Khamis, 22 Disember 2011
PANTUN NASIB SI PEMBELOT
Jikalau roboh Kota Melaka
Papan di jawa saya dirikan
Negara berkebajikan sedang dibuka
Bila parti perkauman dikuburkan
Anak Cina main catur
Anak Siam main air
Negara berkebajikan sedang diatur
Bila fahaman perkauman cair
Kain batik baju batik
Batik datang dari Jawa
Hendaklah bijak bila berpolitik
Sehingga iblis merasa kecewa
Keris ini keris pusaka
Disimpan di dalam peti kaca
Tolak pemimpin bermuka-muka
Kejahatan mereka rakyat baca
Limau purut bunga angsana
Menghias pengantin nampak berseri
Pembelot parti tetap hina
Sanggup bersekongkol dengan pencuri
Makan nasi dalam dulang
Gulainya lazat ikan gelama
Pengkhianat parti bernasib malang
Dengan penzalim sanggup bekerjasama
Membeli bakul di tengah pekan
Batu jed dibuat tangkal
Bila prinsip parti digadaikan
Tanda orang tidak berakal
Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Sudah lama hendak lari
Tujuan sebenar hendakkan takhta
Setiap pagi pergi ke ladang
Hendak menyemai sebenih padi
Pembelot parti tersilap pandang
Dengan penzalim asuhan Yahudi
Rumah kecil di tepi sawah
Rumah banglo di tepi bukit
Bila berhajat hidup mewah
Inilah tanda hati sakit
Pergi ke hutan mencari akar
Dapat pula kayu gaharu
Di saat getir dia bertukar
Lupa doa tuan guru
Sisip atap di sambung atap
Atap disisik di dangau padi
Dengan pembelot kita berentap
Walaupun dulu pernah berbudi
Rumah Limas anjung selatan
Bunga kemuning tumbuh di taman
Tindakan pengkhianat diasuk syaitan
Dikutuk malaikat sepanjang zaman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011
Labels:
PANTUN NASIB SI PEMBELOT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan