Jumaat, 1 Jun 2012

BOLEH DIDAKWA DI MAHKAMAH



Kata orang bestari
Manusia tahan dengan kesusahan
Ujian getir bagi cucu cicit Adam
Dengan kuasa dia berdendam
Duduk bantahpun mereka godam
Kotor hati di dalam
Yang beruniform ramai beragama Islam
Jiwa tauhid kosong di dalam
Dihulur rasuah mata pun layu
Di warisi gerombolan Melayu
Daripada parti Ketuanan Melayu
Berkuasa sejak 54 tahun yang lalu
Menipu pilihanraya tak pula malu
8 tuntutan Bersih dianggap keterlaluan
Kata orang-orang Biro Tunggu Nazak
Akan hapuslah kuasa bangsawan Melayu
Daripada tampok pemerintahan
Dalam ucapan berapi-api mereka
Di program-program Indotrinasi
Membisu pula tentang korupsi
Penjawat -penjawat awam jadi lesu lesi
Disebabkan lupa kuasa Illahi
Tapi sekarang
Majoriti rakyat dapat maklumat
Tentang kepimpinan keparat
Mengkayakan kroni dan suku sakat
Ini perlu di sekat
Dengan  menguasai kerajaan pusat
Melalui pilihanraya bersih boleh dapat
Memberi kebajikan kepada rakyat
Negara boleh selamat
Boleh didakwa di mahkamah gerombolan pengkhianat-pengkhianat
Daripada Ketuanan Melayu yang mengelat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan