Sabtu, 10 September 2011

ADA YANG IRIHATI



Mati syahid
Mudah disebut
Bila aqidah berserabut
Bila gerombolan sekular tempat bergayut
Bila nasihat Apco Worldwide diikut
Disebut Mat Indera hati kecut perut
Di antara 150 orang berjasa di Johor
Berjasa sebelum 31 Ogos 1957
Berjiwa nasionalis
Menentang penjajah Inggeris
Bukan dengan keris
Bukan dengan "United Malays No Otak"
Dengan semangat besi waja
Allah saja dipuja
Mat Indera sebenarnya wira
Menentang Inggeris yang durjana
Perjanjian Pangkor
Kuasa raja Perak hancur
Ditentang oleh Dato Sagor
Dengan rakan-rakan setia
Dato Menteri Ngah Ibrahim
Dato Maharajalela Pancung Tak Bertanya
Di Pasir Salak terkenal namanya
Sultan Abdullah juga bersama
Bila Birch dibunuh
British membalas dendam
Dibuang negeri
Sultan Abdullah
Dato Menteri Ngah Ibrahim
Jutawan Melayu di kurun 19 Masihi
Penjajah Inggeris irihati
Dato Sagor
Dato Maharajalela digantung sampai mati
Mati yang berkualiti
Merekalah pejuang-pejuang sejati
Kata Mat sabu membawa erti
Gerombolan Nasionalis tetap irihati



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan