Rabu, 28 September 2011

BILA PENCEN 12



I

Bila sedar
Masa terus beredar
Satu demi satu rakan pesara
Bersemadi di pusara
Di Tanah Perkuburan
Hilang pangkat dan kedudukan
Ditalkinkan
Tinggal berseorangan
Malaikat di kiri kanan
Mengemukakan soalan
Menerima pukulan
Baru timbul penyesalan
Kurang bekalan
Kurang iman
Kurang amalan
Baru teringat Kuliah Dhuha
Baru fikir 5 dalam 1
Baru mahu bersatu
Baru mahu ikut wahyu
Baru sedar keris telanjang tak laku
Baru bernyanyi tak berlagu
Oh! jangan tinggal daku
Baru menunggu doa
Daripada mat rempit
Daripada GRO
Daripada penagih dadah
Daripada Melayu Glokal
Daripada artis
Daripada aktres

II

Sekarang mantan pesara
Terus menderita
Terus berdukacita

III

Wahai pembaca budiman
Senario ini boleh dielakkan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan amalan
Dengan menyertai kuliah-kuliah agama
Dengan menghadiri majlis-majlis ilmu
Di masjid
Di surau
Di markas
Supaya kenal Allah
Allah Yang Maha Besar
Allahuakbar



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan