Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011


Selamat tinggal tahun 2011
mari muhasabah diri secara ikhlas
bermula daripada membaca surah Al-Ikhlas
nampak kuasa Allah dengan jelas
seperti air dalam gelas
baru solat jemaah tak malas
baru mudah musuh dicantas
baru beramanah yang di atas
mulai raja-raja
Allah saja dipuja
kerana Allah membuat segala kerja
tauhid jadikan baja
diajarkan kepada remaja
ditarbiyahkan belia-belia
bukan cara Biro Tata Negara
bukan cara Ketuanan Bangsa
lupa kata-kata hikmah
’Bahasa jiwa bangsa”
Bahasa yang termaktub di perkara 152
Perlembagaan Negara
DBP dirombak segera
masa depan bahasa diambil kira
hormati juga Laporan Ketua Audit Negara
mahu terurus kewangan negara
mahu penjawat-penjawat awam beramanah
ramai pegawai-pegawai dah masuk tanah
diseksa yang tak beramanah
diazab yang rasuah
menyedari ini selepas dengar tazkirah
pemberi dan penerima rasuah
dikutuk Allah
di akhirat bermasalah
biarlah gerombolan perkauman kalah
biarlah pemerintahan pusat berubah
ketelusan di empat negeri terserlah
ketua-ketua kerajaannya beramanah
bebas daripada rasuah
penjawat-penjawat awam sifir rasuah
rakyat marhaen dapat faedah
kepada kebaikan-kebaikan terdedah 
lebih hasil negeri Kedah
dikurangkan hutang negeri di Pulau Pinang
di Selangor rezab negeri hampir RM1.6 billion
di Kelantan terserlah aktiviti-aktiviti keagamaan
minat agama
Sultannya
wajahnya bercahaya
rakyat jelata gembira
lima tahun lagi jadi Yang DiPertuan Agung
bila hak dan batil bertembung
tentu yang beriman untung
tentu yang beramal soleh untung
tentu majoriti rakyat untung
penjenayah-penjenayah negara akan didakwa
bila kerajaan Pusat baru yang berwibawa
turunlah harga-harga
senang hati seluruh keluarga
bila terlaksana Buku Jingga
tahun 2011 telah meninggalkan kita
azam tahun baru kita
’Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan'


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011

Khamis, 29 Disember 2011

RAKYAT KENA BERANI


UNDILAH PAKATAN RAKYAT


Di akhir zaman
Dengan duit hilang iman
Dengan pangkat hilang iman
Dengan ”gula-gula” RM 500 hilang iman
Dengan syarikat Yahudi sanggup berteman
Ini tanda orang tak siuman
Di persidangan Agung Tahunan nampak kehebatan
Kiri kanan menyerang Pakatan
Senyum syaitan
Golongan baik dianggap merosakkan
Buku Jingga dianggap ketinggalan zaman
Ini boleh dilaksanakan
Bila menguasai kerajaan Persekutuan
Dibayar royalti minyak kepada Kelantan
Dikeluarkan zakat daripada Petronas
Baru dakwah bernafas
Daripada Kerajaan Pakatan yang ikhlas
Sabah dan Sarawak
Juga dibayar royalti minyak yang banyak
Daripada 5% sekarang kepada 20%
Ehsan daripada Pakatan Rakyat
Petrol diturunkan harga
Gembira seluruh keluarga
Kos kehidupan diturunkan
Dapat Negara Berkebajikan
Kebaikan ini
Boleh mewujudkan masyarakat madani
Rakyat kena berani
Mengundi
Hanya calon-calon Pakatan Rakyat
Tolak pengkhianat rakyat
54 Tahun dah lama sangat
Berubah juga
Percaya dengan Buku Jingga
Janji yang munasabah
Perlu hanya berubah
Daripada Barang Naik (BN) kepada Price Reduce (PR)
Dunia dan akhirat
Insyaallah selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011

Rabu, 28 Disember 2011

JANJI BAIK UNTUK RAKYAT


2 jenis Melayu.Mana jadi pilihan?


Melayu
Ada dua jenis
Melayu ikut takrif Perlembagaan Negara
Perkara 160
Ada tiga ciri
Beragama Islam
Bercakap Bahasa Melayu
Mengikuti adat istiadat Melayu
Berteraskan syariat Allah
Bila ini dinyatakan dalam kehidupan harian
Nescaya buat yang maaruf
Mencegah yang mungkar
”Melayu celup” suka menaikkan semangat perkauman sempit
Bila keadaan terhimpit
Berslogan
”Melayu kena bersatu”
”Melayu akan hilang kuasa”
54 Tahun dah salahguna kuasa
Bila disedari rakyat jelata
Keburukan pemerintah diceritakan
Berlaku banyak penyelewengan
Bacalah
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010
Kos kehidupan naik rakyat mengeluh
Benarlah BN - Barang Naik
Datang tawaran mulia
Ada pada Buku Jingga
Menjanjikan kebaikan kepada rakyat jelata
Ini tawaran istimewa
Daripada pimpinan berwibawa
Beramanah bila pegang Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011

Selasa, 27 Disember 2011

PANTUN TOLAK PEMIMPIN HAPRAK



Ayam sabung jangan dipaut
   Jika dipaut kalah laganya
Bila sunnah Nabi diikut
   InsyaAllah kerja kita berjaya

Bukan lebah sebarang lebah
   Lebah bersarang di pohon kayu
Kerajaan Pusat boleh berubah
   Bila bermaklumat orang melayu

Bunga terlepak kembang separuh
   Kembang bersusun setiap batang
Tolak saja pemimpin haprak
   Dengan iman kita tenang

Burung dara terbang tinggi
   Hinggap sebentar di kayu rendah
Sudah lama melayu rugi
   Sokong Pakatan mendatangkan faedah

Burung helang terbang berkawan
   Singgah sebentar di atas bukit
Kerajaan Pusat mesti ditawan
   Penyelewengan mereka bukan sedikit

Hisap rokok tembakau Cina
   Keluar asap macam bulatan
Masyarakat Madani boleh dibina
   Dengan memenangkan pimpinan Pakatan

Buah rambai masak di dahan
   Lazat cita pula rasanya
Pakatan Rakyat tetap bertahan
   Berilah peluang menguasai Putrajaya

Bunga melati bunga di darat
   Bunga seroja di tepi paya
Pakatan Rakyat menaruh hasrat
   Membantu rakyat dengan sedaya upaya

Burung serindit terbang rendah
   Mari hinggap di ranting mati
Penyelewengan mereka sudah terdedah
   Digantikan kepimpinan yang berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011



Isnin, 26 Disember 2011

CITA CITA BESAR



Bila
Bercita-cita besar
Bersedia
Berkawan dengan perosak agama
Berkawan dengan pengkhianat negara
Bila nampak peluang tebuka
Biarpun terbuka pintu Neraka
Biar berkuasa dulu
Ini muka tak malu
Berselaputkan Ketuanan Melayu
Sanggup mengetepikan ajaran Wahyu
Manusia jenis ikan puyu
54 Tahun berkuasa semuanya layu
Kroni-kroni dapat dulu
Nasib orang kampung biarkan saja
Tokeh-tokeh besar sebenarnya Raja
Wanita, harta dan takhta dipuja
Biarkan rosak remaja-remaja
Dengan dadah dengan seks luar nikah
Dengan jahil fardhu ain
Dengan ketua sanggup buka kain
Lembu-lembu di kondominum hairan
Orang kampung masih beri kepercayaan
Dengan slogan
Nanti 'Melayu Hilang Kuasa'
Luput peluang menyalahguna kuasa
Dianaktirikan bahasa
Termaktub di perkara 152
Perlembagaan Negara
Ini semua belakang kira
Laporan Ketua Audit Negara belakang kira
Jatuhkan hukuman liwat segera
Sebelum Pakatan Rakyat berkuasa
Bawa wang keluar negara
Inilah budaya
Harapkan pagar
Pagar makan padi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011

Ahad, 25 Disember 2011

HARI KRISMAS



25 Disember 2011
Hari Ahad
Diucapkan
Selamat gembira
Di hari Krismas
Kepercayaan lebih baik dari emas
Dibantu fikiran yang bernas
Puak perkauman sedang panas
Putrajaya akan terlepas


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

RUPA-RUPANYA MIMPI


Manusia
mempunyai berbagai cita-cita
mahu harta
mahu takhta
mahu isteri jelita
tak jemu dipandang mata
tanpa ilmu banyak yang buta
teruk sekali bila buta agama
dengan perasuah sanggup bekerjasama
dengan pengkhianat sanggup bekerjasama
dengan penzalim sanggup bekerjasama
lupa hidup di dunia tak lama
lupa pantang larang agama
manusia jenis ini bahaya
boleh mengganggu jalan ke Putrajaya
boleh keruhkan suasana
benar-benar hina
bila lupa akujanji
sewaktu solat
dengan parti sanggup mengelat
dengan jemaah sanggup belot
dengan Pakatan Rakyat di khianat
dengan pengkhianat dia pula berminat
disebabkan pangkat
mahu jadi Ketua Kerajaan
di sebuah negeri
rupa-rupanya bukan Keredhaan Allah dicari
rasanya dapat yang dicari
dikelabui sinaran matahari
disangka kawan pencuri
disangka pencuri bijak bistari
malangnya diri
dalam kubur seorang diri
kalauku tahu begini
tentuku perjuangkan masyarakat madani
tentu disukai rakyat negeri ini
itu hanyalah mimpi di siang hari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Sabtu, 24 Disember 2011

BERI DUIT AMBIL



Bukalah mata
Daripada rasuah kumpul harta
Rakyat di Semenanjung dengar cerita
Rakyat di Sabah dengar cerita
Gerombolan pimpinan pendusta
Mereka berkata
Rakyat miskin kami cinta
Beri RM100 kepada anak-anak sekolah
Beri Rm500 ambillah
Bersyukur kepada Allah
Rasuah tetap salah
Rugi penyokong asobiyah
Disokong apa yang salah
Daripada bangsa yang memerintah
Sapu harta negara tak sudah-sudah
Rambut isteri tetap terdedah
Di akhirat tetap tak berfaedah
Menyesal tak sudah-sudah
Bertaubatlah
Ikutlah perintah Allah
Hukumlah yang bersalah
Ke atas laporan Ketua Audit Negara
Tahun 2010 bertindaklah
Penjawat-penjawat awam ingatlah
Menyalahguna peruntukan kewangan itu salah
Di dunia terlepas
Di akhirat bermasalah
Bila ini disedari
Eloklah muhasabah diri
Disuruh bertudung isteri
Disuruh isteri belajar agama
Disuruh isteri belajar fardhu ain'
Disuruh keluarga beramal soleh
Baru boleh suruh rakyat
Tinggalkan maksiat
Tinggalkan juga pemimpin keparat
Mengkayakan kroni dan suku sakat
Hidup tak berkat
Di akhirat melarat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Jumaat, 23 Disember 2011

WARGA FELDA MENUNTUT HAK MEREKA



Musim Haji baru selesai
Muharram pun tiba
Mencari kebenaran terus meraba-raba
Mungkin disebabkan ekonomi riba
Dikuasai para kapitalis antarabangsa
Diperalatkan tokoh-tokoh ’Ketuanan Bangsa’
Menganggap bangsanya ”Perkasa”
Kaya-raya daripada menyalahgunakuasa
1.6 juta peneroka-peneroka Felda jadi mangsa
360,000 hektor tanah Felda mahu dijual
Mahu digadai
Melalui cara menyenaraikan Felda Global
Syarikat Venture Holding {FGVH}
Di Bursa Saham KL
Kroni-kroni kuasawan
Mengaut keuntungan
Peneroka-peneroka Felda hilang tanah kesayangan
Nanti
Berputih mata
Warga Felda tentunya berdukacita
Dapat bantuan moral
Daripada Seniman Paksi Rakyat
Dikenali Paksi
Sudah bertemu dengan pihak peneroka
Di Hulu Selangor
Dari
Felda Sungai Tengi
Felda Soeharto
Felda Gedangsa
Felda Sungai Buaya
Sedar akan bahaya
Kehilangan tanah kesayangan
Diambil secara perniagaan
Hampir satu juta lebih peneroka Felda
Akan terlepas hak milik tanah Felda mereka
Ditangan manusia bermuka-muka
Berslogan
”Bangsa Melayu terancam”
"Bangsa Melayu akan hilang kuasa”
Ini semua hanya tipudaya
Oleh gerombolan ”Melayu Celup”
Jenayah mereka
Warga Felda faham
Mempertahankan hak mereka
Bukan bersendirian
Dibantu oleh orang-orang seni
Berjiwa murni
Boleh melalui puisi
Melalui demokrasi
Melalui ilmu
Melalui iman
Melalui amalan
Terbuka jalan
Di 4 buah negeri dibuktikan
Hanya perlu kuasa di peringkat Persekutuan
Berilah sokongan
Berterusan
Nasib peneroka Felda boleh diselamatkan
Bergabunglah dalam Islam
Bersatulah dalam keadilan
Boleh bersatu dalam kepelbagaian
India, Cina, Melayu, Iban dan Kadazan
Menanti saja kebahagiaan
Bila berlaku pertukaran
Daripada perasuah kepada beramanah
Daripada pengkhianat kepada bermaruah
Daripada ekonomi kroni kepada Negara Berkebajikan
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Selangor dibuktikan
Dinanti-nanti rakyat sekelian
Di pilihanraya atau dijalanan
Lawan tetap lawan
Menanti kejayaan
Kita perlu
Berbanyak syukur kepada Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Khamis, 22 Disember 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU (NURUL ILHAM & REZA)



Selamat Pengantin Baru
Nurul Ilham binti Anwar
Mohd. Reza bin Mohd. Rafie
Sudah jadi suami-isteri
Dengan ilmu mantaplah diri
Dengan iman muhasabah diri sendiri
Dosa besar dijauhi
Dengan sentiasa mengingati Ilahi
Baru hidup penuh harmoni
Penuh toleransi
Tetapkan semangat reformasi
Berjuang disetiap situasi
Semasa rehat bacalah puisi
Bervisi dan berisi
Dalam bilik muka berseri-seri
Untuk kabaikan diri
Untuk perjuangan parti
Mahu pimpinan pelapis berkualiti
Dengan menghadirkan diri
Di setiap majlis ilmu
Dari ilmu betullah amalan
Ini Nurul dan Reza ketahui
Bacalah buku As-Shafie
Baca juga buku Al-Ghazali
Dengan tulisan syurga dibeli
Dua ulama ternama
Di kalangan Ahli Sunnah Wal Jemaah
Bermaruah
Beramanah
Nescaya dipelihara Allah
Baik di luar baik di rumah
Insyaallah

II

Tahniah
Anwar Ibrahim
Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Mendapat menantu
Mohd. Reza
Semoga berseri-seri keluarga
Semoga agama dijaga
Semoga negara majujaya
Setelah melaksanakan Buku Jingga
Rakyat dapat hidup bahagia
Dibawah pimpinan baru
Di Putra Jaya

PANTUN NASIB SI PEMBELOT



Jikalau roboh Kota Melaka
   Papan di jawa saya dirikan
Negara berkebajikan sedang dibuka
   Bila parti perkauman dikuburkan

Anak Cina main catur
   Anak Siam main air
Negara berkebajikan sedang diatur
   Bila fahaman perkauman cair

Kain batik baju batik
   Batik datang dari Jawa
Hendaklah bijak bila berpolitik
   Sehingga iblis merasa kecewa

Keris ini keris pusaka
   Disimpan di dalam peti kaca
Tolak pemimpin bermuka-muka
   Kejahatan mereka rakyat baca

Limau purut bunga angsana
   Menghias pengantin nampak berseri
Pembelot parti tetap hina
   Sanggup bersekongkol dengan pencuri

Makan nasi dalam dulang
   Gulainya lazat ikan gelama
Pengkhianat parti bernasib malang
   Dengan penzalim sanggup bekerjasama

Membeli bakul di tengah pekan
   Batu jed dibuat tangkal
Bila prinsip parti digadaikan
   Tanda orang tidak berakal

Padang temu padang baiduri
   Tempat raja membangun kota
Sudah lama hendak lari
   Tujuan sebenar hendakkan takhta

Setiap pagi pergi ke ladang
   Hendak menyemai sebenih padi
Pembelot parti tersilap pandang
  Dengan penzalim asuhan Yahudi

Rumah kecil di tepi sawah
   Rumah banglo di tepi bukit
Bila berhajat hidup mewah
   Inilah tanda hati sakit

Pergi ke hutan mencari akar
   Dapat pula kayu gaharu
Di saat getir dia bertukar
   Lupa doa tuan guru

Sisip atap di sambung atap
   Atap disisik di dangau padi
Dengan pembelot kita berentap
   Walaupun dulu pernah berbudi

Rumah Limas anjung selatan
   Bunga kemuning tumbuh di taman
Tindakan pengkhianat diasuk syaitan
   Dikutuk malaikat sepanjang zaman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011





Rabu, 21 Disember 2011

BIAR APAPUN BERLAKU



Bila ADUN bercita-cita tinggi
Biar parti Islam rugi
Biar dalam kubur rugi
Biar di Padang Mahsyar rugi
Biar di akhirat rugi
Biar berkawan dengan yang korup
Biar apa saja
Jawatan MB "ana" yang punya
Walaupun salah cara
Itu belakang kira
Biarlah melompat macam kera
MB sekarang ditukar segera
Walaupun dekat pilihanraya
Biar jadi buaya
Asal kerusi MB dapatku duduk
Inilah budaya Pak Kaduk
Dihina dan dikutuk
Berambus lagi elok
Baumu dah busuk
Makmum hilang khusyuk


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Isnin, 19 Disember 2011

PANTUN PENYELAMAT DALAM KUBUR




Air dalam bertambah dalam
   Hujan di hulu belumlah teduh
Bila pimpinan jahil Islam
   Di Mahsyar tiada tempat berteduh

Anak merbah anak kelicap
   Hinggap di pokok mencari ulat
Apa guna pandai bercakap
   Setiap tindakan hanya mengelat

Anak tiong di dahan kayu
   Hendak makan buah berangan
Ditakuk lama kedudukan Melayu
   Mahu ke syurga dengan angan-angan

Apa diharap padi seberang
   Entah berderai entah tidak
Diketahui rakyat pimpinan temberang
   Bila tercabar pandai mengertak

Apa diharap padi seberang
   Entah dimakan pipit melayang
Dalam kubur diri seorang
   Bahagia yang taat sembahyang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011


Ahad, 18 Disember 2011

PEMIKIRAN KRITIS REMAJA




Daripada Adam a.s.
manusia pertama
Siti Hawa isteri istimewa
diturunkan dari syurga
tempat paling mulia
perlu sedarkan belia-belia
juga remaja-remaja
Allahlah segala Raja-Raja
melalui ilmu Allah dipuja
ilmu Tauhid
awal-awal agama mengenal Allah
terima kasih ibu dan ayah
sembilan bulan ibu menghadapi susah payah
bayi lahir serba indah
aurat semua terdedah
diazankan dan diiqamatkan
bayi mendengar dengan telinga terbuka
hatinya suka
hatinya gembira
bila sampai ke peringkat remaja
boleh buat apa saja
ibubapa menentukan segala-gala
ajarkan agama dapatlah pahala
lembu pun perlu gembala
remaja perlu bimbingan membina
daripada pelukan ibu wujud kasih sayang
daripada ibu kepada anak
daripada anak kepada ibubapa
yang ada agama tak mudah lupa
tugas membela agama
tugas menyelamatkan bangsa
tugas mendaulatkan bahasa
baru bermakna
"Bahasa jiwa bangsa"
bila beramanah yang pegang kuasa
adil yang pegang Putrajaya
menawannya perlu kerja sedaya-upaya
dikelilingi banyak buaya
ada akta-akta bahaya
yang melanggar perkara 10
Perlembagaan Negara
bila ini disedari para remaja
bila bermaklumat majoriti remaja
bila remaja banyak membaca
baru “Baik; sihat; ceria dan gembira para remaja
baru boleh menyelamatkan Malaysia
daripada tipudaya
manusia durjana
berselaputkan Ketuanan Bangsa
berslogankan
"Melayu akan hilang kuasa"
cogankata daripada "Melayu-celup" semuanya
yang menguasai ekonomi negara
melalui dasar ekonomi kronisma
rakyat kampung ditakuk lama
di dunia papa kedana
di akhirat terlepas syurga
keadaan ini
disedari remaja berminda kritis
tolak politik keris tak bersarong
tolak pimpinan selalu bohong
tolak ucapan
gendang-gendang kosong
dengan ilmu
dengan hadir di majlis ilmu
dengan membawa alat-alat tulis
baru kenal ajakan Iblis
baru kenal taktik syaitan
bila remaja yang fikiran keritis
baru menolak budaya betis
baru menolak politik wang
beri RM100 -  ambil
beri RM500 - ambil
tapi tolak Qabil 
tetap menyebelahi Habil 
daripada Al-Quran hujjah-hujjah diambil
daripada Hadis Nabi semua diambil
bila remaja ini jadi pemimpin
bila remaja kritis menyokong yang hak
bila para remaja
beriman dan beramal soleh
menawan Putrajaya tentu boleh


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Sabtu, 17 Disember 2011

INGINKAN SAKINAH




Tahun baru Islam
bermula dari bulan Muharram
jauhilah benda-benda haram
menerima, memberi rasuah kerja haram
mendapat wang dari kerja menyalahguna kuasa kerja haram
dalam neraka pasti tenggelam
bila menolak hukum-hakam Islam
bila berpoya-poya di kelab malam
berpunca dari jahil ilmu kalam
boikot majlis ilmu setiap malam
kekallah dalam kejahilan
masyarakat Melayu terkedepan
pelapis-pelapisnya minat hiburan
di media elektronik dihidangkan
filem-filem dari dunia luar
bermaharajalelalah perkara mungkar
kejahilan terus berakar
merebaklah penyakit wahan
cinta dunia, takut mati
dibiarkan pimpinan tak berkualiti
ramai dah mati
ramai yang menyesal
bila disoal
siapa Tuhan kamu?
apa agama kamu?
apa yang dibawa lelaki yang diutus kepadamu?
jawapannya boleh tahu
bila ikut ajaran Al-Quran
bila ikut Hadis Nabi s.a.w
bila ikut agama Islam
baru sedar pentingnya hijrah
lahir Negara Islam di Madinah
baru lahir pimpinan beramanah
baru Melayu hidup bermaruah
baru berfungsi Sunnah
kesan iman dan istiqamah                          
lahir masyarakat berjiwa mutma’innah
di sana sini wujud suasana Sakinah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Jumaat, 16 Disember 2011

PANTUN KEBANGKITAN RAKYAT




Bunga siantan bunga dahlia
   Masa kembang cantik terserlah
Pakatan Rakyat bercita-cita mulia
   Buku Jingga penyelesai masalah

Seri pagi di atas dupa
   Diambil dara untuk digubah
Orang zalim mudah lupa
   Terkejut bila rakyat berubah

Tetak buluh panjang sepuluh
   Mari jolok sarang penyengat
Dengan ilmu amalan disuluh
   Penyelewengan pemerintah tetap diingat

Anak beruk di tepi hutan
   Pandai melompat pandai berlari
Rakyat yakin dengan Pakatan
   Bebas rasuah di empat negeri

Ayam hutan terbang rendah
   Mencari makanan waktu pagi
Bila isteri rambut terdedah
   Di akhirat suami tentulah rugi

Pergi ke hutan mencari rotan
   Dapat pula kayu gerharu
Orang munafik berhati syaitan
   Nikmat dunia saja diburu

Bunga melor bunga ros
   Bunga seroja di tepi perigi
Isteri penzalim berbelanja boros
   Biarpun di akhirat berkeadaan rugi

Buah rambai masak di dahan
   Mudah didapati di pendalaman
Kebangkitan rakyat jangan ditahan
   Dengan menolak politik perkauman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Khamis, 15 Disember 2011

DI AKHIRAT MERANA




Bila manusia lupa kubur
Bila lama berkuasa makin takbur
Benda dibuat tak boleh ditegur
Biar ramai rakyat menganggur
Biar warga asing dibawa masuk
Boleh bayar gaji murah
Boleh buat apa saja
Boleh guna ugut saja
Mykad boleh diberi
Kepada rakyat luar negeri
Boleh mengundi
Boleh guna syarikat Yahudi
Boleh tingkat prestasi peribadi
Boleh pergi Haji
Bersama isteri
Bila balik buat suka hati
Maklumlah bertaraf seakan-akan ”First Lady”
Boleh dicontohi muda mudi
Banyak kemudahan berjudi
Keputusan cabutan
Disiar dalam media perdana
Jenis ini di akhirat hina
Usaha jahat di dunia tak berguna
Kekal merana


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Rabu, 14 Disember 2011

BALASAN BAGI YANG BIADAB





Chua Soi Lek
Atas katil badan bergolek-golek
Keluarga menonton kepala pun gelek-gelek
Ramai yang mengherdik
Doktor pun bukanlah cerdik
Bila nafsu naik
Hukum Hudud diserangnya
Jiwanya tak bercahaya
Partinya orang tak lagi percaya
Pimpinan jenis buaya
Dengan mana-mana perempuan berpoya-poya
Buatlah selagi ada nyawa
Seranglah hudud sedaya-upaya
Allah itu Maha Kaya
Indah hukumnya
Orang mukmin percaya
Kafir-munafik pasti kecewa
Dalam kubur baru terasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
Terutama kepimpinan perkauman
Di akhirat terimalah hukuman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Selasa, 13 Disember 2011

NATIJAH DARIPADA HIJRAH




Bulan Muharram
Bulan pertama taqwim Islam
Berbekalkan ilmu kalam
Berkasih sayang dengan pencinta sekalian alam
Bila ilmu sudah dalam
Khazanah ilmu mudah diselam
Berqiamullail setiap malam
Baca Quran setiap hari
Barulah kenal diri sendiri
Bila kenal diri sendiri
Mudahlah muhasabah diri
Keredhaan Allah terus dicari
Hari demi hari
Saat demi saat
Menuju akhirat
Iblis terus memasang jerat
Mudah jadi buaya darat
Mangsanya yang mendedahkan aurat
Melanggar batas-batas syariat
Membiasakan diri membuat maksiat
Datang dari kebudayaan barat
Arak
Judi
Pergaulan bebas
Aurat terdedah
Syarikat-syarikat kapitalis dapat faedah
Keturunan ketuanan Melayu menerima padah
Beratus-ratus anak luar nikah
Perlu dicegah
Kerja-kerja melalui jemaah
Menghadiri kuliah
Menghadiri tazkirah
Mengenai hijrah
Berpindah
Dari rasuah kepada amanah
Dari zalim kepada adil
Dari cakap tak serupa bikin kepada membantu fakir miskin
Dengan Buku Jingga yakin
Tujuannya baik
Perlaksanaannya sederhana
“Melayu Celup” yang hina
Yang kaya bertambah kaya
Rakyat jelata papa kedana
Suasana bahaya ini perlu diubah
Mulai
Minda
Melalui membaca
Melalui mengembara
Dosa pahala ambil kira
Laporan Ketua Audit Negara ambil kira
Penjawat-penjawat awam
Yang salah perlu didakwa
Disiplinkan segera
Ubah juga hati
Banyakkan ingat mati
Banyakkan zikrullah
Baru kuat hubungan dengan Allah
Baru selesai banyak masalah
Inilah
Kehendak hijrah
Ubah juga nafsu
Hadir di majlis ilmu
Baca Quran jangan jemu-jemu
Dengan wali Allah akan bertemu
Tolak kepercayaan ketuanan Melayu
Harta rakyat mereka sapu
Dapat projek dengan mengampu
NFC juga bersetuju
Sampai nak selak kain
Jahil Fardu Ain
Gelak ketawa perwakilan-perwakilan lain
Melihat lakonan biduanita separuh umur
PRU 13 partinya bakal berkubur
Disebabkan terlalu takbur
Di 4 negeri jadi pembangkang
Baru sedar
Rakyat dah berhijrah
Rakyat dah menyampah
Melihat gelagat perwakilan  United Malays National Organization yang memalukan
Manusia yang bertamadun
Manusia yang berilmu
Manusia yang beriman
Manusia yang beramal soleh
Manusia jenis ini
Mampu mewujudkan masyarakat madani
Mampu menzahirkan Negara berkebajikan
Hijrah inilah yang diharapkan
Dinanti-nanti rakyat sekalian
Harmoni dalam kepelbagaian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011