Memaparkan catatan dengan label IMBASAN RAMADHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IMBASAN RAMADHAN. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2011

IMBASAN RAMADHAN: CERAH MASA HADAPAN


I

Daripada puasa Ramadhan
Daripada tadarus Al-Quran
Daripada hadir di tazkirah Ramadhan
Bertambah ilmu
Bertambah yakin dengan wahyu
Perlu bagi Melayu
Pimpinan bermutu
Tolak pimpinan keduniaan
Tolak penasihat Yahudi
Yang merosakkan muda-mudi

II

Cari ilmu sedaya upaya
Beramal sedaya upaya
Baca Al-Quran dapat cahaya
Cahaya iman
Cahaya ketaqwaan
Daripada banyak amalan
Al-Quran menunjukkan jalan
Jalan kebenaran
Jalan kedamaian
Jalan perpaduan
Perlu hanya kesabaran
Menghadapi banjiran Mykad
Menghadapi pengkhianat-pengkhianat
Dengan hati bersih
Dengan semangat setiakawan
Bersatu dalam kepelbagaian
Cerah masa hadapan
Bila ada pertukaran kerajaan
Di peringkat Persekutuan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Ahad, 4 September 2011

IMBASAN RAMADHAN: PERLU IMAN DAN TAQWA



I

Mati di bulan Ramadhan
Mati yang baik
Memenuhi dua syarat
Pertama iman
Kedua taqwa


II

Iman
Dengan kuasa Allah
Dengan kandungan Al-Quran
Dengan Hari Kemudian
Tolak kezaliman
Tolak perkauman
Tolak sekularisma

III

Taqwa
Kasih sayang dengan Allah
Meyakini pimpinan Rasulullah
Menyertai jemaah
Menunaikan akujanji dengan Allah
Bukan akujanji Mykad
Dosa-dosa melekat
Kerja-kerja khianat
Khianat kepada negara
Di akhirat menanti neraka
Hadiah puasa orang sekular



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Sabtu, 3 September 2011

IMBASAN RAMADHAN: TARBIYAH TAQWA



I

Untuk mendidik nafsu supaya
Tunduk kepada Allah dalam semua
Urusan kehidupan
Cerah masa depan
Dengan Allah menaruh harapan
Di setiap keadaan

II

Untuk membersihkan nafsu dari
Sifat haiwani dan sifat syaitani
Menentang ekonomi kroni
Supaya wujud masyarakat madani
Dengan zikir jiwa jadi berani
Berkata yang hak depan tirani

III

Untuk menolak dorongan jahat nafsu
Dengan mengikut ajaran wahyu
Baru berdaya maju Melayu

IV

Untuk menolak dorongan sistem hidup nafsu
Dengan hadir di majlis ilmu
Bertambahlah ilmu
Dengan kebaikan tentu bertemu

V

Untuk menolak budaya hidup nafsu
Dengan zikir selalu
Membuat maksiat terasa malu
Ingat jasa orang-orang dulu
Mendoakan mereka selalu

VI

Untuk menolak golongan nafsu
Dengan menguatkan jemaah dulu
Majlis ilmu didatangi selalu
Baru terasa nikmat ilmu

VII

Untuk menolak kepimpinan nafsu
Betulkan diri setiap individu
Kenal Allah terlebih dahulu
Berselawat kepada Nabi selalu
Menguatkan hati kalbu

VIII

Untuk bersama-sama dengan
Golongan mutaqin di dalam
Jihad untuk mendaulatkan agama Allah
Di muka bumi ini
Melalui masyarakat madani
Berakhlak mulia pimpinan tertinggi
Daripada gabungan tiga parti
Dengan zikir bersihkan hati
Bebas daripada irihati
Pertukaran penguasa rakyat nanti
Kesan puasa Ramadhan yang berkualiti



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Jumaat, 2 September 2011

IMBASAN RAMADHAN : PUASA SEKULAR



Sudah 54 tahun berpuasa
Seronok menyalahguna kuasa
Sentiasa
Guna media massa
Lupa "demi masa
Sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian"
Puasa bukan kerana iman
Puasa
Untuk lapar dan dahaga
Berangan-angan ke syurga
Terdedah aurat seluruh keluarga
Menjauhi majlis ilmu
Menipu bangsa tak jemu-jemu
Dia sangka orang tak tahu
Dia lupa Allah Maha Tahu
Dia lupa Izrail menunggu
Nikmat syurga diragu
Suruhan Allah buat-buat tak tahu
Jadilah iman layu
Nasib Ketuanan Melayu
Realitinya menolak wahyu
Kenyataannya begitu
Otak bertaraf kalkatu
Dalam maksiat diseru bersatu
Dibanyakkan pengundi hantu
Dia sangka rakyat tak tahu
Kosong daripada pahala
Puasa orang sekular
Puasa pimpinan sekular
Dapat dahaga dan lapar
Perlu ditukar
Perlu diubah
Dengan Negara Berkebajikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011