Selasa, 27 Disember 2011

PANTUN TOLAK PEMIMPIN HAPRAK



Ayam sabung jangan dipaut
   Jika dipaut kalah laganya
Bila sunnah Nabi diikut
   InsyaAllah kerja kita berjaya

Bukan lebah sebarang lebah
   Lebah bersarang di pohon kayu
Kerajaan Pusat boleh berubah
   Bila bermaklumat orang melayu

Bunga terlepak kembang separuh
   Kembang bersusun setiap batang
Tolak saja pemimpin haprak
   Dengan iman kita tenang

Burung dara terbang tinggi
   Hinggap sebentar di kayu rendah
Sudah lama melayu rugi
   Sokong Pakatan mendatangkan faedah

Burung helang terbang berkawan
   Singgah sebentar di atas bukit
Kerajaan Pusat mesti ditawan
   Penyelewengan mereka bukan sedikit

Hisap rokok tembakau Cina
   Keluar asap macam bulatan
Masyarakat Madani boleh dibina
   Dengan memenangkan pimpinan Pakatan

Buah rambai masak di dahan
   Lazat cita pula rasanya
Pakatan Rakyat tetap bertahan
   Berilah peluang menguasai Putrajaya

Bunga melati bunga di darat
   Bunga seroja di tepi paya
Pakatan Rakyat menaruh hasrat
   Membantu rakyat dengan sedaya upaya

Burung serindit terbang rendah
   Mari hinggap di ranting mati
Penyelewengan mereka sudah terdedah
   Digantikan kepimpinan yang berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Dis2011



Tiada ulasan:

Catat Ulasan