Rabu, 7 Disember 2011

PANTUN LUPA HARI KEMUDIAN



Ikan keli ikan puyu
   Mudah membiak dalam sawah
Wajib ikut ajaran wahyu
   Dengan iman kuatlah ukhwah

Pagi-pagi pergi ke sawah
   Menanam padi punca rezeki
Dengan puisi boleh berdakwah
   Hilanglah perasaan hasad dengki

Tanam bunga dalam taman
   Harum baunya di waktu pagi
Berkawanlah dengan orang beriman
   Baru di akhirat tak rugi

Pergi ke sawah bawa tajak
   Waktu rehat minum pepsi
Ada pengajaran dalam sajak
   Boleh menaikkan semangat reformasi

Berjalan-jalan di taman seni
   Bila rehat minum kopi
Gunung tinggi boleh didaki
   Dengan semangat yang berapi-api

Tanam kopi dalam kebun
   Kutip buah bila masak
Orang munafik hatinya rabun
   Hak rakyat mereka gasak

Pergi ke pekan menaiki kereta
   Beli barang keperluan harian
Orang munafik di akhirat menderita
   Pasti rugi di Hari Kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan