I
Selamat tinggal
Kepada tanah air tercinta
Tempat sinar mentari memancar setiap
pagi
Mutiara dari laut sebelah timur
Pelabuhan Eden dah hilang
Gembira aku memberitahu
sebaik-baiknya dari kehidupanku ini
Dan tentu yang terang benderang serta
Nyaman atau dirahmati Tuhan
Tetap ku beri kepada engkau, oh
tanahairku
Tanpa mengira harganya
II
Dimedan perang bersama-sama
kehangatan perlawanan
Ramai yang dah terkorban nyawa
Mereka tanpa ragu-ragu
Atau mendapatkan belas-ehsan
Tempatnya tidak penting walaupun
Ada kuntum-kuntum
Baru bunga teratai
Dataran terbuka tempat
Syuhada-syuhada bertempur
Semuanya sama iaitu untuk
Berkhidmat untuk negara tercinta
III
Aku mati sebelum melihat fajar terbit
Dalam kegelapan malam menanti hari
baru
Dan jika warna darahku pucat
Ambillh juga
Tuangkan ke bumi demi rakan-rakan
yang setia
Menyemarakkan warna cerah
Menyambut sang cahaya pagi
IV
Mimpi-mimpiku bila baru kehidupanku
terbuka
Cita-citaku semasa muda melambung
tinggi
Jika melihat wajah ceriamu
Wahai mutiara dilautan timur
Bebas dari muram dan dukacita
Juga bebas dari kesedihan
Tidak ada kesedihan dimatamu
V
Cita-cita hidupku terus membakar
Keinginanku
Sedarlah saudaraku roh ini akan
terbang sekarang
Sedarlah saudaraku manisnya bila
menghampiri mati
Mati untuk tanahairku; sepatutnya
menjadi cita-cita kamu juga
Dan tidurlah dimalam yang panjang
VI
Jika diatas pusaraku nanti engkau
akan lihat nanti tumbuhnya bunga
Didalam rumput-rumput ada bunga
mengembang
Bawalah dekat bibir-bibirmu dan
ciumlah rohku
Walaupun saya sejuk dikuburku
Dengan pegangan mesramu
Dan menghembuskan rasa kasih sayang
yang memesrakanku
VII
Biarkan bulan mententeramkan jiwaku
Biarkan sinaran fajar menerangiku
Biarkan angin bertiup mengkhabarkan kesedihan
terhadapmu
Dan jika burung hinggap diatas batu
nisanku
Biarkan membawa nyanyian damai
terhadap abu-abuku
VIII
Biar mentari sedut wap hingga ke
langit sebagai bantahanku
Biar jiwa-jiwa suci mengenangkan
nasibku ini
Dan dikesunyian petang teruskan doa
hingga ke langit yang tinggi
Darimu, wahai bumiku, semoga dengan
saya berehat
IX
Doakan mereka yang telah mati serta
terseksa yang menyakitkan
Bagi ibu-ibu yang merintih kesedihan
Juga kepada janda-janda dan anak-anak
yatim yang telah diseksa
Dan anda yang sepatutnya mendapat
keuntungan
X
Dan bila kegelapan malam menyelubungi
sekeliling kawasan perkuburan
Dengan yang mati saja mengawasiku
Putuskan keyakinanku atau keajaiban
ternyata
Dan semoga anda dengar nyanyian sedih
bergema
Inilah wahai tanahairku, menyanyikan
lagu untukmu
XI
Bila kuburku tidak diingati lagi
Tiada lagi batu nisan
Biarlah rumput-rumput menutup
kuburanku
Semoga abu-abu menyelubungi
tanah-tanah sekitarnya
Sebelum abu-abu itu ditiup hingga
lesap diudara
XII
Kemudian keluputan masa tidak lagi
memikirkanku
Dan aku terus menangis
Membersihkan udara dan kawasan
sekitarnya
Dengan warna dan cahaya
Dengan lagu-lagu sedih yang
menyusahkan
Sentiasa mengulangi keyakinan
Yangku simpan dengan baik
XIII
Wahai tanahair yangku cintai
Semoga kesihatan menutupkan
kesedihanku
Hai warga Filipina, dengarlah ucapan
selamat tinggalku
Saya beri anda semua; ibu-bapa-ibu-bapa
dan anak-anak dan rakan-rakan sekalian
Sesungguhnya aku pergi dimana belum
pernah hamba diseksa ditangan kaum penjajah
Dimana keyakinan tidak akan
dihapuskan dan Tuhan memerintah dari atas
XIV
Selamat tinggal semua; dari jiwaku
yang telah hancur
Hai rakan-rakan sewaktu kecil dimana
kita dirobohkan
Ucaplah terima kasih semoga saya
rehat dihari yang menyedihkan ini
Selamat tinggal kepada semua
Saudara tercinta yang mencerahkan
jalanku
Semua makhluk tercinta, selamat
tinggal
Dalam kematian ada kedamaian
Jose Rizal
(1861 – 1896)
Nota Kaki
Pada pagi 30/12/1896 Rizal yang berumur 35 tahun di tembak mati di
Padang Bagumbayan, Filipina.