Rabu, 21 September 2011
BUDAYA SONGKOK HITAM
Bersongkok tinggi warna hitam
Bertepatan pula hatinya putih
Gerombolan berbunyi cakapan orang putih
'United Malays National Organization'
Cari projek dapat komisen
Dengan duit berlebihan boleh beli cincin
Takut hingga pencen
Kesan jajahan British
Tahun 1786 di Pulau Pinang
Tahun 1819 di Singapura
Tahun 1874 di Perak
Bila Birch dibunuh
Di Pasir Salak
Inggeris mula menyalak
Kuasa ekonomi Ngah Ibrahim pun rosak
31 Ogos 1957 dapat balik hak
Tarikh PTM merdeka
Professor-professor kangkong belum masuk universiti waktu itu
Bila kata "Negara tidak pernah dijajah"
Jelaslah mereka bertaraf otak kalkatu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BUDAYA SONGKOK HITAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan