Sabtu, 9 Jun 2012

ADAB BELAJAR



Ada lima
Pertamanya dengar
Habis kuliah
Habis ceramah
Habis tazkirah
Ingat hanya tiga minit
Lepas itu lupa
Semua yang didengar
Yang kedua
Dengar dan tulis
Gelabah iblis
Lepas tiga jam
Lupa semua yang didengar
Buat yang sia-sia saja
Yang ketiga
Dengar tulis dan baca
Boleh ingat tiga minggu sahaja
Lepas itu semuanya lupa
Orang kampung tetap papa
Yang keempat
Dengar
Tulis, baca dan faham
Boleh ingat tiga bulan
Ranjau di sepanjang jalan
Perlu buat perubahan
Tambah ilmu pengetahuan
Yang kelima
Dengar dan tulis
Baca, faham dan amal
Ingat selama tiga tahun
Semoga pengkhianat akan turun
Daripada Allah kita memohon


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan