Memaparkan catatan dengan label Koleksi Puisi Ramadhan 1432H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Puisi Ramadhan 1432H. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

29 RAMADHAN 1432H

Amalan puasa, mudah-mudahan kita lebih bertaqwa


I

Hari Isnin hari terakhir berpuasa
Berdasarkan taqwim yang ada
Kali ini
Puasa kita hanya
Dua puluh sembilan hari
Sebulan Ramadhan muhasabah diri
Dengar tazkirah kenal diri sendiri
Begitu juga anak-anak dan isteri
Sama-sama hadir di majlis ilmu
Baru tahu indahnya wahyu
Baru bergeliga minda orang Melayu
Setelah 53 tahun merdeka
Melalui polisi
Cakap tak serupa bikin
Sewenang-wenang berlaku zalim
Video seks lucah ditayangkan kepada umum
Jelas jahil tentang hukum
Menyesal bila nyawa di halkum
Baru suruh isteri bertudung
Baru nak ikut sunnah Nabi s.a.w
Baru nak taubat nasuha
Baru nak laksanakan ekonomi Islam
Baru nak solat malam
Baru nak bersama ulama akhirat
Inilah alamat
Puasa tahun ini penuh berkat
Bersatu dalam kerja-kerja kebajikan

II

   Harum bau kayu gerharu
      Mudah diperolehi dalam hutan
   Nabi Muhammad sebenar-benar guru
      Ikut sunnahnya lemahlah syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 28 Ogos 2011

28 RAMADHAN 1432H



I

Hari Ahad keempat
Hari kedua akhir Ramadhan
Menanggung lapar dan dahaga di setiap keadaan
Bertahan dengan izin Tuhan
Allah yang bersifat Ar Rahman
Allah yang Maha Pemurah
KepadaNya kita berserah
Menipu dalam sistem demokrasi
Membuatkan rakyat marah
Menipu rakyat tiada hadnya
Gagal pilihanraya ke jalanraya
Kecut perut buaya-buaya
Rancangan jahat mereka belum berjaya
Takut guna dakwat hitam
Takut daftar pengundi secara bersih
Takut hadir pemerhati luar negara
Berbeza pilihanraya
Di Indonesia
Di Turki
Dijemput pemerhati-pemerhati
Dari negara-negara sahabat
Semua orang boleh lihat
Bebas daripada unsur khianat
Inilah tuntutan rakyat
Negara berkebajikan
Negara makmur dan
Mendapat keampunan Tuhan
Prosesnya melalui puasa Ramadhan

II

   Hijau nampak daun pandan
      Ambil sehelai harum baunya
   Hapuskan pengkhianat di bulan Ramadhan
      Melalui puasa InsyaAllah berjaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 27 Ogos 2011

27 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu
27 Ramadhan
Menghadapi ujian tetap bertahan
Seperti tersergamnya Gunung Tahan
Asasnya iman
Daripada iman lahir amalan
Amalan berdasarkan niat
Niat untuk mencari keredhaan Allah
Dihalangi oleh musuh-musuh Allah
Dengan iklan-iklan mengghairahkan
Menggunakan wanita jelita
Berkali-kali terpandang mata
Hati mula berkata-kata
Kumpulkan harta
Melalui tahta
Biarkan rakyat jelata menderita
Yang penting
Gerombolan pelahab mengaut keuntungan
Ulama suk tentu membiarkan
Akaun bank boleh dipenuhkan
Lepas itu boleh buat umrah
Boleh ziarah Rasulullah
Harap-harap di akhirat dapat syafaat
Budaya ini merosakkan negara dan rakyat
Perlu disekat
Digantikan dengan pimpinan berbakat
Daripada tarbiyah Ramadhan harap-harap dapat

II

   Ikan keli ikan sepat
      Dua jenis ikan darat
   Kebajikan rakyat boleh dapat
      Bila dipimpin ulama akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 26 Ogos 2011

26 RAMADHAN 1432H

Hayatilah Sirah Nabi SAW


I

Dua puluh enam hari berpuasa
Berbagai keadaan kita rasa
Berdoa ketika sahur
Berbuka penuh nikmat
Lazat terasa air serbat
Kurma dijual di sana sini
Hanya belum ikut sepenuhnya
Perjuangan Nabi
Salleh Yaakob disayangi
Ke semua empat isteri
Dalam media massa diceritakan
Prestasi memuaskan
Dengan Nabi s.a.w mari bandingkan
Nabi s.a.w berjihad di siang hari
Sambil berpuasa berlaku peperangan Badar
Nabi s.a.w banyak solat malam
Nabi s.a.w banyak infakkan wang
Nabi s.a.w memang sebenar-benar pejuang
Sebelas isteri
Semuanya janda-janda
Hanya Aishah binti Abu Bakar yang dara
Ilmu sirah sangat berguna
Kepada generasi kemudian

II

   Bunga melor warna putih
      Kembang semerbak dalam taman
   Beribadat Aisyah tak letih-letih
      Namanya harum sepanjang zaman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


Khamis, 25 Ogos 2011

25 RAMADHAN 1432H



I

Hari Khamis
Dua puluh lima Ramadhan
Ingat kita hak-hak Tuhan
Memuliakan Al-Quran
Sayang kita dengan Al-Quran
Sedari Al-Quran memang hebat
Dituntut kita mempelajari Al-Quran
Mengandungi banyak pelajaran
Kekayaan Qarun kita tak hairan
Bill Gates juga bapak jutawan
Makan nasi hanya satu pinggan
Lebih daripada itu perkara larangan
Dilarang oleh doktor peribadi
Dituntut membaca Al-Quran
Satu ayat sebagai permulaan
Terlebih dahulu bersihkan badan
Daripada Saidina Umar Al-Khatab ambil teladan
Daripada anti-Islam kepada pro-Islam
Dituntut kita menghafal Al-Quran
Dituntut kita memahami
Isi kandungan Al-Quran
Tinggal lagi lima hari Ramadhan
Nasihat ini sangat berguna
Abu Lahab terus hina

II

   Ayam jantan ayam betina
      Berkejar-kejaran dalam hutan
   Abu Jahal juga hina
      Ikut saja nasihat syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 24 Ogos 2011

24 RAMADHAN 1432H





I

Bila suka menuntut ilmu
Ada pula tempatnya
Perlu hanya daya usaha
Ada di masjid
Ada di surau
Apa-apa halangan di atasi
Dengan bertindak penuh teliti
Ingatkan mati
Ingatkan akujanji
"sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku dan matiku adalah
untuk Allah; tuhan semesta alam"
Bila ini disedari pimpinan bernama Islam
Baru berjihad siang dan malam
Kesan mendalam ilmu kalam
Menyertai jemaah Islam
Mahu nasib rakyat dibela
Dengan dasar berteraskan kebajikan
Gaji buruh berpatutan
Ikut kos kehidupan
Gaji minima dilaksanakan
Harga barang-barang dikurangkan
Daripada golongan peniaga-peniaga
Menjiwai falsafah puasa
Ingin berjasa
Kepada rakyat sentiasa
Natijah berpuasa
Adil yang pegang kuasa

II

   Pergi ke hutan memburu rusa
      Dapat seekor kijang betina
   Bila beramanah para penguasa
      Negara Kebajikan boleh dibina



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


Selasa, 23 Ogos 2011

23 RAMADHAN 1432H



I

Puasa
Bila jadi budaya
Mudah melakukannya
Perlu disuluh dengan ilmu
Daripada Al Quran
Daripada Hadis
Dinamakan ilmu pengenalan
Awal-awal agama mengenal Allah
Bila berpuasa kerana Allah
Bila solat kerana Allah
Bila bekerja kerana Allah
Bila berpolitik kerana Allah
Bila memerintah kerana Allah
Bila hidup kerana Allah
Bila mati kerana Allah
Baru minima masalah
Baru kurang jenayah
Baru penjawat-penjawat awam beramanah
Baru pemimpin-pemimpin tak rasuah
Baru hidup sederhana
Baru puasa Ramadhan bermakna
Baru Negara Berkebajikan mudah dibina
Baru bermakna raja jadi Ketua Agama
Allahuakbar jadi slogannya
Berpakaian pula sederhana
Bergaul dengan masyarakat
Dengan penuh kasih sayang
Berjemaah bila sembahyang
Rakyat jelata pun sayang

II

   Waktu petang main lelayang
      Putus tali jatuh ke tanah
   Kejelitaan bidadari jelas terbayang
      Bagi pemimpin yang beramanah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 22 Ogos 2011

22 RAMADHAN 1432H



I

Hari Isnin minggu ke empat
Bila taqwa sudah dapat
Bila hadir di majlis ilmu
Baru tahu
Menuntut ilmu kefardhuan
Yang lain
Dengan menuntut ilmu sahajalah
Akan diperolehi hidayah Allah
Dalam kehidupan manusia
Mengabaikan majlis ilmu
Mendatangkan dosa serta
Kederhakaan yang paling
Besar kepada Allah
Menuntut ilmu menghapuskan dosa
Semasa jahil yang lalu
Wajib istiqamah menuntut ilmu
Selagi masih bernafas
Bila dilakukan dengan ikhlas
Di akhirat Allah akan balas
Nikmat syurga yang menyenangkan
Nikmat syurga yang berpanjangan

II

   Wanita Indon makan jamu
      Badan sihat muka pun cantik
   Tuntutlah ilmu jangan jemu-jemu
      Baru bijak bila berpolitik



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 21 Ogos 2011

21 RAMADHAN 1432H



I

Hari Ahad ketiga
Akal kita kenalah jaga
Dengan agama
Bangunkanlah bersama-sama
Ramadhan masuk hari ke dua puluh satu
Mahu hidup bermutu
Fikir dulu tentang akhirat
Suruhan Allah tak ada yang berat
Yang penting buat
Bersihkan niat
Baru terasa indahnya syariat
Menunjukkan jalan selamat
Diterima yang akal sihat
Bekerja dengan tulang empat kerat
Rezeki halal sebagai matlamat
Menguruskannya dengan cermat
Baik untuk masyarakat
Bila dipentingkan kebajikan rakyat
Terasa lazat
Bila minum air serbat
Bila tiba waktu berbuka
Kanak-kanak pun suka
Bertambah satu hari lagi berpuasa

II

   Berjalan sama itik angsa
      Menuju reban setiap petang
   Dalam jemaah menabur jasa
      Rancangan mungkar kita tentang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

20 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu minggu ketiga
Umat Islam berpuasa
Betul kata Nabi s.a.w tentang masa
Masa setahun macam sebulan
Masa sebulan macam seminggu
Masa seminggu macam sehari
Masa sehari macam sejam
Masa sejam macam seminit
Mari kita renungi satu surah pendek daripada Al-Quran
Surah Al-Asr
"Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian"
Kecuali yang beriman
Kecuali yang beramal soleh
Serta berwasiat diatas kebenaran
Berwasiat diatas kesabaran
Daripada dua contoh di atas
Masuk syurga tidak ada jalan pintas
Mesti beramana
Yang di atas
Yang pegang kuasa
Rugi di akhirat bila menyalahguna kuasa
Muhasabahlah diri di bulan puasa
Jika tahun lalu
Puasa peringkat awam
Tahun ini capailah taraf puasa khusus
Di akhirat tentu semua lulus

II

       Orang Melayu kata wang
           Orang Arab kata fulus
        Ingat Allah disetiap ruang
            Soalan kubur mudah lulus



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 19 Ogos 2011

19 RAMADHAN 1432H



I

Masa beredar
Manusia ramai yang tak sedar
Kata Saidina Ali Bin Abu Talib 
"manusia itu tidur semasa di dunia
dan terjaga bila berada di dalam kubur"
Terkejutlah manusia yang takbur
Ke sana sini fitnah ditabur
Video seks lucah bertujuan supaya
Seorang manusia hancur lebur
Sedar-sedar si dia makin masyhur
Dengan maklumat boleh diukur
Dengan penulisan Imam Shafie jadi masyhur
Imam Al-Ghazali juga terkenal
Dengan ilmu dan kitab Ehya Umuluddin
Menghidupkan jiwa agama
Bertarawih kita bersama-sama
Dengan infak berkembanglah agama
Dengan tazkirah difahami agama
Oleh sebilangan rakyat jelata
Penyelewengan pengurusan
Kelihatan jelas dan nyata
Ulama akhirat berani berkata
Adalah jihad akbar
Berkata benar kepada pemerintah zalim
Akhirnya bangun jiwa-jiwa Muslim
Setelah di tarbiyah guru-guru
Yang benar-benar alim

II

      Imam Shafie terkenal alim
          Mengarang kitab duduk di kerusi
      Mari bersatu bersaudara Muslim
          Berdakwah boleh melalui puisi




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Khamis, 18 Ogos 2011

18 RAMADHAN 1432H

Surah Hud 113


I

Hari Khamis
Minggu ketiga
Bangun sahur seluruh keluarga
Bunyi jam loceng terus terjaga
Empat pagi biasa saja
Allah saja dipuja
Pangkat dan jawatan
Rendah disisiNya
Penting sekali kualiti puasa
Taraf puasa awam
Perlu ditinggal jauh-jauh
Dengan zikir hati jadi teguh
Mudah buat yang disuruh
"Jangan condong kepada
Kezaliman; nanti kamu disambar api neraka"
Sumpah keramat tak bermakna
Bila masuk gerombolan hina
Tamadun Hedonis saja dibina
Hidup ini hari
Lupa hari esok
Rasuah kerja busuk
Rasullullah tetap kutuk
"pemberi dan penerima rasuah masuk neraka"
Tempat paling celaka
Hidup penuh bermuka-muka
Buat apa yang Zionis suka

II

      Pisang emas pisang nangka
         Boleh dibeli di pasar tani
      Gerombolan fasik masuk neraka
         Dasar ekonomi mengkayakan kroni



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 17 Ogos 2011

17 RAMADHAN 1432H



I

17 Ramadhan
Diingati turunnya Al-Quran
Di awal kurun tujuh masehi
Abu Lahab terus menerus memusuhi
Anak saudaranya sendiri
Muhammad bin Abdullah
Disayangi Abu Lahab hingga umur Nabi s.a.w
Empat puluh tahun
Apabila suruh Al-Masad turun
Sahkan bapa saudara Nabi s.a.w
Abu Lahab mewarisi Neraka Jahanam
Begitu juga gerombolan manusia
Yang lahir saja Islam
Batinnya memulaukan jemaah Islam
Merancang ambil kuasa masjid
Siang dan malam
Mahu sekat majlis ilmu
Mahu orang sebangsa dengannya
Jadi dungu
Jadi Islam pada nama saja
Kebudayaan Barat terus dipuja
Daripada kehidupan dipisah-pisahkan agama
Waktu solat tetap berjanji
"Sesungguhnya solatku; ibadatku;
Hidupku dan matiku adalah untuk
Allah; Tuhan semesta alam"
Janji sudah dilafazkan
Sejak 53 tahun yang lalu
Menyokong mungkar tetap tak malu

II

       Angin petang terus berlalu
           Bergoyang nampak daun kelapa
       Bila buat maksiat selalu
           Kekal dalam keadaan papa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Selasa, 16 Ogos 2011

16 RAMADHAN 1432H


I

Hari Selasa
Puasa melepasi setengah bulan
Lima belas hari sudah selesai
Orang berilmu tidak cuai
Perintah Allah tak pernah diabai
Buat segala suruhan
Dengan penuh keyakinan
Melihat bidadari hati berkenan
Dengan segala kejelitaan
Terlebih dahulu atasi halangan syaitan
Dengan berpuasa Ramadhan
Dengan tarawih dan solat malam
Dengan sahur dan doa berterusan
Dengan ilmu baru dapat kepuasan
Melakukan suruhan
Dengan penuh keikhlasan
Dengan ulama akhirat dijadikan rujukan
Dalam teori dan amalan
Baru jelas jalan
Jalan kebenaran
Jalan keselamatan
Kepeningan gerombolan syaitan
Kemenangan masih diragukan
Walaupun
Menyalahguna kedudukan
Walaupun Mykad bertaburan
Walaupun menyalah perlembagaan
Walau .... walau.... walaupun
Lakukan berbagai kezaliman
Lakukan berbagai tekanan
Rakyat tetap mahu perubahan
Inilah kesan tarbiyah Ramadhan

II

      Wanita ada yang berdandan
           Dilihat pembalak di hutan Sarawak
      Bertaubat nasuha di bulan Ramadhan
           Dengan kebenaran terus berpihak



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 15 Ogos 2011

15 RAMADHAN 1432H



I

15 hari berpuasa
Peluang menabur jasa
Ibu dan Ayah banyak berjasa
Nabi Muhammad s.a.w banyak berjasa
Islam sampai ke negara kita
Islam tiba di China terlebih dahulu
Daripada kita
Ada sahabat Nabi berdakwah ke China
Saad ibn Waqas namanya
Jauh mengembara
Maju mindanya
Daripada Al-Quran dapat cahaya
Nilainya cukup berharga
Orang mukmin dijanjikan syurga
Lebih bernilai daripada Putrajaya
Lebih canggih daripada KLIA
Lebih semua-semuanya
Untuk mencapainya
Jihad agenda utama
Bangunkan Islam bersama-sama
Islam untuk semua
Terasa benar bila berjemaah
Sewaktu berbuka puasa

II

   Tanam serai tanam ubi
      Tanam pula di bulan puasa
   Bila berpuasa ikut Nabi
      Nikmatnya bila-bila terasa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 14 Ogos 2011

14 RAMADHAN 1432H

 Ramadhan, Bulan tepat untuk Bertaubat


I

Hari Ahad
14 Ramadhan
14 Ogos
Masa yang ada elok diurus
Daripada Maghrib solat berjemaah
Lepas itu dengar kuliah
Ilmu pun bertambah
Kenalan baru pun bertambah
Berbincang berbagai masalah
Berat beg kanak-kanak sekolah
Terutama yang di sekolah rendah
Ada pula isteri aurat terdedah
Sedang menari poco-poco
Sedang menonton video seks lucah
Kerja ini dimurkai Allah
Daripada segi undang-undang dunia pun salah
Tangkapan boleh dibuat
Dengan kuasawan mungkin rapat
Terkejut bila datang malaikat
Lupa hendak taubat


II

      Bila sakit makan ubat
         Harap-harap lekas sihat
      Bila fitnah berani buat
         Harapan masuk syurga tersekat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


Sabtu, 13 Ogos 2011

13 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu
Syukur puasa Ramadhan bermutu
Solat jemaah setiap waktu
Kematian sudah tentu
Amal ibadat perlu bermutu
Cita-cita hanya satu
Dengan bidadari ingin bertemu
Syarat utama ilmu
Hadir di majlis ilmu jangan jemu-jemu
Dengan rakan-rakan dapat bertemu
Menguatkan silaturrahim
Menguatkan tali persaudaraan
Disuruh Al-Quran
Ingat betul-betul Hari Kemudian
Sediakan banyak bekalan
Penuh keikhlasan
Berteraskan ilmu pengenalan
Kenal Allah
Kenal Rasullah
Di bulan Ramadhan ganjarannya terserlah
Kurniaan daripada Allah

II

         Ambil wuduk daripada kolah
              Berguna bila musim kemarau
         Buatlah semua suruhan Allah
              Berjemaah di masjid dan surau



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 12 Ogos 2011

12 RAMADAHAN 1432H



I

Hari Jumaat
Puasa minggu kedua
Teruskan usaha
Mendapat maqam taqwa
Buat suruhan Allah
Jauhi tegahan Allah
Membenci segala bentuk rasuah
Membenci puak pecahamanah
Ini perlu diubah
Dengan pimpinan beramanah
Berjiwa rakyat
Isnin dan Khamis puasa sunat
Menguatkan kebajikan kepada rakyat
Rakyat ramai dapat manfaat
Bila dilaksanakan hukum-hukum syariat
Bermula dengan niat
Betul aqidah semua jadi ibadat
Pahalanya dapat
Menanti berbagai nikmat
Di akhirat


II

        Tumbuh buluh di tepi bukit
             Hinggap burung mencari ulat
        Beramal soleh walaupun sedikit
             Jadikan usia sebagai alat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011 

Khamis, 11 Ogos 2011

11 RAMADHAN 1432H



I

Hari Khamis 11 haribulan Ogos
Dengan ilmu amalan jadi bagus
Puasa pula bertaraf khusus-khusus
Taraf pertama puasa awam
Pengamalnya
Dapat lapar dan dahaga
Dibiarkan tak bertudung ahli keluarga
Urusan masjid mahu dikuasainya
Dengan niat menyekat majlis ilmu
Dia mahu masjid jadi tempat solat saja
Dia mahu masyarakat tempatan
Tetap jahil
Tiap-tiap tahun puasanya
Taraf puasa orang awam
Baik sedikit puasa taraf kedua
Puasa khusus
Seluruh pancainderanya turut berpuasa
Ada harapan masuk syurga


II

      Pergi ke pasar bawa raga
          Boleh diisi barang keperluan
      Balasan taqwa ialah syurga
          Kehidupannya sentiasa ikut Quran



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 10 Ogos 2011

10 RAMADHAN 1432H



I

Puasa Ramadhan hari kesepuluh
Buat apa yang Allah suruh
Baca Al-Quran kuatkan roh
Dengan ilmu pegangan agama teguh
Benda haram jangan disentuh
Dengan rasuah negara boleh runtuh
Bila ini disedari oleh pemimpin
Yang memegang kuasa
Bila sedar Allah Maha Kuasa
Bila ikut syarat dan rukun puasa
Bila ingat Allah sentiasa
Baru takut menyalahguna kuasa
Baru yang bertaqwa pegang
Jawatankuasa masjid
Majlis ilmu setiap malam
Selepas solat maghrib
Baru terasa pertolongan ghaib
Contoh terbaik
Pengembaraan Saad ibn Waqas
Sahabat Nabi s.a.w yang
Mengembangkan Islam ke negara China
Dengan hanya menaiki unta
Beribu-ribu kilometer
Mengharungi panas dan
Cuaca tak menentu
Dengan semangat yang jitu
Ada masjid Saad ibn Waqas
Di Guangzhou di China
Ada 4 masjid di Bandar Guangzhou
Berfaedah untuk pelancong-pelancong muslim
Datang dari seluruh dunia
Saad ibn Waqas yang berjasa

II

    Berterbangan malam sesetengah unggas
       Contoh terbaik ialah kalkatu
    Banyak jasa Saad ibn Waqas
       Semangat tauhid cukup jitu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011