Isnin, 31 Januari 2011

FIKIRLAH TUAN DAN PUAN

"Lencun di Tenang"
Berita depan Sinar harian
Di akhirat menanti seksaan
Bagi yang menentang kebenaran
Bagi yang menyokong kezaliman
Bagi yang menyokong parti perkauman
Bagi yang kebendaan
Bagi yang cinta keduniaan
Bagi yang mengenepikan sebahagian ayat-ayat Al-Quran
Oleh itu terimalah balasan
'Ulat bulu panjat durian
Menang dulu rugi kemudian'


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

TAHNIAH CIKGU MALA



Tahniah Cikgu Mala
Berjuang dapat pahala
Keluar rumah bertudung kepala
Bertanding dalam PRK DUN Tenang
Belum lagi menang
Jiwa tetap tenang
Undi hanya kurang
Lebih kepada pihak temberang
Ditabur wang...wang...wang
Cikgu Mala tetap sembahyang
Tetap dalam jemaah Islamiah
Tetap aqidah Ahi Sunnah Wal Jamaah
Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
Di setiap keadaan beramanah
Hadirkan diri dalam usrah
Hadir dalam ceramah
Sedarkan warga Felda tentang kuasa Allah
Allah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu
Hasil kerja kena bermutu
Solat setiap lima waktu
Niat tetap bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Bersatu menegakkan yang makruf
Bersatu mencegah yang mungkar
Bila ini dilakukan
Dalam satu pasukan
Kuat pula semangat setiakawan
Mudah mendapat kejayaan
Tentu dapat kepuasan
Kepuasan dalam kegagalan
Bila SPR umumkan keputusan
Sabar dalam kesedihan
Cikgu Mala bukan keseorangan
Lebih 2,992 mengundi Bulan Purnama
Daripada kalangan Melayu, Cina dan India
Kaum lain pun ada
Semua mahu keadilan sosial
Semua mahu perubahan kepimpinan
Di peringkat Negeri dan Persekutuan
Melalui Revolusi Jingga
Menguasai Putrajaya
dari DUN Tenang bermula
Di atas pengorbanan Cikgu Mala
Tahniah Cikgu Mala
Daripada kami terimalah sejambak bunga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Ahad, 30 Januari 2011

MALAM MINGGU DI SURAU MADAH

Sabtu, malam minggu 29 Jan 2011 saya bersama Ustaz Wan Ahmad Tarmizi pergi ke Surau Madah, Fasa 1A, Sri Manjung, Perak menyampaikan kuliah Maghrib mengenai ayat-ayat Al-Quran "wahai orang beriman". Dianggarkan 220 orang muslimin dan muslimat yang hadir.


Selesai saja kuliah Ustaz Wan saya mendendangkan dua rangkap pantun sebelum mendeklamasi "Pantun Corgankata" dan dua sajak "Membebankan Rakyat" & "Bila Menteri Dituduh Merogol".

Hari hujan air ditadah
Letak baldi di tepi atap
Mendengar kuliah di Surau Madah
Keyakinan hadirin semakin mantap

Air sungai mengalir tenang
Berenang ikan berbagai jenis
Orang beriman tetap menang
Setiap ujian dianggap manis


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

CERAMAH HUKUM HUDUD DAN QISAS DI MASJID KG DEW


Sabtu malam 28 Jan 2011, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi memberi ceramah di Masjid Kg Dew, Simpang Empat, Semanggol, Perak bertajuk Hukum Hudud dan Qisas di hadapan lebih kurang 150 muslimin dan muslimat.



Selepas ceramah, saya dijemput untuk mendeklamasi "Pantun Hati Terpaut" dan sajak "Memahami Hukum Allah" dan saya mulakan dengan dua rangkap pantun yang berbunyi :

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke tanah makan nasi
Hati pendengar boleh ditawan
Gunakan dakwah melalui puisi

Ada petani meminati kartun
Lepas itu mengasah tajak
Malam ini saya berpantun
Lepas itu satu sajak



Saya akhiri dengan membawa pantun terkenal

"Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Di lain masa berpuisi lagi"


HMS ABU BAKAR
paksaleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

HARI MENGUNDI DI DUN TENANG



I

30 Januari 2011
Hari mengundi
PRK DUN Tenang
Semoga yang bertaqwa menang
Semoga yang ikut jemaah Islam menang
Semoga yang bersama P.R menang
Semoga yang tak perkauman sempit menang
Semoga yang tak rasuah menang
Semoga yang berjuang kerana Allah menang
Semoga hati aktivis-aktivis tetap tenang
Bertakbir bila Cikgu Mala diistihar menang
Allah Maha Pemurah dan Penyayang
Allah dan rasul kita sayang

II

Bila mandi pakai tuala
Ambil wuduk selepas itu
Menyokong kebenaran dapat pahala
Baru hidup manusia bermutu

III

Ikan kembong ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Dalam Pakatan kita bersama
Gerombolan perkauman cukup takut


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Sabtu, 29 Januari 2011

TERBELIAK MATA


Muka depan berita
"Lelaki Lawan Wanita"
Sedap dipandang mata
Banyak orang bercerita
Petah Cikgu Mala bila berkata-kata
Ada tiga cahaya mata
Nampak bulan menggunakan mata
Wajahnya manis dipandang mata
Di akhirat Abdullah Ubai menderita
Memperalatkan bangsa pasti menderita
Terbeliaklah biji mata


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Jumaat, 28 Januari 2011

Berbalas Pantun Di antara HMS Abu Bakar dan Jaafar Rahim 1

Berbalas pantun ini melalui SMS pada 21 Jan 2011 mengenai PRK DUN Tenang.

HMS:

Dalam sungai ikan berenang
Ada seluang ada baung
Cikgu Mala boleh menang
Pasti orang UMNO meraung

Jaafar Rahim:

Cikgu Daud sakit lelah
Sambil naik kereta perodua
Kalah menang kuasa Allah
Kita hanya boleh berdoa

HMS:

Bersarang rendah burung tempua
Nampak padi turun ke sawah
Parti UMNO dah tua
Pimpinannya kaya dengan rasuah

Jaafar Rahim:

Hari-hari berenang-renang
Berenang-renang di sungai tepu
Kalau pun BN menang
PAS masih anggap UMNO tipu

Menulis puisi berjela-jela
Baca puisi di tepi sawah
Jangan puji jangan dibela
Di Kelantan pun ada rasuah

HMS:

Menangkap ikan menggunakan jala
Dapat ikan terus dijual
Puji PAS dapat pahala
Cari rezeki cara halal

Habib Noh dianggap keramat
Makamnya ada di pulau Singapura
Dakwah Islam tidak tamat
Di akhirat Allah ambil kira


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Khamis, 27 Januari 2011

KITA BERSAUDARA


I

Kita
Boleh melihat boleh berkata-kata
Dengan mulut dan mata
Semuanya Allah yang cipta

II

Kita
Boleh mendengar dengan telinga
Binalah keluarga
Dengan mengikuti ajaran agama
Membangunkannya bersama
Mulai dengan senyum saja
Lepas itu terus bekerja
Membina negara
Perlu hanya kerjasama
Hidup di dunia bukanlah lama
Nabi Adam a.s yang pertama
Allah yang cipta
Daripada tak ada kepada ada
Siti Hawa jadi teman setia
Daripada Adam dan Hawa lahirnya keturunan kita

III

Qarun banyak harta
Lupa jasa Nabi Musa
Ditelan bumi harta Qarun semuanya binasa
" Demi masa
sesungguhnya manusia benar-benar
dalam kerugian"


IV

Qabil pembunuh pertama
Habil saja mangsanya
Dua watak yang berbeza
Diwarisi kita
Di semua benua
Asia
Eropah
Amerika
Selatan dan Utara
Begitu juga Australia
Ada yang hina ada yang mulia
Tentu yang ikut agama
Tamadun dibina
Tamadun India dan Cina
Kebudayaan Barat berasakan sangsara
Mengikut Darwin asal manusia daripada kera
Mengikut Karl Marx agama itu hanya candu saja
Yang penting kebendaan saja
Nafsu saja dipuja
Biar jadi ulat bulu
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Sedang menderita keazaban
Diketuai Qabil
Dikuti manusia yang jahil-jahil
Namrud
Firaun
Haman
Abu Lahab
Abu Jahal
Masuk neraka dengan bayaran yang mahal
Puncanya
Cinta dunia dan takut mati
Cara hidup Hedonis
Hidup hari ini lupakan pada esoknya
Bila pemimpin berhati busuk
Bila pemimpin cakap tak serupa bikin
Rakyat sudah tak yakin
Ramai rakyat miskin
Reformasi pun jadi pemangkin
Sistem dua parti tercetus kemudian
Bersatu dalam kepelbagaian
Berteraskan keadilan
Bersatu, berubah dan berkat
Lahirlah Pakatan Rakyat
Tempat bergantung rakyat
Daripada hidup melarat
Daripada kepimpinan keparat
Daripada gerombolan pengkhianat-pengkhianat
Altantuya ditembak dari jarak dekat
Dari Mongolia bersih niat
Mahu tuntut komisyen
Mahu jumpa kekasih-kekasih
Ambil santan hampas dibuang
" oh abang... oh abang
Ingatlah semasa kita bersenang-senang
Dalam perut saya ada lagi seorang "
Belum habis ucapan kedengaran
bang.. bang.. bang..
Altantuya jatuh terlentang
Mayat dibawa ke pinggir hutan di Shah Alam
Diletupkan dengan bom C4 di waktu malam
Kejam...kejam...kejam
Bila ini kita faham
Kena ubahlah sistem
Kenalah
Selamatkan Malaysia
Inilah tugas kita
Inilah tugas saudara
Kita bersaudara
Kita bersaudara
Kita bersaudara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Rabu, 26 Januari 2011

BAKAL Y.B



"Cikgu Mala"
Mengundinya dapat pahala
Ke sana ke mari bertudung kepala
Ada suami dan anak tiga
Menentang penzalim balasannya syurga
Mengakui "Perkasa" hanya di dunia
Habis masa habislah usia
Perjuangan perkauman hanya sia-sia
Sanggup menyokong yang berdosa
Amah Indon diperkosa
Laporan WikiLeaks ada namanya
Akhbar-akhbar di Indonesia terus melaporkannya
Yang "terkorban" mahu diam saja
Akaun " bank " penuh agaknya
Inilah adat dunia
Yang berkuasa boleh buat apa saja
Terhapus " kekebalan Raja-raja "
Rujuk "Hansard" Parlimen 1993
PM ke 4 punya kerja
Tahun 2011 masih bernyawa
Terus kumpul dosa
Malaikat-malaikat catit saja
Dalam kubur seorang diri saja
Terimalah apa saja
Menyedari ini semua
Bila tiba hari mengundi
Kepada Normala Sudirman berilah undi
Kepada orang Felda, " Cikgu Mala " banyak berbudi
Elok jadi Ahli Dewan Undangan Negeri
Dalam Dewan membawa seri
Bertudung kepala dan mukanya berseri
Lepas 30 Januari
InsyaAllah bergelarlah " Cikgu Mala " Y.B
Berkat kerjasama tiga parti
PAS, PKR dan DAP
Cina, India dan Melayu bersatu hati
Dalam Pakatan Rakyat
Janji 100 hari pegang Putrajaya
Membantu nasib rakyat dengan sedaya-upaya
Tolonglah P.R wahai ALLAH
Menangkanlah P.R di PRK DUN Tenang
Menangkanlah P.R di PRU-13
Puisi ini puisi jelas
Puisi dikarang dengan ikhlas
Berkat selalu baca surah Al-Ikhlas


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Selasa, 25 Januari 2011

ABU TALHAH

Di antara wira Islam di Uhud
Tersohor nama Abu Talhah
Di seluruh badannya ada 70 kesan luka-luka
Di kedua tangannya saja ada 24 luka
Dikatakan juga Abu Talhah hilang satu tangan
Terputus tangan kerana melindungi Nabi s.a.w
Di sini Nabi menggelarkan
Abu Talhah sebagai " Talhatul Khair"
Talhah yang baik
Di lain masa yang aman Nabi pernah berkata
"Sesiapa yang ingin melihat ahli syurga
yang berjalan di bumi ini
Lihatlah muka Abu Talhah"
Abu Talhah juga terlibat dalam Peperangan Hunain
Abu Talhah syahid di Peperangan Jamal
Mati yang penuh bermakna
Balasannya syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

SERBAN MERAH di UHUD

I

Abu Dujana
Seorang ahli gusti terkenal di Madinah
Semua lawannya menyembah tanah
Kecuali Nabi Muhammad s.a.w
Nabi mudah menewaskan Abu Dujana
Sejak itu Abu Dujana mencintai Nabi s.a.w
Nabi juga menghormati Abu Dujana
Di peperangan Uhud, Abu Dujana
Diberi kepercayaan oleh Nabi
Menggunakan pedang Nabi dengan arahan
"Tebas musuh hingga pedang ini kemek"
Mendengar arahan itu Abu Dujana begitu gembira
Menerima amanah yang berat itu
Abu Dujana terus memakai "serban merah'
Abu Dujana melenggang menuju medan tempur
Sambil menyanyi
"Saya telah berjanji dengan
Nabi kesayangan.Bila dua pasukan bertempur saya akan
berada di hadapan menghadapi musuh dengan pedang kurniaan Nabi.
Saya akan kucar kacirkan pertahanan Quraish"

II

Gandingan mantap tiga serangkai
Ali, Hamzah dan Abu Dujana
Memporak-perandakan pertahanan Quraish
Di celah-celah pertempuran sengit
waktu itulah Wahshi melemparkan lembingnya
Yang membunuh Hamzah, raja segala wira umat Islam

III

Bila Nabi diserang bertubi-tubi
Berbaris sahabat-sahabat melindungi Nabi dengan tubuh mereka
Di antara yang melindungi Nabi ialah Abu Dujana
Bila bertalu-talu anak panah terkena pada badannya
Tanpa menghiraukannya lalu diambil semua anak panah di badannya itu
Diberi kepada rakan-rakan pemanah meneruskan serangan
Akhirnya seluruh badan Abu Dujana bermandi darah
Matilah Abu Dujana mempertahankan Rasulullah s.a.w
Di medan perang Uhud
Lebih daripada 70 sahabat Nabi mati syahid
Dibalas Allah dengan syurga
Tempat bahagia
Selama-lamanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Isnin, 24 Januari 2011

WAHSHI PEMBUNUH HAMZAH

Dendam di hati kafir Qurashi di Mekah
Digelorakan oleh Hendon
Isteri kesayangan Abu Sufian
Kekalahan di Badar
Menyakitkan hati Hendin siang dan malam
Marah dengan umat Islam
Diupahnya Wahshi
Pembaling lembing yang terkenal
Seorang hamba berkulit hitam
Hendon mahu Hamzah bin Abdul Mutalib
Wira di peperangan Badar dipendekkan usia
Dijanjikan hadiah lumayan dan kebebasan
Diterima Wahshi dengan penuh keazaman
Di ketika peperangan
Menyebelahi umat Islam
Dengan gandingan mantap
Ali, Hamzah dan Abu Dujana
Di celah-celah pertempuran Wahshi hanya melihat
Hamzah bin Abdul Mutalib
Seorang demi seorang
Tentera kafir Quraish dibunuh oleh Hamzah
Memang hebat Hamzah bin Abdul Mutalib
Diketika itu jugalah Wahshi melemparkan lembing yang beracun
Kebelakang Hamzah
Jatuhlah Hamzah ke atas pasir yang panas
Selepas menjalankan tugas Wahshi pun menghilangkan diri
Syahidlah Hamzah
Matilah wira Islam
Matilah bapa saudara Nabi
Sedihlah Nabi s.a.w tidak terhingga
Sekarang berada di syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Ahad, 23 Januari 2011

HAMZAH SYAHID DI UHUD

Selepas kekalahan di Badar
Segala-galanya kesedihan bagi Quraish
Terutama Hendon
Isteri kesayangan Abu Sufian
Dendam di atas kematian saudara-mara di Badar
Membakar nafsu amarah
Hendon yang panas baran mantan ratu cantik Mekah
Sambil berdua-duaan dengan
Abu Sufian di malam yang dingin
Sambil itu Hendon menyuruh suaminya menyerang Madinah
Ingin sangat Hamzah bin Abdul Mutalib
Dibunuh segera
"Darah mesti dibalas dengan darah"
Keluar daripada mulut Hendon di mana-mana saja
Membakar semangat pembesar-pembesar Mekah
Secara diam-diam Abu Sufian mengumpulkan
Dana untuk menentang kaum muslimin di Madinah
Wahshi seorang hamba berkulit hitam
Diupah oleh Hendon untuk membunuh Hamzah
Dengan bayaran lumayan
Wahshi terus berlatih membaling lembing
Tujuannya hanya satu, membunuh Hamzah bapa saudara Nabi
Wahshi ingin bebas daripada perhambaan
Di awal peperangan Uhud
Di pihak Abu Sufian ada 3000 tentera dengan
Kelengkapan yang
Hebat mengikut ukuran waktu itu
Di pihak Nabi hanya ada 700 muslim
Disebabkan pengkhianatan Abdullah Ubai
Bapak munafik
Menarik balik 300 pengikutnya
Daripada menyertai peperangan
Abdullah Ubai, betul-betul munafik
Walaupun 700 lawan 3000
Tiga wira Islam
Hamzah, Ali dan Abu Dujana
Menunjukkan keperwiraan yang tinggi dan luarbiasa
Memporak perandakan pertahanan Quraish
Satu demi satu Hamzah membunuh tentera Quraish
Sehinggalah dilihat oleh Wahshi yang melemparkan
Lembingnya menembusi tulang belakang Saidina Hamzah
Jatuhlah Hamzah ke tanah dan mati syahid
Nabi memberi gelaran kepadanya " Penghulu Syuhada"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

RAYUAN UNTUK BERPERANG DI UHUD

I

Ini cerita benar
Seorang tua berjanggut putih
Merayu kepada Nabi Muhammad s.a.w
Menyertai peperangan Uhud
Dengarlah rayuannya
" Wahai Rasulullah, di Badar saya tidak menyertainya,
tapi anak saya mati syahid di Badar.
Semalam saya bermimpi anak saya
menjemput saya masuk ke syurga menyertainya.
Dan saya ingin menjadi teman anak saya.
Bercerita janji Allah itu benar
Oleh yang demikian
benarkanlah saya bersama-samanya di syurga
Memandangkan saya sudah tua
Dan tidak lama lagi akan mati,
Dan anak kesayangan
saya yang seorang ini sudah
berada di syurga
Berilah saya peluang menyertainya
Yang menyedihkan saya tidak dapat
serta dalam perang untuk agama Allah.
Oleh yang demikian
Berilah pertimbangan
Sewajarnya, wahai Nabi yang ku cintai untuk
saya menyertai peperangan Uhud ini "

II

Mendengar rayuan yang menyayat hati Nabi
Nabi pun berkata
" Permohonanmu wahai Hamba Allah diperkenankan "
Di dalam peperangan berikutnya
Orang tua berjanggut putih, Khaizamah itu pun
Mati syahid
Hajatnya dimakbulkan Allah
Bertemu di syurga anak dan ayah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2010

Sabtu, 22 Januari 2011

TERPEGUNLAH BUAYA DARAT


Cikgu Mala calon berbudi mulia
Seorang ibu beranak 3
Dengan suami memang setia
Rakyat DUN Tenang ingin khidmatnya
30 Januari peluang terbuka
Undi saja Bulan Purnama
DAP merestuinya
PKR bekerja sedaya upaya
Ingin calon PAS berjaya
Dari Tenang mudah ke Putrajaya
Tepegunlah buaya-buaya
Sudah 53 tahun memperalatkan bangsa
Sudah sampai masanya
Jadi 'oposisi' di seluruh negara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Jumaat, 21 Januari 2011

TIDAK


Tidak rasuah
Tidak membazirkan wang rakyat
Tidak salahguna kuasa
Tidak mengkayakan saudara mara
Tidak menzalimi rakyat
Tidak lupa diri
Ini ada pada diri Mursyidul Am
Hukum dia faham
Berdakwah siang dan malam
Sedikit tidur malam
Banyak ingat Allah
Di DUN Tenang puak lawan elok kalah
Dengan izin Allah
Menangkan Normala Sudirman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Khamis, 20 Januari 2011

MEMBEBANKAN RAKYAT


I

Kenaikan harga petroleum
Tokeh minyak senyum
Nilai RM merundum

II

Kenaikan harga barang-barang
Jatuh nilai wang
Hidup rakyat jauh daripada senang
Dibalas di PRK DUN Tenang
Tumbangkan puak temberang
Undi Normala Sudirman
Lambang orang beriman
Cukup berpengalaman
Mantan seorang guru
Masalah warga Felda dia tahu
Sebarkanlah ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Dasar perkauman tak laku
Pimpinan lawan banyak salah laku
Orang gaji pun mereka sapu
Daripada WikiLeaks rakyat dah tahu
Pasti malu
Akhbar di Indonesia cukup laris
Berita tentang
Ulat bulu panjat durian
Godam dulu bayar kemudian
Pengundi DUN Tenang ambil perhatian
Undi saja calon Bulan
Seorang perempuan
Menyerikan Dewan
Dewan Undangan Negeri Johor
Personalitinya tersohor
Berdoa setiap kali solat Zohor
Supaya parti perkauman pendek umur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

PANTUN SUMBANGAN KITA

Sepanjang hari ayam mengeram
Bila lapar makanan dicari
Puasalah sunat di bulan Muharram
Menghadapi masalah bulan Januari

Ikan kembung ikan pari
Dua jenis ikan laut
Suasana tenang perlu dicari
Dengar Al-Quran hati terpaut

Ikan cencaru keluar petang
Mencari makanan di lautan dalam
Tindakan zalim wajib ditentang
Dengan bersama jemaah Islam

Dalam laut banyak ikan
Ada kecil ada besar
Tutuplah aurat bila bersukan
Baru tindakan tidak tersasar

Sukan ada berbagai jenis
Bolasepak banyak peminat
Bila merogol terasa manis
Berjawatan menteri pun tetap dilaknat

Manis rasa air tebu
Di minum waktu berbuka puasa
Petah berucap Mat Sabu
Kepada jemaah menabur jasa

Daripada tebu dibuat gula
Berlebihan gula membawa penyakit
Menumbangkan penzalim dapat pahala
Walaupun sumbangan kita sedikit


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011


**telah dibaca kali pertama di Surau Al Muhajirin,Halaman Meru Permai pada 12 Jan2011

Rabu, 19 Januari 2011

JANJI MEMBUAT AKIBAT


Buku Jingga
Menyediakan jalan bahagia
Bertindak macam sebuah keluarga
Kebajikan rakyat dijaga
Bila pegang kuasa di Putrajaya
Dengan kerjasama
Dengan pimpinan berwibawa
Anwar Ibrahim
Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang
Tiga pemimpin yang rakyat sayang
Bukan bermotifkan wang
Bukan kerana jawatan besar mahu pegang
Mahu selamatkan negara tersayang
Daripada disalah tadbir
Di peringkat Persekutuan
Dengan pimpinan bermoral dan beriman
Penuh rasa bertanggungjawab
Menyelamatkan anak watan
Daripada pimpinan berjiwa syaitan
Altantuya dibom dalam hutan
Mati Beng Hock dan Kugan
Dengan keadaan meragukan
Dengan keluarga berdukacita
Rakyat jelata
Bercerita-cerita
Mahu ajar pendusta-pendusta
Mahu perogol berprofail tinggi
Diadili
Dengan hakim yang berani
Berani kerana benar
Benar ada pada Nabi-Nabi
Nabi terakhir
Nabi Muhammad s.a.w
Pembawa rahmat sekelian alam
Berjihad siang-malam
Inilah contoh pimpinan berjiwa rakyat
Bekerja kuat
Membela nasib rakyat
Dalam masa 100 hari boleh lihat
Rakyat bawahan dapat manfaat
Penjawat-penjawat awam dapat manfaat
Mudah melakukan ibadat
Tiangnya solat
" sesungguhnya solat itu dapat
mencegah perbuatan keji dan mungkar "
Syaratnya tukar
"UBAH SEKARANG...SELAMATKAN MALAYSIA"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

PANTUN COGANKATA


Orang kampung mengguna pelita
Bila tiba waktu malam
Naik semangat mendengar cogankata
Bersama kita membangun Islam

Pakai pelita mengguna minyak
Boleh terang di dalam rumah
Rejim zalim wajib ditolak
Dengan menyokong pimpinan berhemah

Minyak petrol naik harga
Barang lain turut naik
Dengan Islam bimbinglah keluarga
Boleh melahirkan pimpinan baik

Pagi-pagi mengutip daun pegaga
Jadikan ulam masa makan
Orang beriman ingin ke syurga
Menutup aurat bila bersukan

Daun pegaga mudah tumbuh
Tumbuh pula tanpa baja
Elok berjemaah solat subuh
Dilakukan oleh orang soleh saja

Wanita moden berkain belah
Kepala pula tidak bertudung
Bergaul bebas semasa di sekolah
Belum nikah sudah mengandung

Orang Indon makan jamu
Bila dimakan sihat badan
Gunakan masa menuntut ilmu
Daripada Nabi ambillah teladan

Ucapan Nabi dipanggil Hadis
Firman Allah itulah Quran
Mari selamatkan anak gadis
Daripada Seerah ambil pelajaran

Tanam sayur tanam ubi
Tanam pula ditepi paya
Mari ikut Sunnah Nabi
InsyaAllah di akhirat akan berjaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Selasa, 18 Januari 2011

MALANG NASIB ALTANTUYA


Janji yang susah dicari
Boleh diberi
Bila rakyat sedarkan diri
Mengakui pimpinan P.R bijak bistari
Menguasai empat negeri
Perak telah dicuri
Di siang hari
Rakyat bermaklumat memahami
Di bawah penzalim rasuah susah dibasmi
Dibiarkan rosak negeri
Dibiarkan rosak negara
Perlu diselamatkan segera
Di DUN Tenang boleh menang
Dengan syarat kuat sembahyang
Allah dan Rasul kita sayang
Kemenangan jelas terbayang
Pembunuh-pembunuh Altantuya goyang
Perogol amah hidup tak senang
Depan TV muka nampak tenang
Bila lakukan sekali
Hendak dua kali
Terserempak dengan isteri
Wah! ini berat pak
Ini dosa besar pak
Patut digunakan Hukum Hudud
Bila berzina yang dah kahwin
Rejam sampai mati
Hebatnya hukum Allah
Hukumnya adil
Perasuah ke neraka
Penerima ke neraka
Pemberi ke neraka
Tempat paling celaka
Di dunia bermuka-muka
Konon, mahu bela nasib rakyat
Konon, mahu pertahankan Ketuanan Melayu
Ini sandiwara saja
Di DUN Tenang rakyat pun bersandiwara
Wang ambil...projek terima
Pangkah hanya Bulan Purnama
Penyelamat agama
Janji 100 hari bukan percuma
Setelah 53 tahun terpedaya
Memerintah negara P.R berupaya
Ramai rakyat bermaklumat percaya
Rakyat Mongolia pun percaya
Altantuya dianiaya
Kita bela Altantuya di setiap pilihanraya
InsyaAllah berjaya
Menguasai Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

HATI BUTA


I

Bila sedar
Diri kita lemah
Perlu pertolongan Allah
Bila ada masalah
Mintalah
Dengan menyembah
Dengan menyerah

II

Permintaan hamba kepada Allah
Jalannya sembahyang
Dengan harapan
"Tunjukanlah kami jalan yang lurus"
Baru kehidupan terurus
Baru kehidupan keluarga terurus
Baru kehidupan masyarakat terurus
Baru kehidupan negara terurus
Baru iblis kurus
Baru syaitan kurus
Baru nafsu amarah terkawal
Baru kenaikan harga barang disoal
Siapa punya fasal?
Baca internet dapat jawapan
WikiLeaks ada jawapan

III

Menyedari hakikat hidup kita
Allah yang cipta
Allah dan Rasul kita cinta
Dengan cara halal cari harta
Di akhirat pasti bersukacita
"Interlok" hanya suatu cerita
Pembakarnya hati buta
Penentangannya hati buta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Isnin, 17 Januari 2011

UNDILAH....UNDILAH


I

Anda boleh lihat
Siapa yang banyak mengelat

II

Lihat saja Bahasa Melayu
Termaktub dalam Perlembagaan Negara
Sebagai bahasa rasmi
Apa dah jadi bila ada PPSMI
Anda boleh lihat sekarang ini
Pimpinan Ketuanan Melayu lebih minat bahasa Inggeris
Walaupun di depan perhimpunan
Berhawa dingin mencium keris
Itu hanya sandiwara
Berlakon saja
Bersongkok tinggi di kepala
Jauh daripada dapat pahala
Kaum lain lihat saja
Mereka pun ada perasaan
Mereka mahu tukar kerajaan
Mahu Pakatan Rakyat memerintah
Guna hanya pangkah
Roket
Mata
Bulan Purnama
Menyelamatkan Malaysia kita bersama
Baik untuk semua
Baik untuk masa depan negara
Sokong P.R
Sokong P.R
Tanda anda jiwa sihat
Tanda anda ada maklumat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

BILA MENTERI DITUDUH MEROGOL


I

Bila orang gaji dirogol
Di dalam rumah majikan
Perlakunya orang kenamaan
Berjawatan besar dalam kerajaan
Ini suatu pengkhianatan
Ini manusia berjiwa syaitan
Patut dikenakan hukuman
Mengikut hukum Tuhan
Bila dilaksanakan hukum hudud
Perogol yang sudah kahwin
Akan direjam sampai mati
Bila ikut "Civil Law"
Perogol boleh didakwa di mahkamah
Apa jadi bila hakim tak amanah
Yang dirogol pula bersalah
Inilah masalah
Bila yang di atas
Ikut nasihat APCO Worldwide
Bila Yahudi pemberi nasihat
Bila syarikat Yahudi
Dibayar tinggi
Rakyat marhaen yang rugi
Bacalah blog 'Hujan Pagi'
"Bersendirian di dalam sebuah masjid"
Baru fikiran jadi tenang
Di DUN Tenang
Calon beriman kita menangkan

II

Air sungai mengalir tenang
Bawa sampah menuju ke laut
Kehidupan perogol nampak senang
Melihat ulama hatinya takut

III

Jalan di taman ada bonggol
Kenderaan lalu pula perlahan
Bila menteri dituduh merogol
Bawa dia ke muka pengadilan

IV

Ulat bulu panjat durian
Sampai ke atas disambar burung
Bila perogol dibawa ke pengadilan
Baru isterinya terus meraung

V

Burung pipit terbang rendah
Makan padi turun ke sawah
Bila isteri rambut terdedah
Dayus suami mengikut sunnah

VI

Pagi-pagi kutip pegaga
Dapat sekilo terus dijual
Orang dayus terlepas syurga
Dalam kubur pasti disoal

VII

Ikan kembung ikan pari
Boleh dibeli di pasar tani
Bila perogol seorang menteri
Ubatnya ialah masyarakat madani


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Ahad, 16 Januari 2011

BERANI BUAT PERUBAHAN


Lupa akhirat
Bila duit jadi matlamat
Bila ingin jadi orang berpangkat
Lupa niat
"sesungguhnya solatku;
ibadatku; hidupku dan
matiku adalah untuk
Allah; Tuhan semesta alam"
Rugi bila mengkhianati Islam
Rugi bila bersekongkol dengan penzalim
Dengan perasuah
Dengan membisu tentang
Kewujudan "APCO Worldwide"
Dibayar lebih RM70 juta
Rakyat Felda dibiarkan menderita
Di DUN Tenang ada yang buka mata
Yang menipu rakyat menderita
Yang rasuah di akhirat menderita
Yang menyokong perasuah juga di akhirat menderita
Apa nak dikata
Bila ilmu tak ada
Bila jahil agama
Di DUN Tenang tinggalkan yang lama
Lihat saja Bulan Purnama
Mengundinya ada pahala
Ada harapan di akhirat
Bila berani menentang pengkhianat-pengkhianat
Bila berani kerana benar
Mudah Kerajaan Pusat bertukar
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Sabtu, 15 Januari 2011

MENANGKAN CALON KITA


I

Bila ada kekosongan kerusi
Di Dewan Undangan Negeri
Di Dewan Rakyat
Disebabkan kematian
Akan ada pemilihan
Ada rezeki limpahan
Daripada pihak gerombolan
Hilang punca jalan
Jalan perkauman sempit
Dibiarkan budaya rempit
Suruh bersatu bila tersepit
Gelak ketawa jin aprit
Pengikut-pengikutnya dapat duit
Tiba-tiba orang di DUN Tenang
Suasana sudah tak tenang
Berkeliaran beruang-beruang
Beredar wang
O.K.U berkesempatan dapat wang
Syaratnya teruskan temberang
"Ketuanan Melayu" dah goyang
Ramai melahirkan anak-anak gampang
Khurafat dihidupkan semula
Menaikkan tiang seri dilakukan oleh Dato Seri
Dipamerkan
Di surat-surat khabar harian
Bila isu ancak ditimbulkan
Ada pembelaan
Daripada orang besar jawatan agama
Dengan khurafat sanggup bekerjasama
Tujuan menjaga nama
Orang kesayangannya
Ini bahaya
Bila khurafat ancak dianggap budaya Melayu saja
Bermotifkan harta
Di akhirat pasti berdukacita
Pasti menderita
Oleh itu orang-orang di DUN Tenang
Jasa Nabi elok dikenang
Ambil air sembahyang
Kuburkan calon politik wang
Pilih yang betul-betul sembahyang
Dengan jemaah Islam dia berjuang


II

Dalam sungai ikan berenang
Bila mengail dapat haruan
Undi Bulan di DUN Tenang
Ini membuktikan anda beriman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Jumaat, 14 Januari 2011

UGUTAN KOSONG



I

"walau berkecai tulang dan juga badan,
walau berkecai jasad daripada nyawa..
Putrajaya mesti kita pertahankan"

II

Ini kenyataan
amaran kepada pengikut-pengikut setia
Gerombolan perkauman
Supaya bekerja kuat
Menggunakan segala kemudahan
Yang ada seperti
BTN
Kemas
PSRM
SPR
SPRM
Ulama muda
Mudah menjadi kuda
Jadi alat propaganda
Boleh jadi kuda tunggangan
Boleh buat larangan
Asal Ketuanan Melayu kekal berkuasa
Supaya terus perkasa
Lupa peredaran masa
Lupa dosa
Dosa menggunakan ISA
Menggunakan OSA
"Demi masa, sesungguhnya manusia
itu berada di dalam kerugian"
Yang berfahaman kebangsaan
Yang melakukan kezaliman
Yang menyalahguna wang negara
Yang merogol orang gaji
Yang kaya dengan rasuah
Yang hidup mewah hasil daripada rasuah
Dalam kubur bermasalah
Di akhirat bermasalah
Bermasalah
Oleh itu berubah sekarang
Selamatkan Malaysia
Bila Kerajaan Pusat berubah
Bila adil mahkamah
Rakyat dapat faedah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Khamis, 13 Januari 2011

INTERLOK


Interlok
Sebuah novel Sasterawan Negara
Abdullah Hussian
Tulisannya masin
Ada orang orang bising
Ada orang kepala pening
Ada pada orang perkauman
Ada pada orang kurang kewarasan
Lupa erti interlok
Tautan yang kemas
Jalinan yang kemas
Cantuman yang kemas
Parti-parti perkauman nampak nak lemas
Karya Abdullah Hussian memang kemas
Mempunyai gagasan untuk membina
Penyatuan bangsa
India; Melayu; Kadazan; Iban dan Cina
Yang rasuah saja hina
Yang zalim saja hina
Yang perkauman saja hina
Tulisan Abdullah Hussian berguna
Novel Interlok elok dibaca
Dengan hati terbuka
Dengan hati takutkan Tuhan
Pasti lahir perasaan
Ingin selamat di hari kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

DENGAN IZIN ALLAH



I

Rakyat mengeluh
Harga barang-barang keperluan harian
Terus naik
Tepung
Beras
Minyak masak
Sayur-sayuran
Bahan-bahan makan lain
Semuanya ikut naik harga
Minyak petrol

II

Rakyat mula sedar
Masa beredar
Sudah 53 tahun diberi kepercayaan
Yang ada kepayahan
Yang ada kesusahan
Yang ada masalah gejala sosial
Sang isteri kuasai suami
Sang penguasa menyalahguna kuasa
Lupa sumpah Allah
Yang bermaksud
"demi masa
sesungguhnya manusia
berada di dalam kerugian"
Tentu yang rasuah
Tentu yang zalim
Tentu yang menyelewengkan Khazanah Negara
Perlu ditukar segera
Di PRU-13
Rakyat balas
Dengan memberi mandat
Kepada Pakatan Rakyat
Baru Malaysia selamat
Baru pembunuh Altantunya diadili
Dengan peguam negara yang bermaruah
Yang takutkan Allah
Di depan mahkamah yang berwibawa
Semua penjenayah didakwa
Dijatuhkan hukuman masuk penjara
Baru padan muka
Baru bebas rakyat daripada kesengsaraan
Janji 100 hari Pakatan Rakyat pasti dilaksanakan
Semuanya dengan izin Tuhan




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Rabu, 12 Januari 2011

TERUSKAN PERJUANGAN



Bila
Kita ingin cari pahala
Bertudunglah kepala
Suami terlepas daripada bala
Orang dayus jauh dari syurga
Patut disedari ketua keluarga
Memang manis gula
Memang menawan para wanita
Lihat saja Cleopatra
Lihat saja Laila
Lihat saja Eyonne Ridley
Lihat saja Lauren Booth
Bila beriman hati tak takut
Arahan Al-Quran terus ikut
Sunnah Nabi terus ikut
Di Uhud Mus'ab bin Umair tak takut
Mati mempertahankan Nabi tercinta
Mati juga Abu Dujana
Hamzah bin Abdul Mutalib
Mati terkena tikaman lembing
Hampir 70 sahabat Nabi gugur syahid
Menjadi ahli syurga
Menikmati segala-gala kebaikan
Di dunia tempat pertarungan
Buat suruhan tinggal larangan
Tentang puak-puak perkauman
Dengan iman dan pelajaran
Teruskan perjuangan
Menawan Parlimen
Menubuhkan kerajaan
Berteraskan Ketuanan Rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Isnin, 10 Januari 2011

53 TAHUN BERLALU



I

Dalam masa 53 tahun
Ada yang naik ada yang turun
Turun tak naik lagi
Ada yang rugi
Bila tak ikut Nabi
Bila menentang ajaran Nabi
Bila persendakan hukum Tuhan
Bila sesak pernafasan
Baru ingat Allah
Dalam kubur penuh sesak
Jika di dunia minum arak
Jika meluluskan lesen jualan arak
Bila hak rakyat digasak
Ambil secara batil
Menindas orang kecil
Menipu rakyat marhaen
Menipu semasa pilihanraya
Bila berkuasa jadi kaya
Suku sakat kaya raya
Dalam kubur tak ada cahaya
Gelap gelita
Berdukacita
Tak berguna harta
Tak berguna keluarga
Tak berguna pangkat
Yang penting amal ibadat
Tiangnya solat
Beramal semasa ada hayat
Buat maaruf jauhi maksiat
Ini kehendak syariat
Baik di dunia baik di akhirat

II

Dalam masa 53 tahun
Bertambah banyak penghuni kubur
Di makam Diraja
Di tanah perkuburan biasa
Di peringkat pusat
Di peringkat negeri
Ada penghuni
Ada yang rugi
Bila ikut Yahudi
Bila ikut Nasrani
Isteri enggan menutup aurat
Anak perempuan terdedah rambut
Bila datang Malaikat Maut
Nyawa diragut
Sedang menyanyi dangdut
Sedang projek direbut
Penyelewengan mereka disebut
Rasuah
Pecah amanah
DVD lucah
Pita rakaman terdedah
Jelas yang salah
Melalui undi kita ubah
Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

KALENDER 2011



I

Hari Sabtu
Orang berakal suka bersatu
Selagi ada masa tuntut ilmu
Belajar tak jemu-jemu

I

1 Januari
Keredhaan Allah dicari
Mulai daripada akujanji
Diulangi 5 kali sehari
Dari solat Maghrib
" sesungguhnya solatku; ibadatku; hidupku
dan matiku adalah untuk Allah;
Tuhan semesta alam "
Ikrar setia orang Islam
Bersih hati di dalam
Mantap ilmu kalam
Rajin solat malam

III

Daripada solat Tahajjud
Daripada solat Tasbih
Daripada solat Taubat
Daripada solat Hajat
Daripada solat Witir
Kuatlah jiwa
Kuatlah roh
Buat yang Allah suruh
Buat yang Rasul suruh
Tanda aqidah teguh
Berani berkata benar
Hidup beramanah
Baru menjauhi rasuah
Baru membenci rasuah
Baru rakyat dapat faedah
Baru isteri aurat tak terdedah
Baru jumpa Imam Ash-Shafie
Baru jumpa Imam Al-Ghazali
Bila negara bebas daripada korupsi
Bila negara ikut Sunnah Nabi
Mulai 1 Januari
Tahun 2011
Tahun penuh harapan
Tahun keadilan
Tahun perubahan
Rakyat dapat kebajikan
Daripada pemimpin beriman
Daripada bimbingan Tuhan
Melaui ajaran Al-Quran
Mula-mula fikir-fikirkan
Kemudian amalkan
Baru dapat kemanisan
Bila bersatu dalam kepelbagaian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Sabtu, 8 Januari 2011

TOLONGLAH KAMI YA! ALLAH


I

Menyedari
Harga barang-barang keperluan
Hidup rakyat terus meningkat

II

Menyedari
Nilai RM terus menurun

III

Menyedari
Kos kehidupan makin meningkat
Rakyat jelata menderita dan menderita
Kepayahan rakyat jelas dan nyata

IV

Rakyat mula bercerita
Rakyat mula mencari sebab kos hidup bertambah
Rakyat mula mencari maklumat
Rakyat dapat dengan cepat
Melalui teknologi maklumat
Rakyat tahu ada pengkhianat
Berpusat
Di Kerajaan Pusat
Guna akta Parlimen untuk menyekat
Rahsia diketahui rakyat
Ada OSA
Akta Rahsia Rasmi
Rasuah susah dibasmi
Pecah amanah di sana sini
Pengurusan wang negara diselewengkan
Diakui oleh Ketua Audit Negara
Boleh baca
Laporan Tahunan Ketua Audit Negara
Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat bebas penyelewengan
Negeri-negeri dikuasai BN terbukti ada salahguna perbelanjaan kewangan
Dengan ini
Penyelewengan dana negara
Telah diketahui rakyat
Yang bermaklumat
Jika keadaan ini dibiarkan
Negara dalam bahaya

V

Menyedari ini
Rakyat tidak ada pilihan lain
Melainkan memberi peluang
Kepada Pakatan Rakyat
Memerintah Malaysia
Dengan mengundi calon-calon
P.R di semua kerusi
Dewan Rakyat dalam
PRU-13
Undilah dengan ikhlas
Bacalah surah Al-Ikhlas
Bermaksud
" katakanlah Allah itu Maha Esa;
Allah tempat minta pertolongan;
Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan;
Dan Allah tidak ada yang setara denganNya "

VI

Dengan mengakui Allah tempat
Minta pertolongan
Wahai Allah
Tolonglah
Menangkanlah Pakatan Rakyat
Menjadi Kerajaan Pusat
Semoga harga barang-barang kembali rendah
Rakyat jelata tentu dapat faedah
Alhamdulillah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

TULISAN HEBAT

Hishamuddin Rais
Handal menulis
Hebat jika diselit-selitkan maksud Hadis
UMNO sebenar-benarnya kudis
Nilai murni terus dihakis
Mencari ilmu dengan mencium keris
Minat dan mendewa-dewa Bahasa Inggeris
Melahirkan anak luar nikah ramai anak gadis
Daripada Ketuanan Melayu
Aqidah Islam dah layu
Bahasa Melayu dah layu
Budaya Melayu dah layu
Mengumpul harta
Mencari kekayaan
Mencari pangkat
Mencari darjat
Tamak dan haloba dianggap ' standard '
Tahniah Hishamudin Rais
Ruangan
dari Brickfields
Perlu dibaca setiap rakyat Malaysia
Lepas itu ada wanita
Yang sanggup jadi isteri tercinta
Nikmatnya boleh cerita
Dalam ruang berikutnya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Jumaat, 7 Januari 2011

KEBAIKAN KEANGGOTAAN DUA PARTI



Buka " mata " nampak " bulan "
Menuju satu jalan
Bersatu
Berpadu
Berkat
Kebajikan rakyat diangkat
Di semua peringkat
Sentiasa berpakat
Memajukan rakyat
Dengan janji dalam masa 100 hari menguasai Kerajaan Pusat
ISA akan tamat
Akta zalim yang menyalahi syariat
RM500 elaun tambahan guru akan dapat
Institusi-institusi awam akan selamat
Selamat daripada dosa-dosa bersongkolan dengan penzalim dan perasuah
Selamat dari manipulasi ahli-ahli politik perkauman sempit
Selamat daripada dosa bersubahat dengan perompak kerajaan P.R di Perak
Selamat daripada membuang masa
Di padang-padang golf
Ingatlah masa
masa itu emas
"Demi masa
sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian"
Menyokong Apco Worldwide itu dosa
Menggantung 4 MP yang membicarakan
Bahaya syarikat Zionis Yahudi di Dewan Rakyat itu dosa
Bila diketahui akibat dosa
Bila anda ditanam
Di dalam tanah
Baru ingat Allah
Baru ingat Sunnah Rasulullah
Baru hendak berubah
Baru nak tinggalkan BN
Baru nak sokong P.R
Semuanya dah terlambat
Terimalah azab yang dahsyat
Inilah realiti kiamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

10 TAWARAN ISTIMEWA


I

Mengheret perasuah-perasuah
BN ke muka pengadilan
Ini sebaik-baik jalan

II

Menghapuskan ISA
Akta yang dikenali zalim
Diketahui orang-orang alim

III

Menstrukturkan semula
Pinjaman PTPTN
Memudahkan para pelajar
Meneruskan pelajaran ke
Institusi pengajian tinggi

IV

Membebaskan media massa
Daripada cengkaman kuasa
Pemerintah

V

Memberi keutamaan
Kebajikan kepada warga emas

VI

Memperkenalkan dasar
Kemudahan WiFi kepada
Seluruh rakyat yang memerlukan

VII

Mempertingkatkan pendapatan
Seisi rumah sehingga RM4,000 sebulan

VIII

Memperkukuhkan institusi
Agama selaras dengan perkara 3
Perlembagaan Persekutuan

IX

Memperbanyakkan dialog-dialog
Antara agama untuk mewujudkan
Suasana persefahaman dan
Hormat-menghormati

X

Menjadikan PDRM
Menjadikan SPRM
Menjadikan SPR
Badan-badan yang bebas

XI

Bila dibaca
Bila dianalisa 10 tawaran ini
Nescaya rakyat akan memilih
P.R dalam PRU-13
Tentulah sokongan yang jelas
Jasa baik anda Allah pasti balas
Dengan negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Khamis, 6 Januari 2011

GAGASAN IMAN



Gagasan untuk bangkit rasa kekitaan
Perlu ada keikhlasan
Daripada ketua-ketua gerombolan
Perlu cahaya menerangi jalan
Disaluti kejahilan
Disadurkan fahaman perkauman
Mahu jadi Tuan
Melanggar hukum Tuhan
Ayat 120 surah Al-Baqarah
" dan tidak sekali-kali
orang-orang Yahudi dan Nasrani
redha dengan kamu (umat Islam)
selagi kamu tak ikut cara hidup mereka "
Cara hidup mereka
Berteraskan kebendaan
Berteraskan kesengsaraan
Dipuja wira-wira sukan
Dipuja artis dan aktres
Dicium keris
Ditepung tawar
Di tiang seri
Diancak bila menaikkan rumah
Di sokong sesetengah Sohibulsomaah
Iman dah lemah
Dekat dengan tanah
Perlu dimusnahkan rasuah
Dengan rasa kekitaan
Dengan melupakan perasaan ketuanan
Dengan iman dan istiqamah
Dengan pimpinan bermaruah
Dengan para isteri menutup aurat
Dengan Islam dan taqwa baru selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

DUNIA NAK BERUBAH

Isu Palestin soal aqidah
Rambut jangan terdedah
Isu aurat juga soal aqidah
Isu ancak juga soal aqidah
Isu tepung tawar dan tiang seri juga soal aqidah
Isu rasuah juga soal aqidah
Isu penzalaim juga soal aqidah
Mahu dapat faedah
Di DUN Tenang isu pangkah
Juga isu aqidah
Tolak gerombolan perasuah
Pilih yang ikut jemaah Islamiah
Dunia sedang berubah
Parti perkauman ikut rebah


HMS ABU BAKAR
paksallehblogspot.com
Safar1432/Jan2011

Rabu, 5 Januari 2011

U.S MALU BESAR

Pendedahan WikiLeaks
Memalukan Amerika Syarikat
Sebenarnya Amerika memang jahat
Zionis Yahudi dijadikan sahabat
Membuat kianat
Merosakkan umat
Melalui kegiatan U.S sebagai Polis Dunia
Mengintip menjadi budayanya
Walaupun bahaya
U.S terus menyokong Israel
Negara haram jadah ciptaan
Kuasa-kuasa barat
Britain dan Amerika Syarikat
Daripada awal berniat jahat
Mahu wujud Israel Raya
Penuh tipu daya
Mahu menelan negara-negara Islam di Timur Tengah
Bila WikiLeaks dedahkan
Laporan-laporan sulit
daripada kedutaan-kedutaan
U.S di seluruh dunia
Terdedahlah kejahatan " Uncle Sam "
" Uncle Sam " gelaran bagi U.S
Terlalu dermawan kepada
Negara Israel
Berbilion-bilion USD diberi
Kepada negara Yahudi
Yang anti Islam
Disuruh adakan Hub Hiburan Malam
Disuruh terima syarikat
Komunikasi Yahudi
Dikenali sebagai
Apco Worldwide
Orang-orang O.K.U macam tak tahu
Al-Quran ada cerita
Tentang bahaya Yahudi
Penganjur budaya judi
Perosak muda-mudi
Yang tua miang-miang keladi
Sanggup rogol 3 kali
Terhadap orang gaji
Diketahui isteri
Dipaksa hantar balik
Orang gaji ke negara asal
Pak Menteri tak pula menyesal
Ditutup semua perihal
Tiba-tiba didedahkan oleh WikiLeaks
Seorang menteri kabinet
Malaysia merogol
Orang gaji dari Indonesia
Allah Maha Esa
Allah Maha Kuasa
Di PRU-13 jika P.R berkuasa
Semua penjenayah
Semua perasuah
Semua pembelot awam
Akan didakwa oleh
Peguam Negara baru
A.G daripada Pakatan Rakyat
Rakyat marhean boleh tidur nyenyak
Ditangkap semua penyangak
Dari sejak tertubuhnya Malaysia
Di akhirat menanti azab Neraka


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

Selasa, 4 Januari 2011

MAHU HIDUP SELESA



Kuasa
Kurniaan daripada Yang Maha Esa
Bersumpah dengan masa
" Demi masa
sesungguhnya manusia
itu benar-benar dalam
kerugian "
Nampak bila WikiLeaks dedahkan
Berbagai rahsia sulit dibocorkan
Melalui alam siber
Membacanya tak sabar-sabar
Biarlah Kerajaan Pusat bertukar
Baru hapus kegiatan mungkar
Barang naik kehidupan rakyat bertambah sukar
Dengan reformasi semangat dibakar
Semangat hidup bersama
Ikut agama
Bangunkan Islam bersama
Hidup di akhirat itu lama
Oleh itu elok berkerjasama
Setiap bangsa
Setiap masa
Mencari keredhaan Yang Maha Esa
Baru hidup di akhirat selesa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

MULAI DARIPADA INDIVIDU

'Akibat Pergaulan Bebas'


Bila tiba tahun baru
Remaja terburu
Nikmat indera diburu
Disebabkan kurang ilmu
Dengan berbekalkan nafsu
Dengan iklan-iklan mengusik jiwa
Dengan berlatarbelakangkan kebudayaan barat
Ingin buat
Apa yang dilihat
Lihat gelagat artis-artis
Lihat cara hidup jaguh-jaguh sukan
Buat benda yang bukan-bukan
Buat juga larangan Tuhan
Bebas pergaulan
Berdua-duaan
Lahirlah kandungan
Dibuang di tepi-tepi jalan
Dibiarkan oleh pimpinan keduniaan
Asalkan dapat sokongan
Berbeza dengan Pakatan
Mulai daripada individu
Mulai ahli parti
Mulai aktivis parti
Menggerakkan masyarakat
Mahu sekat budaya syaitan
Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

BENDUNG BUANG BAYI

Gambar Hiasan


Berita depan
Dalam Akbar Tempatan
Berbunyi
"Bendung Buang Bayi"
Betulkan niat di hati
Bekalkan diri
Dengan ajaran Ilahi
Ikut saja perintah Allah
Aurat jangan terdedah
Isteri-isteri pembesar hendaklah
Menunjukkan contoh

Bertudunglah kepala
Para suami tentu dapat pahala
Lihatlah saja
Tindakan 2 wartawan wanita Inggeris
Eyonne Ridley
Lauren Booth
Bila menganut agama Islam
Terus berubah menutup aurat
Meninggalkan minuman keras
Menjauhi budaya Hedonis
Bila iman terasa manis
Pergaulan bebas muda-mudi pasti berhenti
Bila ingat mati
Baru tinggal semua larangan Allah
Baru jadi pimpinan beramanah
Baru negara dapat faedah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

Isnin, 3 Januari 2011

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT



I

Jika diberi mandat mentadbir negara
Pakatan rakyat akan
Melaksanakan reformasi
Menyeluruh dalan semua
Aspek pengurusan negara
Ekonomi
Pentadbiran
Dan sebagainya
Berdasarkan prinsip
Yang digariskan bersama

II

Dalam 100 hari menerima
Mandat Rakyat
P.R akan mereformasikan
Institusi penting negara
Seperti
SPR
SPRM
Pejabat Peguam Negara
PDRM
Untuk mengembalikan
Kewibawaan sistem
Pentadbiran kerajaan

III

Kerajaan P.R juga akan
Memansuhkan ISA
Mengambil alih aset lebuhraya bagi
Memansuhkan tol dan
Merombak skruktur subsidi
Dengan mengurangkan
Subsidi pihak swasta
Memindahkannya kepada
Subsidi untuk rakyat

IV

Tawaran ini munasabah
Hanya Kerajaan Pusat kena berubah
Di PRU-13 hanya pangkah
Calon-calon Pakatan Rakyat
Di semua Kawasan Parlimen
Dengan iman
Dengan setiakawan
Dengan keikhlasan
Dengan bersatu dalam kepelbagaian
Semua rakyat dapat kebajikan
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya

V

Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

Ahad, 2 Januari 2011

RAKYAT BERGEMBIRA

Hari berganti hari
30 Januari 2011 hari mengundi
Tolak yang sokong Yahudi
Apco Worldwide syarikat pemodal-pemodal Yahudi
Terima yang ingin berbudi
Ulama banyak berbudi
Lihat saja Imam Syafie
Lihat saja Imam Ghazali
Dengan tulisan menabur budi
Al-Um
Al-Risalah
Budaya rasuah membawa masalah
Barang naik rakyat susah
Ganti dengan memangkah
Parti yang bebas rasuah
P.R boleh memerintah
Kerajaan Pusat selepas PRU-13
Kebajikan rakyat diutamakan
100 Hari yang membahagiakan
Rakyat diutamakan
Kroni-kroni zalim dipenjarakan
Negara diselamatkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

TERASA PANAS

Bila tiba masa
Berubahlah kuasa
Penzalim jadi pembangkang
Pesalah
Perasuah
Didakwa di Mahkamah
Hati kecil pun gelisah
Baru nak ingat Allah
Di depan berbagai masalah
Pintu penjara terbuka luas
Tanpa "aircond" tentu panas
Dulu guna ISA seluas-luas
Sekarang terima balas
Azab dunia
Yang menghina
Di akhirat kecewa selama-lamanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011

Sabtu, 1 Januari 2011

PANTUN TAHUN 2011



Isi durian dalam galas
Galas dibuat daripada rotan
Tiba tahun dua ribu sebelas
Kuatkanlah setiakawan dalam Pakatan

Pergi ke hutan mencari rotan
Dapat pula kayu gerharu
Tawaran seratus hari Pakatan
Diterima dengan rasa terharu

Kayu gerharu harum baunya
Boleh dibuat minyak wangi
Pakatan rakyat boleh berjaya
hanya perasuah merasa rugi

Burung pipit terbang sekawan
Singgah makan dalam sawah
Kerajaan Pusat boleh ditawan
Dengan pimpinan yang bermaruah

Tanam padi dalam sawah
Membiak pula ikan darat
Pimpinan Pakatan bebas rasuah
Menyelamatkan rakyat daripada melarat

Pisang restali pisang emas
Boleh dibeli di pasar tani
Parti perkauman hampir lemas
Ada pemimpin takutkan bini

Mengail ikan di atas titi
Dapat seekor ikan haruan
Pemerintahan Pakatan Rakyat nanti
Tentulah dengan izin Tuhan

Pisang emas bawa berlayar
Masak sebijii di atas peti
Hutang rakyat perlu dibayar
Dengan pemerintahan yang berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Januari2011

1 JANUARI 2011



1 Januari
Tahun baru masihi
Berjanji
Menjauhi kegiatan keji
Mahu laksanakan akujanji
Allah saja dipuji
Dengan bersih hati
Dengan aktiviti hidup yang berkualiti
Dengan banyak mengingati mati
Mati akan mengejut
Ditugaskan kepada Malaikat Maut
Dimulai dengan Sakaratulmaut
Dibukakan Hijab
Dapat melihat yang dituju
Gelap bagi pengikut "Ketuanan Melayu"
Bila menolak wahyu
Bila tolak Hudud dan Qisas
Bila tolak nasihat ulama muktabar
Gelap masa depan
Gelap dalam kubur
Semuanya lebur
Jawatan lebur
Kedudukan lebur
Kecantikan lebur
Bangunan Warisan lebur
Hub Hiburan Malam lebur
Apco Worldwide lebur
PBB lebur
OIC lebur
Israel Raya lebur
Aeril Sharon lebur
Bila semua lebur
Berlakulah
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Jan2011