Sabtu, 30 Jun 2012

SKANDAL SCORPENE




Senjata
Perlu bagi keselamatan negara
Diyakini yang berkuasa
Jauh dari penyalahguna kuasa
Banyak berlaku bila manusia cintakan dunia
Manusia sukakan harta
Mongolia menghasilkan ramai wanita jelita
Bila terpandang mata
Naik rasa cinta
Boleh pula bertutur berbagai bahasa
Inggeris; Perancis dan Rusia
Boleh juga keluar bersama
Tentulah bertiga
Di Paris dan di Singapura
Sebagai model
Menjadi perhatian jurugambar-jurugambar
Nafsu buaya darat bergelora
Gunakan duit komisyen untuk berbelanja
Rupa-rupa ada yang cemburu
Macam ayam betina
Disuruh saja
Diikuti saja
Dua manusia dari lain bangsa
Terbunuhlah si cantik jelita
Perempuan beranak dua
Puncanya pembelian kapal selam Perancis
Berjenama Scorpene
Komisyennya juga dapat kepada bini
Tetap cemburu dalam hati
Biarlah si cantik mati
Jauh dari dikesani
Tentulah dengan bom C4
Daripada DNA dapat maklumat
Si mati
Bernama Altantuya
Warganegara Mongolia
Dikhianati dua kekasih
Boleh diselesaikan dengan Pilihanraya bersih


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Jumaat, 29 Jun 2012

PANTUN ALAT KEJAYAAN


          Makan roti berinti kaya
                   Makan di rumah bersama keluarga
          Berceramah di Kampung Seri Jaya
                   Ceritakan kebaikan Buku Jingga

          Asal roti daripada tepung
                   Boleh dijadikan roti canai
          Samseng UMNO suka mengepong
                   Pelincirnya ialah wang tunai

          Satu, dua dan tiga
                   Permulaan pantun Hashim Gera
          Penyokong asobiyah terlepas syurga
                   Kerja mungkar dibuat segera

          One, two, three, four
                   Satu, dua, tiga, empat
          Ketua Bahagian rumah besor
                   Penyokong bawahan apa dapat?

          Kanak-kanak bermain di atas titi
                   Jatuh seorang dalam parit
          Parti Perkauman menunggu mati
                   Upah samseng supaya menjerit-jerit

          Tanjong Katong airnya biru
                   Tempat pelancong datang berehat
          Berkualiti ceramah Tuan Guru
                   Mendengarnya jiwa menjadi sihat

          Sungai Perak mengalir tenang
                   Berenang baung dan seluang
          Hari Bapa tetap dikenang
                   Mengajar kita terus berjuang

          Mengail ikan dalam paya
                   Dapat seekor ikan haruan
Pakatan boleh menguasai Putrajaya
           Bila erat semangat setiakawan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Khamis, 28 Jun 2012

BIARLAH HIDUP LAMA LAGI


Oh! Melayu
Sejak 54 Tahun banyak yang layu
Bahasa Melayu dah layu
Disebabkan dasar PPSMI
Dasar mendewakan Bahasa Inggeris
Pengkhianatnya ialah Mahathir
Selaku P.M keempat
Dia dapat ilham
Setelah bertemu dengan Pope John Paul
Di Vatican
Di Kota suci Mazhab Katolik
Politik Mahathir juga licik
Dia sekat bantuan kewangan
Kepada Sekolah Agama Rakyat
Dianaktiri S.AR
Mahathir sengaja tak mahu
Petronas keluarkan zakat
Mahathir sedar wang zakat
Banyak umat Islam
Dapat manfaat
Mahathir mahu rakan-rakannya kaya-raya
Ananda Krishnan
Lim Goh Tong
Francis Yeoh
Syed Mokhtar Bukhari
Dia anggap dirinya Santa Claus
Mahathir sudah tua
Hatinya muda
Mahu kekal hidup lama
Biarpun tak ikut ajaran agama
Yang penting bagi Mahathir
Mukanya keluar dalam media massa
Di lupa amaran Allah
Demi masa
”Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”
Bagi Mahathir
Ini belakang kira
Dia mahu anak-anaknya selamat daripada didakwa
Sedar bila P.R kuasai Putrajaya
Tempat Mahathir ialah penjara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Rabu, 27 Jun 2012

PERMINTAAN HARIAN

Apakah HUKUMnya kita memilih PEMIMPIN yang
menolak hukum Allah?



Wahai Allah
Tunjukanlah kami jalan yang lurus
Ikut Quran semua urusan boleh diurus
Beri tazkirah semasa walimatulurus
Ceritakan hukum Tuhan itu bagus
Lepas PRU-13 bungkus
Tolak pimpinan rakus
Dimurkai Allah
Parti asobiyah
Dibiarkan pimpinan rasuah
54 Tahun pecah amanah
Banyak dah masuk tanah
Yang sesat semua musnah
Firaun
Qarun
Hamman
Memusuhi Nabi Musa a.s
Dewasa ini juga memusuhi Jemaah Islam
Berpoya-poya di Kelab Malam
K-Pop menghiburkan belia-belia
Didatangkan dari Korea
Dengan nyanyian dan tarian
Bengkoklah jalan
Di atas dasar perkauman
PRU-13 elok dihumban
Ke Laut Cina Selatan
Penyelamatnya ialah Pakatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Selasa, 26 Jun 2012

KISAH ZAMAN BERULANG




Kisah
Qabil membunuh Habil
Manusia membunuh manusia
Tindakan sia-sia
Dibuat juga
Terlepaslah syurga
Sekarang ini ada Buku Jingga
Menjanjikan kebaikan kepada keluarga
Dengan syarat iman dijaga
Selawat kepada Nabi s.a.w saja
Allah saja dipuja
Dengan bacaan Al-Quran
Dengan melaksanakan kehendak Hadis
Setiap amalan berdasarkan niat
Mahu laksanakan kehendak syariat
Baru selamat di akhirat
Duniapun dapat
K- Pop itu maksiat
Penganjurnya berniat jahat
Supaya remaja belia sesat
Supaya naik nafsu syahwat
Berkembangbiaklah maksiat
Wujudlah suasana wahnn
Cinta dunia - takut mati
Namrud cinta dunia
Firaun cinta dunia
Qarun cinta dunia
Hamman cinta dunia
Sekarang kecewa
Sekarang menderita
Dalam B.H dan U.M tidak dicerita
Dalam TV1 dan TV3 tidak dicerita
Yang dicerita
Hanya burukkan Pakatan Rakyat
Tapi
Rakyat boleh lihat
Di Kelantan, di Kedah, di Pulau Pinang, di Selangor
4 Negeri bertambah makmur
Ketua-ketua Kerajaan beramanah
Sejarah akan berulang
Bila Putrajaya bertukar tangan
Dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Isnin, 25 Jun 2012

TAZKIRAH




Tazkirah
Bererti peringatan
Bahaya budaya syaitan
Berpoya-poya lelaki perempuan
Berleluasa di Barat
Berkonsert di atas pentas
Penonton di peringkat bawah
Bergeloralah nafsu amarah
Beredarlah dadah
Aurat penari-penari terdedah
Para kapitalis dapat faedah
Orang tengah dapat faedah
Orang bawah
Dapat kuah
Dibiarkan negara musnah
Eloklah dengar tazkirah
Bawa buku
Bawa pen
Bawa pensel
Dengar apa yang diucap
Tulis apa yang didengar
Baca apa yang ditulis
Mengelupur Iblis
Bila rakyat faham
Bila rakyat beramal
Bila rakyat ikut Al-Quran
Bila rakyat takutkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Ahad, 24 Jun 2012

BOLEH SAPU BERSIH




27 Rejab telah berlalu
Peristiwa besar berlaku ke atas Nabi s.a.w
Diyakini oleh umat Islam
Perjalanan malam
Atau
Israk Mikraj
Nabi dengan roh dan jasad
Abu Jahal mendendam kesumat
Di Badar nyawanya tamat
Hina yang amat sangat
Inilah nasib orang jahat
Dalam pilihanraya pun mengelat
Media massa diperalat
Institusi-institusi awam diperalat
Rakyat bukan saja lihat
Rakyat mahu dihukum pengkhianat-pengkhianat
Daripada gerombolan
United Malays National Organization
UMNO semacam dewa bagi orang-orang kampung
Minda mereka terkepong
Di salah erti peristiwa Bukit Kepong
Dimarah Mat Sabu
Kerana
Menyatakan Mat Indera itu Wira
Berani menentang penjajah Inggeris
Didewa-dewakan puak keris telanjang
Umur mereka dah tak panjang
Bila diadakan pilihanraya bersih
Semua kerusi Parlimen
Tewas kerusi DUN boleh disapu bersih
Terima kasih
Penganjur Perhimpunan Bersih 3.0
Tahniah Himpunan Hijau di Kedah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Sabtu, 23 Jun 2012

REBUTLAH PELUANG KALI INI




Masa beredar
Manusia ada yang sedar
Sedar Allah Maha Berkuasa
Sedar bahaya salahguna kuasa
Bahaya bila Malaikat maut tiba
Belum bersedia
Disebabkan kesibukan dunia
Disebabkan
’Wanita; arak dan hiburan’
”Bahaya” kata Al-Quran
Penuh dengan pengajaran
Banyak tawaran
Diketahui yang berpengetahuan
Sedikit bilangan
Di kalangan remaja
Di kalangan belia
Perlu contoh terbaik
Perlu ikut kekasih Allah
Itulah Rasulullah
Di Badar tentera Quraish kalah
Ditolong oleh Malaikat-malaikat
Nabi terus bermunajat
Nabi ambil peluang
Daripada rahmat Allah
Nabi berjaya di Madinah
Nabi Ketua Negara yang beramanah
Rebutlah peluang sebelum masuk tanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012