
Hilang sifat perkauman
Ada hanya setiakawan
Berkerja dengan bertolong-tolongan
Buat suruhan tinggal larangan
Baik pegang kerajaan persekutuan
Dapat kebaikan rakyat sekelian

DOA UNTUK PAK SAMAD

(1)

9 April 2010
Genap umurmu 75 tahun
Kepada Allah kita memohon
Supaya dosa Pak Samad diampun
Semoga terus menulis
Menentang rancangan Iblis
Menentang syarikat Zionis
Apco worldwide
Mendapat kepercayaan
Pihak kerajaan
Satu kesilapan
Gelap masa depan
Bila Yahudi diberi kepercayaan
Bagi Rakyat Sekalian
Bagunlah Para Sasterawan
Banyakkan Tulisan
Sedarkan Rakyat Sekelian
Rujuklah Kepada Al-Quran
Ayat 120
Surah Al-Baqarah
“Dan Tidak Sekali-kali
Orang-orang Yahudi dan
Nasrani Sukacita Dengan
Umat Islam Selagi Umat
Islam Tidak Ikut Cara
Hidup Mereka”




(2)

Oleh itu wahai Pak Samad
Hasilkan rantaian puisi jihad
Menceritakan Bahaya Zionis
Dari merosakkan Negara tercinta
Boleh melalui PAKSI
Boleh melalui Budayawan Bertindak
Melalui Pakatan Rakyat
Oh! Allah
Panjangkan umur Pak Samad
“Cintakan Tanah Air”
Sebagai Slogan
Semua rakyat Mesti Bersatu

Tanjung Katong airnya biru
Tempat perlancong datang berehat
Kegigihan nabi kita tiru
Hapuskan yahudi yang jahat














(3)

Diharijadi Pak Samad ini
Yang bersamaan
24 Rabiuakhir 1431 Hijrah
Kepada Allah kita berserah
Libatkan diri dalam dakwah
Libatkan diri dalam jemaah
Berteraskan Al-Quran dan Sunnah
Selamatkan Negara dari musnah
Oh! Allah
Bebaskan Malaysia dari
Masalah
Perkenankan lah
Permintaan kami
Oh! Allah

Sabtu, 1 Mei 2010

PANTUN NASIB PEMBELOT

Bunga Tanjung putih berseri
Harum bau dibawah pokok
Kemana-mana ilmu dicari
Baru tahu bahaya rokok

Harum bau dibawah pokok
Bila bunga jatuh ke bumi
Baru tahu bahaya rokok
Gejala maksiat mudah dibasmi

Bila bunga jatuh ke bumi
Dikutip orang waktu pagi
Gejala maksiat mudah dibasmi
Kehidupan pengkhianat pasti rugi

Dikutip orang waktu pagi
Bau semerbak sekeliling pokok
Kehidupan pengkhianat pasti rugi
Walaupun sujud dan rukuk

Bau semerbak sekeliling pokok
Dihidu oleh insane berdekatan
Walaupun sujud dan rukuk
Bila khianat itulah syaitan

Dihidu oleh insane berdekatan
Dalam perjalanan bersolat subuh
Bila khianat itulah syaitan
Hasad dengki merajai tubuh







Dalam perjalanan bersolat subuh
Singgah sebentar di rumah kawan
Hasad dengki merajai tubuh
Tiba-tiba menyokong lawan

Singgah sebentar di rumah kawan
Beri wang belanja keluarga
Tiba-tiba menyokong lawan
Dia sangka kebajikannya terjaga

Beri wang belanja keluarga
Didalamnya ada anak yatim
Dia sangka kebajikannya terjaga
Walaupun dengan penzalim intim

Didalamnya ada anak yatim
Hidup dalam serba kekurangan
Walaupun dengan penzalim intim
Maklumlah buat kerja larangan

Hidup dalam serba kekurangan
Dibuat lauk walaupun belut
Maklumlah buat kerja larangan
Dengan rakan sanggup belot

Dibuat lauk walaupun belut
Zahirnya Nampak seperti ular
Dengan rakan sanggup belot
Bila iman sudah tercalar

DALAM KEKALAHAN ADA KEMENANGAN

Bila kalah
Teringat Allah
Boleh selesai masalah
Bermula dengan zikirullah
Menyebut nama-nama Allah
Mengingat banyak-banyak nikmat Allah
Baru wujud jiwa mutma`inah
Baru redha dengan kekalahan
Baru tingkatkan persiapan
Di PRK dihadapan
Bila ada kekosongan
Di DUN atau di Parlimen
Kuatkan semangat setiakawan
Dalam Pakatan Rakyat
Mahu wujudkan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
Disetiap peringkat
Gerombolan penzalim pasti menyekat
Dengan budaya hedonis
Hiburan berlebihan
Dengan pergaulan bebas
Dengan judi
Judi tikam nombor
Dengan arak
Dengan pimpinan haprak
Dengan bersengkokol dengan
pakar-pakar kumunikasi Barat

Yang Allah laknat
Dengan dendam kesumat
Berniat jahat
Asalkan kekal pangkat
Dakwah perlu disekat
Dengan menguasai masjid-masjid
Disekat majlis ilmu
Dikatakan ada unsur politik
Kata-kata ulamak separuh cerdik
Fikir hanya kocek
Lupa kubur menanti
Bila-bila masa boleh mati
Bila mati
Baru tahu rugi berkawan
Dengan Yahudi
Baru tahu dosa berjudi
Semua angkara Yahudi
Porak peranda dalam negeri
Rakyat jelata yang rugi
Rugi di dunia
Rugi di akhirat
Ini disedari Pakatan Rakyat
Perbaiki pentadbiran
Di 4 negeri
Dengan mencontohi Umar Abdul Aziz
Pemimpin berjiwa besar
Pimpinan yang diperlukan
Di Malaysia
Perlu tolak yang lama
Budaya baru dibina


Dengan Quran dan Sunnah
Dengan iman dan istiqamah
Benar dan beramanah
Boleh hapuskan rasuah
Kerajaan Pusat perlu berubah
Ubah dengan tangan
Ubah dengan lisan
Ubah dengan hati
Ini tugas Jundullah
Bila ini dilakukan
Rakyat diutamakan
Cacap dan bikin
Keadilan jadi pemangkin
Rakyat pasti yakin
Pakatan Rakyat bersama orang miskin
Yakinlah
Perubahan membawa kebaikan
Kebaikan bagi Malaysia
Bila pimpinan beriman
Bila pimpinan bermaruah
Pasti luput rasuah
Baru bebas Mahkamah
Baru wujud suasana muhibbah
Baru parti perkauman rebah

BALASAN SALAH UNDI

Menang tapi kalah
Bila langgar perintah Allah
Undi mesti ikut Quran dan Sunnah
Undi yang beramanah
Undi yang beriman
Undi yang beramal soleh
Bila salah pilih
Dalam kubur terima balasan
Seksanya berkekalan
Ingat pengundi fanatik di Felda Sg. Buaya
Dalam kubur kamu tak berupaya
Keadaan gelap gulita
25 April 2010 dapat sedikit wang
Dari gerombolan curang
Dalam kubur diri seorang
Orang tua Felda Gendasa
Ingat Allah Maha Kuasa
Undi itu rahsia
Tapi Allah tahu semuanya
Bila dalam kubur tak bercahaya
Anda berkeadaan bahaya
Pada 25 April 2010 Dato Zaid Ibrahim kamu lupa
Doa dari lawannya
Tak berguna
Diri kamu warga Felda di Hulu Selangor tetap hina
Bila salah undi
Dalam kubur semua tak jadi
Apco adalah syarikat Yahudi
Yahudi anti semua bangsa
Selain Yahudi digelar goyim
Golongan Goyim boleh dizalimi
Lihat saja Palestin
Lihat saja Gaza
Hai pengundi-pengundi Felda Gendasa
Hai pengundi-pengundi Sg. Buaya
Isi Quran kena percaya
Rakan sebenar ialah yang beriman
Bukan yang rasuah
Bukan yang salahguna kuasa
Bukan yang isteri tak bertudung
Bukan yang sentiasa berbohong
Bukan yang penganjur PPSMI
Bukan yang pengasas jutawan Mi-Segera
Bila yakin dengan kaki maksiat
Terima saja bila nyawa tamat
Azabnya amat sangat
Puncanya undi kamu tak berkat
Dosa yang dapat
Tidak ada rehat bagimu
Hai pendokong ketuanan melayu

PENGARUH DUIT

Duit
Mendengarnya hati tercuit
Nafsu mula menjungkit
Terperangkap yang iman sedikit
Terperangkap yang jiwa sakit
Kelemahan rakan lama mula diungkit
Penzalim mulai dihimpit
Nanti wang penuh dompet
Melalui sogokkan
Melalui janji manis
Terima nasihat syarikat Zionis
Lupa lawan lama
Lupa janji dalam solat
Tapi ingat
Duit dan pangkat
Didunia mungkin selamat
Diakhirat
Pasti melarat … melarat … melarat

PANTUN SELAMATKAN MALAYSIA

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga
Hiburan melampau perlu dicegah,
Ikut agama selamatlah keluarga


  1. Gunung Daik bercabang tiga,
Dari jauh jelas kelihatan
Ikut agama selamatlah keluarga,
Terhindar dari godaan syaitan


  1. Dari jauh jelas kelihatan,
Gunung Everest yang masyhur
Terhindar dari godaan syaitan,
Mendengar kuliah ulamak tersuhur


  1. Gunung Everest yang masyhur,
Terletak diutara benua India
Mendengar kuliah ulamak tersuhur,
Disertai pula ramai remaja



  1. Terletak diutara benua India,
Bersempadan dengan Negeri China
Disertai pula ramai remaja,
Dengan ilmu akhlak terbina


  1. Bersempadan dengan Negeri China,
Mempunyai penduduk yang ramai
Dengan ilmu akhlak terbina,
Selamat dari tarikkan Chengmai


  1. Mempunyai penduduk yang ramai,
Tamadun rakyatnya begitu lama
Selamat dari tarikan Chengmai,
Dengan hidup mengikut agama


  1. Tamadun rakyatnya begitu lama,
Maharajanya hidup cukup mewah
Dengan hidup mengikut agama,
Gunakan puisi untuk berdakwah

  1. Maharajanya hidup cukup mewah,
Membina Tembok Besar China
Gunakan puisi untuk berdakwah,
Berkembang agama melalui pena

  1. Membina Tembok Besar China,
Dengan keringat rakyat jelata
Berkembang agama melalui pena,
Baru rakyat celik mata


  1. Dengan keringat rakyat jelata,
Menjadi antara keajaiban Dunia
Baru rakyat celik mata,
Pilih calon berakhlak mulia


  1. Menjadi antara keajaiban Dunia,
Itulah Tembok Besar China
Pilih calon berakhlak mulia,
Di Dewan Rakyat sangat berguna


  1. Itulah Tembok Besar China,
Menjadi tarikan para pelancong
Di Dewan Rakyat sangat berguna,
Mendedahkan dasar yang melencong


  1. Menjadi tarikan para pelancong,
Datang dari berbagai Negara
Mendedahkan dasar yang melencong,
Dari pimpinan yang berpura-pura


  1. Datang dari berbagai Negara,
Melihat kesan sejarah silam
Dari pimpinan yang berpura-pura,
Dengan mematuhi hukum Islam


  1. Melihat kesan sejarah silam,
Boleh juga baca buku
Dengan mematuhi hukum Islam,
Pastikan parti perkauman kaku





  1. Boleh juga baca buku,
Terutama seerah Nabi kita
Pastikan Parti perkauman kaku,
Dengan mengundi logo mata


  1. Terutama seerah Nabi kita,
Di Mekah dan di Madinah
Dengan mengundi logo mata,
Menjadi wakil Rakyat beramanah


  1. Di Mekah dan di Madinah,
Dua tempat tumpuan umat
Menjadi wakil Rakyat beramanah,
Baru Negara kita selamat


  1. Dua tempat tumpuan umat,
Berkumpul ramai dimusim haji
Baru Negara kita selamat,
Ditangan pimpinan tahan uji


  1. Berkumpul ramai dimusim haji,
Semua datang kerana Allah
Ditangan pimpinan tahan uji,
Boleh menyelesaikan banyak masalah


  1. Semua datang kerana Allah,
Menunaikan Rukun Islam kelima
Boleh menyelesaikan banyak masalah,
Bila kita semua bekerjasama