Jumaat, 15 Jun 2012

JIWA SENGSARA



Negara kita
Berbagai cerita
Daripada pegang kuasa kumpul harta
Biarpun rakyat menderita
Orang Felda mulai bercerita
Orang Felcra mulai bercerita
Baik bila berubah pemegang kuasa
Lihat saja
Di Kelantan, di Kedah
Di Pulau Pinang, di Selangor
Gerombolan 'OKU' menganggur
Himpunan Bersih dikata kotor
Gelombang Hijau dikata diupah datang
Diam bila K-Pop datang
14 mufti tidak pula tentang
Tidak pula keluar fatwa
Diam melihat tarian punggung
Diam melihat biadapnya samseng-samseng
Daripada Ketuanan Melayu
Pertandingan Quran ke 55 di Johor Bahru
Sunnah Nabi tidak mahu tiru
Politik Nabi tidak mahu tiru
Politik Machiavelli mahu tiru
Matlamat menghalalkan cara
Biar di akhirat sengsara
Asal kekal pegang Putrajaya
Biar Idon, Bangla, Myanmar
Gurkha dapat hak mengundi
Yang penting 'ana' berkuasa
Dengan ana boleh ISA
Ikut Suka Aku
PRU-13 ini tak laku
Berubah
Rakyat Sarawak dan Sabah
Berubah pemikiran
Perkataan dan tindakan
Dihajati rakyat sekelian
Keadilan dan kesederhanaan
Tolak yang lama pilih yang baru

   Tanjung katong airnya biru
      Tempat tarikan orang Singapura
   Hantu Altantuya sedang memburu
      Jiwa pembunuh-pembunuh tetap sengsara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan