Khamis, 1 Disember 2011

PANTUN JOHOR BERTUKAR TANGAN

Bunga ros warna merah
   Warna putih bunga tanjung
Ubah budaya dengan hijrah
   Perintah Allah saja dijunjung

Hujan turun kampung bah
   Berakit menggunakan batang pisang
Kerajaan Pusat boleh berubah
   Dengan menolak pimpinan songsang

Panas matahari waktu zohor
   Singgah di surau solat berjemaah
Boleh tumbang Kerajaan Johor
   Dengan pimpinan yang beramanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan