Ahad, 14 Februari 2016

PANTUN RAKYAT MENGELUH


Dua kali lima sepuluh
Dua kali enam dua belas
Ada GST rakyat mengeluh
Dari usaha pimpinan ikhlas

Dua kali enam dua belas
Sedang dihafal oleh murid-murid
Dari usaha pimpinan ikhlas
Selesai solat terus berwirid

Sedang dihafal oleh murid-murid
Dari sebuah sekolah rendah
Selesai solat terus berwirid
Dunia dan akhirat berfaedah

Dari sebuah sekolah rendah
Ramai pelajar yang miskin
Dunia dan akhirat berfaedah
Bila Rukun Iman yakin

Ramai pelajar yang miskin
Ibubapa dari kalangan petani
Bila Rukun Iman yakin
Menghadapi musuh tetap berani

Ibubapa dari kalangan petani
Selepas subuh keluar rumah
Menghadapi musuh tetap berani
Berilmu dan pula berhemah

Selepas subuh keluar rumah
Menanam padi bersama keluarga
Berilmu dan pula berhemah
Nanti berpeluang masuk syurga


Menanam padi bersama keluarga
Keluar pagi balik petang
Nanti berpeluang masuk syurga
Hanya tunggu Izrail datang

Keluar pagi balik petang
Masak padi terus dijual
Hanya tunggu Izrail datang
Kepada Allah tetap bertawakkal

Masak padi terus dijual
Dapat duit mudah berbelanja
Kepada Allah tetap bertawakkal
Kehendak agama ikut saja

Dapat duit mudah berbelanja
Infak untuk kemajuan Islam
Kehendak agama ikut saja
Ilmu Tauhid perlu mendalam

Infak untuk kemajuan Islam
Hadirkan diri disetiap kuliah
Ilmu Tauhid perlu mendalam
Baru wujud jiwa mut’mainah

Sabtu, 13 Februari 2016

PANTUN REZEKI DICARI



Buah padi ikatan rotan
Ikat dengan tangkai bunganya
Sakit hati bukan buatan
Siapa suruh dari mulanya

Ikat dengan tangkai bunganya
Berlambai-lambai ditiup angin
Siapa suruh dari mulanya
Melihat kecantikan hati pun ingin

Berlambai-lambai ditiup angin
Datang hinggap burung pipit
Melihat kecantikan hati pun ingin
Masalah duit yang menghimpit

Datang hinggap burung pipit
Mencari makanan disiang hari
Masalah duit yang menghimpit
Dengan sabar rezeki dicari

Mencari makanan disiang hari
Keluang pula diwaktu malam
Dengan sabar rezeki dicari
Inilah budaya orang Islam

Keluang pula diwaktu malam
Mencari buah diatas pokok
Inilah budaya orang Islam
Sekali-kali tidak merokok

Mencari buah diatas pokok
Melihat panjut terbang jauh
Sekali-kali tidak merokok
Walaupun hukumnya hanya makruh


Melihat panjut terbang jauh
Selamat buah hingga masak
Walaupun hukumnya hanya makruh
Paru-paru didada akan rosak

Selamat buah hingga masak
Boleh dijual mendatangkan rezeki
Paru-paru didada akan rosak
Berlaku banyak kepada lelaki

Boleh dijual mendatangkan rezeki
Dengan duit hidup pun selesa
Berlaku banyak kepada lelaki
Berborak-borak menghabiskan masa

Dengan duit hidup pun selesa
Beli buku untuk dibaca
Berborak-borak menghabiskan masa
Pribadi lain suka dicerca

Beli buku untuk dibaca
Ilmu bertambah mencerahkan minda
Pribadi lain suka dicerca
Jenis ini iman tiada

Jumaat, 12 Februari 2016

PANTUN UMAT BERSATU


Pergi ke hutan tujuan memburu
Bawa senapang dan parang
Ketokohan Syafie ingin ditiru
Banyak buku telah dikarang

Bawa senapang dan parang
Berfaedah bila didalam hutan
Banyak buku telah dikarang
Geram betul puak syaitan

Berfaedah bila didalam hutan
Mudah pula menghadapi musuh
Geram betul puak syaitan
Dengan agama rakyat diasuh

Mudah pula menghadapi musuh
Tujuan hanya pertahankan diri
Dengan agama rakyat diasuh
Keredhaan Allah mudah dicari

Tujuan hanya pertahankan diri
Perlu banyak ilmu didada
Keredhaan Allah mudah dicari
Membantu golongan kurang berada

Perlu banyak ilmu didada
Mudah hadapi cabaran semasa
Membantu golongan kurang berada
Dilakukan oleh pihak berkuasa

Mudah hadapi cabaran semasa
Dengan ilmu dan taqwa
Dilakukan oleh pihak berkuasa
Baru ke akhirat pahala dibawa


Dengan ilmu dan taqwa
Perisai sebenar umat Islam
Baru ke akhirat pahala dibawa
Banyak beribadat diwaktu malam

Perisai sebenar umat Islam
Iman dan amal solih
Banyak beribadat diwaktu malam
Baru Putrajaya cepat beralih

Iman dan amal solih
Menjadi budaya ulama dahulu
Baru Putrajaya cepat beralih
Lupakan kesalahan yang lalu

Menjadi budaya ulama dahulu
Banyak menulis kitab bermutu
Lupakan kesalahan yang lalu
Baru mudah umat bersatu

Banyak menulis kitab bermutu
Ehya Ulumuddin karangan Imam Ghazali
Baru mudah umat bersatu
Dengan jihad syurga dibeli

PANTUN TERASA KETAGIH

Ribut barat gelombang barat
Riak mencecah pangkal pedada
Jangan guna pantun ibarat
Rasa merekah didalam dada

Riak mencecah pangkal pedada
Nelayan terus memasang pukat
Rasa merekah didalam dada
Dengan kecantikan hati terpikat

Nelayan terus memasang pukat
Diatas kapal serba canggih
Dengan kecantikan hati terpikat
Dalam hati terasa ketagih

Diatas kapal serba canggih
Dapat pinjaman Persatuan Nelayan
Dalam hati terasa ketagih
Tapi sicantik tidak melayan

Dapat pinjaman Persatuan Nelayan
Dibayar ansuran beberapa tahun
Tapi sicantik tidak melayan
Hanya Allah tempat memohon

Dibayar ansuran beberapa tahun
Bunganya pula cukup rendah
Hanya Allah tempat memohon
Usaha yang mendatangkan faedah

Bunganya pula cukup rendah
Wujud dalam ekonomi terkini
Usaha yang mendatangkan faedah
Mudah wujud masyarakat madani


Wujud dalam ekonomi terkini
Kepentingan rakyat jadi penentu
Mudah wujud masyarakat madani
Berbagai bangsa boleh bersatu

Kepentingan rakyat jadi penentu
Dapat BRIM kerajaan dipuji
Berbagai bangsa boleh bersatu
Bila semua menepati janji

Dapat BRIM kerajaan dipuji
Wang berbilion dilupakan saja
Bila semua menepati janji
Kerana Allah dibuat kerja

Wang berbilion dilupakan saja
Media massa mendiamkan diri
Kerana Allah dibuat kerja
Diakhirat menanti pelukan bidadari

Media massa mendiamkan diri
Isu 1MDB sebagai contoh
Diakhirat menanti pelukan bidadari
Terasa nikmat sebelum disentuh