Selasa, 13 September 2011
PASCA SEJARAH
16 Syawal 1432 Hijrah
Hari Selasa malam Rabu
Media Perdana menyerang Mat Sabu
Bertalu-talu
Dari segala penjuru
Mat Indera dijadikan seteru
Bukit Kepong dijadikan isu
Dibakar pasong mata-mata di Bukit Kepong
Lebih 25 mata-mata dan keluarga terkorban
Mempertahankan kuasa British di Tanah Melayu
Mat Indera sedar
Jenayah British sebagai penjajah
Pro-Kristian dan anti-Islam
Ini Mat Sabu faham
Mahu buku sejarah di Malaysia ditulis semula
Penyokong cadangan ini mendatangkan pahala
Ini yang ditentang oleh yang bersongkok tinggi warna hitam
Hati mereka tentulah putih
Nama gerombolan mereka ini juga berbahasa orang putih
'United Malays National Organization"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
PASCA SEJARAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan