Jumaat, 30 September 2011

PANTUN HUKUM HUDUD



Ada masjid ada kolah
   Mudah orang mengambil wudhuk
Hudud adalah Hukum Allah
   Menentangnya bererti tidak tawadhuk

Terbang rendah burung layang-layang
   Makan padi kelihatan bersama
Mengapa Hudud berani tentang
   Tanda jahil bab agama

Burung tempua bersarang rendah
   Buat sarang daripada rumput
Hukum Hudud banyak faedah
   Mudah budaya mungkar reput

Ikan yu ikan pari
   Dua jenis ikan laut
Dipotong tangan bagi pencuri
   Dengar Hudud kecut perut

Berwarna warni burung merak
   Kembang sayap waktu pagi
Disebat golongan peminum arak
   Tanpa taubat di akhirat rugi

Pecah bisul keluar nanah
   Meleleh hingga terkena baju
Disebat bagi yang berzinah
   Diterima taubat syurga dituju

Tebang pokok dengan kapak
   Tumbang kayu di tepi paya
Potong bersilang bagi perompak
   Bersyukur peniaga kaya

Pisang emas pisang berangan
   Didapati tumbuh di tanah rizab
Menuduh orang berzina jangan sembarangan
   Menanti saja hukum Qazaf

Sedap rasanya kuih mastad
   Dibuat oleh chef Melayu
Dibunuh bagi yang murtad
   Inilah kehendak hukuman wahyu

Bunga ros warnanya merah
   Harum bau di sekitar taman
Penentang pemerintah Islam dipanggil Bughah
   Dibuang negeri sebagai hukuman

Cencaru keluar waktu petang
   Dalam pukat terus tersangkut
Hukuman Hudud jangan tentang
   Kehendak Allah elok ikut



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan