Memaparkan catatan dengan label SURAT 1434H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SURAT 1434H. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

SURAT KEDUA PULUH SEMBILAN (akhir)




Ditujukan surat ini
Kepada diri sendiri
Permulaan kita di alam arwah
Kedua di alam kandungan
Ketiga di alam dunia
Diuji kita
Ada yang celek mata
Tapi hati buta
Perjuangan hidupnya hanya cari harta
Pangkat besar juga jadi cita-cita
Sampai masa pejamlah mata
Beradalah kita di alam Barzakh
Ada yang senang ada yang susah
Di antaranya yang rasuah
Yang pecah amanah
Biarpun negara hampir musnah
Asalkan hidup mewah
Di dunia boikot kuliah-kuliah
Jarang-jarang solat berjemaah
Sekarang bermasalah
Alam akhir itulah akhirat
Di Neraka seksanya berat
Di Syurga nikmatnya hebat

Berenang ikan dalam kolam
          Ikan keli ikan haruan
Perjalanan manusia lima alam
          Masuk Syurga itulah kejayaan

Menyedari hakikat ini
Rebutlah peluang yang ada
Ramadhan di depan kita
Tazkirah setiap malam ada
Dengarlah, tulislah, fahamkanlah
Amalkanlah nescaya syaitan dan
Kuncu-kuncunya kalah
Alhamdulillah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013

Isnin, 1 Julai 2013

SURAT KEDUA PULUH LAPAN





Menemui manusia bertaraf ulama
Ingat
Ulama itu pewaris Nabi
Kata Nabi kita
Nabi Muhammad s.a.w
Diutus Allah Nabi s.a.w
Memberi rahmat sekelian alam
Diwajibkan solat lima waktu sehari semalam
Akar tunjangnya ilmu kalam
Atau ilmu tauhid
Tiada Tuhan melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah
Ajarkan juga ilmu fekah
Ingat akhirat sebelum memangkah
Bakal disoal di akhirat nanti
Proses awal ialah mati
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu
ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka
dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya
ia telah berjaya dan ingatlah bahawa
kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”
Tak berguna menang pilihanraya
Tak berguna kuasai Putrajaya
Tak berguna anugerah berjela
Jika tandus pahala
Ini para ulama kena cerita
Firaun sedang menderita
Golongan fasik menderita
Golongan munafik menderita
Pengikut setia Nabi s.a.w bersukacita
Bagaimana kita?
Ubahlah sikap kita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013



Ahad, 30 Jun 2013

SURAT KEDUA PULUH TUJUH




Menemui pengadil-pengadil sukan
Ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan
Persiapkan diri dengan ilmu sukan yang diadili
Ingat tanggungjawab peribadi
Tanggungjawab dengan Allah
Tanggungjawab dengan manusia
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Ain
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Kifayah
Dua tanggungjawab ini hendaklah dibereskan setiap hari
Bila lengkap diri sendiri
Mudahlah orang lain diadili
Setiap kita ada pemimpin

          Dari padi buat empin
                   Boleh makan di Hari Raya
          Nabi Muhammad sebenar pemimpin
                   Menjadi ketua yang berjaya

Setiap Ramadhan tekun berpuasa
Beramanah bila pegang kuasa
Kebajikannya rakyat dapat rasa
Inilah pengadil yang berjaya
Yang kalah pun berasa sukacita
Tidak berlaku padam pelita
Kebenaran Islam itu ternyata
Penentangnya di akhirat menderita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013