Isnin, 4 Jun 2012

PANTUN TUJUANNYA BAIK



Laksamana berempat di atas pentas
   Cukup berlima dengan gurunya
Bila beramanah pimpinan di atas
   Usaha kebajikan akan berjaya

Makan nasi di atas dulang
   Gulainya lazat masakan si dara
Tuntutan BERSIH jangan dihalang
   Tujuannya baik untuk negara

Pergi ke hutan mencari akar
   Sambil duduk mengesat peluh
Sistem sekular sistem mungkar
   Menumbangkannya jangan kita mengeluh

Pinang certak pinang certi
   Dihempas mari atas papan
Bila pemimpin bersih hati
   Cerahlah negara di masa hadapan

Rumah limas anjung selatan
   Bunga kemuning tumbuh di laman
Ramai mendoakan kejayaan Pakatan
   Negara makmur lagi aman

Tetak nyirih galangkan dapur
   Mari ditetak dengan dahannya
Nampaknya penzalim sedang mengelupur
   Besar kemungkinan terlepas Putrajaya

Tok Sami ke Teluk Lipat
   Kain sekodi dibawa sama
Kerajaan Pusat boleh dapat
   Dalam Pakatan eratkan kerjasama

Batang tengar dibuat rakit
   Rotan di dahan belah-belahkan
Hati warga Felda terasa sakit
   Mendengar perkataan yang dihemburkan

Kalau tahu peria pahit
   Tidak digulai dengan petola
Menumbangkan penzalim perlu mujahid
   Membantunya pula dapat pahala

Kalau tuan pergi ke Kelang
   Belikan saya semangkuk rojak
Usaha maaruf jangan dihalang
   Di atas kebenaran hendaklah berpijak

Kalau belayar ke Pulau Bekal
   Bawa seraut dua tiga
Semasa hidup gunakan akal
   Beramal soleh jalan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan