Isnin, 5 September 2011

IMBASAN RAMADHAN: CERAH MASA HADAPAN


I

Daripada puasa Ramadhan
Daripada tadarus Al-Quran
Daripada hadir di tazkirah Ramadhan
Bertambah ilmu
Bertambah yakin dengan wahyu
Perlu bagi Melayu
Pimpinan bermutu
Tolak pimpinan keduniaan
Tolak penasihat Yahudi
Yang merosakkan muda-mudi

II

Cari ilmu sedaya upaya
Beramal sedaya upaya
Baca Al-Quran dapat cahaya
Cahaya iman
Cahaya ketaqwaan
Daripada banyak amalan
Al-Quran menunjukkan jalan
Jalan kebenaran
Jalan kedamaian
Jalan perpaduan
Perlu hanya kesabaran
Menghadapi banjiran Mykad
Menghadapi pengkhianat-pengkhianat
Dengan hati bersih
Dengan semangat setiakawan
Bersatu dalam kepelbagaian
Cerah masa hadapan
Bila ada pertukaran kerajaan
Di peringkat Persekutuan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan