Manusia
mempunyai
berbagai cita-cita
mahu harta
mahu takhta
mahu isteri
jelita
tak jemu
dipandang mata
tanpa ilmu banyak
yang buta
teruk sekali bila
buta agama
dengan perasuah
sanggup bekerjasama
dengan
pengkhianat sanggup bekerjasama
dengan penzalim
sanggup bekerjasama
lupa hidup di
dunia tak lama
lupa pantang
larang agama
manusia jenis ini
bahaya
boleh mengganggu
jalan ke Putrajaya
boleh keruhkan
suasana
benar-benar hina
bila lupa
akujanji
sewaktu solat
dengan parti
sanggup mengelat
dengan jemaah
sanggup belot
dengan Pakatan
Rakyat di khianat
dengan
pengkhianat dia pula berminat
disebabkan
pangkat
mahu jadi Ketua
Kerajaan
di sebuah negeri
rupa-rupanya
bukan Keredhaan Allah dicari
rasanya dapat
yang dicari
dikelabui sinaran
matahari
disangka kawan
pencuri
disangka pencuri
bijak bistari
malangnya diri
dalam kubur
seorang diri
kalauku tahu
begini
tentuku perjuangkan
masyarakat madani
tentu disukai
rakyat negeri ini
itu hanyalah
mimpi di siang hari
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan