Sabtu, 30 April 2011

DUA PERISTIWA BERLAKU DI AWAL USIA 72 TAHUN

Hari ini 30 Apr 2011 bererti umur saya sudah menjangkau 72 tahun 18 hari. Dalam tempoh ini ada dua perkara penting berlaku. Pertama, pada 19 April 2011 telah berlangsung Forum Anti Video Lucah anjuran Madrasah Kuliah Dhuha di Masjid Al-Aulia, Tembok.


Ahli- ahli panel terdiri daripada Presiden TERAS, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dan Ustaz Zulkarnain Bin Ibrahim yang dipengerusikan oleh Ustaz Hafiz.

Majlis bermula dari 9.30 pagi. Dianggarkan 350 orang hadir mendengar forum yang mahu umat Islam memahami bahaya penyebaran video lucah yang patut dikutuk oleh setiap orang Islam yang beriman.

Peristiwa kedua yang berlaku ialah serangan angin ahmar terhadap Ustaz Wan Ahmad Tarmizi pada pagi Rabu 20 April 2011.



Ustaz Wan berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selama 3 hari. Alhamdulillah keadaan Ustaz Wan sudah bertambah baik. Tindakan awal membawa Ustaz Wan berurut oleh Saudara Aziz Foreman telah menceriakan rakan-rakan dan anak murid Ustaz Wan di seluruh Perak.

Semoga kita semua berdoa akan kesihatan Ustaz Wan kembali pulih kerana perjuangan harus diteruskan. Allahuakbar...

Selasa, 26 April 2011

DOSA TERKUMPUL



Menerbit video seks lucah berdosa
Memiliki video seks lucah berdosa
Mengedar video seks lucah berdosa
Mempertontonkan video seks lucah berdosa
Menonton sendirian video seks lucah berdosa
Menganggap tak dosa juga berdosa
Makan duit rasuah juga berdosa
Menipu bangsa sendiri juga berdosa
Membiarkan isteri tak bertudung juga berdosa
Merompak khazanah negara juga berdosa
Menumbangkan gerombolan pengkhianat ini berpahala
Jalan menuju kubur satu hala
Dengan ilmu betulkan kepala
Dengan amalan penyelamat kita
Di akhirat bersukacita
Dilayani bidadari yang jelita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Jumaat, 22 April 2011

PENYOKONG YANG RUGI



Bila berada
Bersama-sama gerombolan pecah amanah
Hidup mewah
Hasil rasuah
Harga barang-barang naik rakyat pun susah
Rakyat marhaen gelisah
Cuba tuah
Di kedai-kedai tikam ekor
Daripada kalangan Melayu
Dikerumuni setiap hari cabutan
Diberi lesen daripada pihak atasan
Diberi komisen
Daripada tokeh-tokeh judi
Datang Datuk T
Datang dengan video seks lucah
Mahu wirawan musnah
Para konspirator diberi upah
Rakyat bermaklumat menyampah
Daripada alam siber dapat berita terkini
Menyatakan video seks lucah suatu konspirasi
Peringkat tertinggi
Mereka yang percaya dengan fitnah ini
Di akhirat rugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Khamis, 21 April 2011

MESTI BERUBAH



Perubahan cukup bermakna
Puak perasuah tetap hina
Gerombolan sekular juga hina
Golongan menjauhi majlis ilmu pun hina
Menyedari keadaan ini
Pimpinan ulama kena berani
Menyatakan Islam sebagai penyelamat
Di hari Kiamat
Amalan soleh sangat berguna
Kumpulan taqwa perlu dibina
Daripada ilmu mendatangkan cahaya
Dalam kubur ada cahaya
Daripada solat malam asasnya
Daripada puasa sunat Isnin dan Khamis
Dari minggu ke minggu
Di Padang Mahsyar tetap kenyang
Daripada kesan sembahyang
Dengan Allah dan Nabi tetap sayang
Infakkan wang
Dijauhi kepanasan api neraka
Bila dijauhkan neraka
Tentu dapat syurga
Tempat bahagia
Perancang video seks lucah menyesal sepanjang masa
Dibawa hanya dosa
Kesan menyalahguna kuasa
Membantu penguasa-penguasa
Depan Allah semuanya menyesal saja
Renungilah semasa anda membacanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

BERUBAHLAH SEKARANG WAHAI RAKAN-RAKAN




Khamis  21 Apr 2011, bertambah lagi usia saya kepada 9 hari kepada 72 tahun 9 hari.

Daripada penerimaan ucapan "S.H.J" dan tahniah semoga dipanjangkan umur, saya tetap bersyukur kepada Allah swt yang berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia.

Adalah menjadi kewajipan kita sebagai hamba Allah melaksanakan akujanji kita iaitu " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".

Bayangkan jika semua manusia daripada sultan, presiden, perdana menteri, menteri-menteri, exco-exco dan penjawat-penjawat awam melaksanakan solat (sembahyang) secara berjemaah setiap waktu sudah tentu tidak berlaku pengedaran video seks lucah, tidak berlaku rasuah, tidak berlaku kezaliman, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Bila perkara mungkar dan maksiat tidak dilakukan oleh ulama dan umarak tentulah akan wujud suasana aman damai dan harmoni dalam masyarakat, negeri dan negara. Ini adalah kerana "Solat itu dapat mencegah kerja-kerja mungkar dan maksiat".

Jadi sepanjang 9 hari melepasi umur 72 tahun berusaha beramal soleh dan berwasiat di atas kebenaran dan juga sabar menghadapi ujian dan cobaan. Maklumlah Allah berserta orang-orang beriman.

Harap rakan-rakan yang melayar blog saya berubah cara hidup dengan iman dan beramal soleh. Dengan budaya hidup ikut syariat Islam akan wujudlah negara yang aman, makmur dan diredhai Allah.

Jumaat, 15 April 2011

P.R BERUPAYA, UNDILAH PAKATAN RAKYAT

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PILIHANRAYA SARAWAK APRIL 2011
 


I

Lihat
Dengan mata
Dengan mata nampak bulan
Dengan bulan
Dapat cahaya
Nampak roket

II

Mata logo PKR
Bulan logo PAS
Roket logo DAP

III

PKR
Parti KeADILan Rakyat
PAS
Parti Islam SeMalaysia
DAP
Parti Tindakan Demokratik

IV

DAP
PAS
PKR
Tiga parti satu tujuan
Mahu perubahan
Mahu keadilan
Mahu perpaduan kaum
Mahu ikut sistem berhukum
Mahu ikut Perlembagaan
Mahu buat suruhan
Tinggal larangan
Tinggal kelucahan
Buangkan kezaliman
Buangkan penyelewengan
Buangkan kemunafikan
Dengan Buku Jingga
Membina keluarga bahagia
Sokonglah P.R
P.R berupaya membuat perubahan
Bila diberi kuasa ke Petra Jaya
Bila diberi kuasa ke Putrajaya
InsyaAllah
UNDILAH PAKATAN RAKYAT



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

NASIB PEMBOIKOT MAJLIS ILMU



Ada orang datang solat berjemaah
Rela boikot kuliah
Kuliah Maghrib
Diadakan setiap malam
Setiap kali habis solat sunat selepas Maghrib
Dia angkat punggung
Dia balik ke rumah
Dia tetap gelisah
Dia takut kalau ada cerita politik daripada mulut tuan guru
Video seks lucah dia pula setuju
Melihat isteri pemimpin tak bertudung dia membisu
Melihat maksiat dalam masyarakat dia membisu
Macam syaitan bisu
Beredar masa dari minggu ke minggu
Isi kuliah Maghrib dia tetap ragu
Penjelasan " Datok T " dia setuju
Tolak pula cerita wahyu
Sebabnya ada perasaan Ketuanan Melayu
Walaupun iman pembuat-pembuat fitnah dah layu
Walaupun panas neraka menunggu
Puak Ketuanan Melayu tetap percaya
Slogan jahiliyah
" Agama suku politik suku "
Maklumlah otak kalkatu
Di tanah perkuburan menanti dua batu
Batu nisan
Nampak aman
Nampak dari tepi jalan
Majoriti penghuninya kerugian
Nasib penyokong jahiliyah
Nasib pemboikot kuliah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Khamis, 14 April 2011

PANTUN KENAL PEMIMPIN KEPARAT



Wanita Indon makan jamu
Dimakannya selepas sarapan pagi
Bila boikot majlis ilmu
Di akhirat pasti rugi

Waktu pagi berjalan kaki
Mengeliling taman sambil membibit buku teks
Orang munafik memang berhasad dengki
Memfitnah melalui video seks

Imam Shafie rajin menulis
Mengarang kitab dalam rumah
Tindakan munafik didalangi Iblis
Supaya rosak kehidupan ummah

Rumah kecil bertingkap kaca
Rumah besar berhawa dingin
Sirah Nabi elok baca
Bertemunya di akhirat tentulah teringin

Ikan keli ikan puyu
Mudah membiak dalam sawah
Bila Melayu tolak wahyu
Dapatlah pemimpin yang rasuah

Bunga melor bunga ros
Tumbuh subur dengan baja
Pemimpin rasuah hidupnya boros
Kemajuan barat yang dipuja

Masak gulai dalam kawah
Sewaktu kenduri orang kampung
Bila disebar video lucah
Pengaruh Yahudi susah dikepong

Pergi ke sawah membawa tajak
Lepas hujan jalan pun lecah
Meminati Islam remaja diajak
Baru menolak budaya lucah

Sungai Sarawak mengalir tenang
Di dalamnya hidup banyak ikan
Jika di akhirat mahu senang
Harta haram jangan dimakan

Matahari terbit dari timur
Terbenam pula di sebelah barat
Beribadat selagi ada umur
Mudah mengenal pemimpin keparat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JamadilAwal1432/Apr2011

Rabu, 13 April 2011

SIBUK DI HARIJADI ke 72




Semalam (12 Apr 2011) bertambah meningkat umur saya. Bersyukur banyak-banyak kepada Allah swt.

Paginya saya melaungkan azan di surau tempat saya solat Subuh setiap pagi disebabkan muazin bertugas terlambat datang.

Selepas sarapan pagi dan menerima ucapan "S.H.J" daripada isteri tercinta dan anak bongsu saya Yusof yang menghadiahkan saya sebuah buku karangan Barry Wain berjudul Malaysian Marverick: Mahathir Mohammad in Turbulent Times. Setelah itu pergi ke Masjid Al-Aulia, Tembok, Ipoh menghadiri Kuliah Dhuha.

Saya mulai dengan solat sunat Tahiyatulmasjid diikuti dengan 6 rakaat solat sunat Dhuha. Lepas itu baca surah Yaasin secara berjemaah. Tepat jam 9 pagi ikut serta Kuliah Dhuha oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.

Seperti biasa di akhir kuliah saya mendeklamasikan puisi. Kali ini saya membaca sajak berjudul "12 April Ulangtahun Kelahiran"

Saya solat Zohor di Masjid Tg Hussien, Ipoh. Lepas itu saya dan isteri ke Ceragem Silibin untuk rawatan tulang belakang. Saya solat Asar di Surau An-Nuriah, Taman Meru 2B, Ipoh.

Solat Maghrib dan Isyak saya berada di Masjid Asy-Syakirin, Kg Tersusuun Tasek, Ipoh mengiringi Ustaz Wan mengajar Kitab Qanun Jinayah Syariah. Selepas kuliah Ustaz Wan saya mendeklamasikan sajak "Bila Usia Meningkat".

Nampaknya harijadi saya ke 72 tahun ini penuh dengan mencari keredhaan Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah dengan menambahkan ilmu di dada dan berjihad menegakkan Islam di mukabumi ini dengan menyokong pimpinan bertaqwa serta beramanah.

ALLAHU AKBAR...


HMS ABU BAKAR

BILA USIA MENINGKAT



Bila umur terus meningkat
Kubur semakin dekat
Modal sebenar amal ibadat
Allah kena ingat
Melalui solat
Mulai dengan niat
Diikuti bacaan
Diikuti perbuatan
Terkulailah syaitan
Video seks lucah kerja syaitan
Mahu manusia bercakaran
Mahu manusia bermusuh-musuhan
Mahu manusia melanggar hukum Tuhan
Terus buat kerja tegahan
Aurat didedahkan
Daripada kalangan isteri-isteri kenamaan
Melakukan dosa berterus-terusan
Disebabkan kejahilan
Lupa ikut jalan Kenabian
Lupa ikut Al-Quran
Bermati-matian mempertahankan perasaan perkauman
Meminggir Bahasa Kebangsaan
Melanggar peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan
Lima puluh tiga tahun berlarutan
Rakyat Marhaen dalam kesusahan
Menyedari keadaan
Mari lakukan perubahan
Banyakkan amalan
Contohi Ibadurrahman
Dicintai Tuhan
Cerah masa hadapan
Selamat di Hari kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

ANDA BOLEH LAKUKAN



Rakyat Sarawak yang budiman
Anda ada pilihan
Mahu perubahan
Wujud keadilan
Selamat daripada kehancuran
Daripada gerombolan keduniaan
Daripada kuasa yang ambil kesempatan
Ambil hasil hutan
Ambil tanah adat anak tempatan
Pasti kehabisan
Jika terus dibiarkan
Hari mengundi terbuka peluang
Pemimpin rasuah kita buang
Biar mereka jadi pembangkang
Biar mereka jatuh terkangkang
Biar mereka didakwa di mahkamah
Di tangan rakyat mereka lemah
Rakyat ada kuasa merubah
Ubah kabinet negeri
Pimpinan P.R berjanji
Mahu selamatkan Bumi Kenyalang
Mahu selamatkan hutan Sarawak
Sungai Sarawak airnya sempit
Guna undi ganti sumpit
Guna Buku Jingga sebagai rujukan
Rakyat dapat kebaikan
Bila tukar kerajaan
Daripada BN kepada P.R
Daripada korupsi kepada ketelusan
Daripada kekayaan peribadi kepada kebajikan bersama
Ubah Sarawak
Ubah Putrajaya
Rakyat Tunisia dah berjaya
Rakyat Mesir dah berjaya
Rakyat boleh berjaya
Buka mata
Naik roket
Menuju bulan
Mata lambang PKR
Roket logo DAP
Bulan lambang PAS
Selamat mengundi Pakatan Rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Selasa, 12 April 2011

12 APRIL 2011 ULANG TAHUN KELAHIRAN



Alhamdulillah
Bersyukur
Dipanjangkan umur
Dengan iman hidup makmur
Boleh baca Al-Quran
Boleh baca terjemahan
Baru faham kehebatan Tuhan
Lakukan yang maaruf
Cegah semua kemungkaran
Video seks lucah
Kerja nafsu amarah
Direstui perasuah-perasuah
Nampak hidup mewah
Tumbangkan mereka dengan dakwah
Dengan Al-Quran dan Sunnah
Dengan pimpinan beramanah
Teringat jasa ibu ayah
Berakar umbi di Kg Gajah
Sudah jadi arwah
Mencari rezeki bersawah
Ada sedikit kebun getah
Dihantar ke sekolah
Sekolah Melayu
Sekolah Inggeris
Di Teluk Anson
Di Ipoh
Parti perkauman hampir lumpuh
Tempat perasuah-perasuah berteduh
Wira reformasi mereka tuduh
Belum lagi jatuh
Sunnah Nabi tetap utuh
Bermaksud:
"Tinggallah barang yang meragukan engkau
kepada apa yang tidak meragukan engkau"
Hadis Nabi
Relevan masa kini
Pimpinan Nabi digeruni
Umar Al Khattab cukup berani
Hebat juga Saidina Ali
Saidina Hamzah pahlawan sejati
Di Uhud dikebumikan
Bersama-sama 70 rakan-rakan
Mari kuatkan pakatan
Dalam P.R
Dengan membetulkan niat
Tahaluf Siyasi sebagai alat
Supaya menguasai Kerajaan Pusat
Perlu hanya kerja kuat
Kepada rakyat
Beri maklumat
Keredhaan Allah jadi matlamat
Untung di dunia bahagia di akhirat
Kumpulan video seks lucah melarat
Doakan mereka dilaknat
Panas yang dapat
Balasan puak-puak keparat
Ikut nafsu syahwat
Buat maksiat
Rekacipta video lucah
Mahu masuk syurga di akhirat
Terlambat
Oleh itu
Rakan-rakan dalam P.R
Perlu ingat
Jasa rakan-rakan sekelian
Masih ingat
Malam Anwar ditangkap
Dibelasah dalam lokap
Mata lebam mencelikkan rakyat
Masih ada hayat
Daripada Allah terus memohon
Supaya rejim zalim turun
Dengan izin Allah, Tuhan semesta alam
Salam.... salam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Isnin, 11 April 2011

PR BOLEH MEMERINTAH



Pengundi-pengundi Sarawak
Gunakan hak
Dengan yang benar berpihak
Tumbangkan gerombolan haprak
Hak-hak rakyat mereka gasak
Tanah Adat mereka faraidkan
Kayu balak disapu bersih
Calon-calon P.R eloklah dipilih
Buku Jingga jangan dialih
Penawar bagi penyakit kronisme
Dalam P.R kita bekerjasama
Tiga puluh tahun cukup lama
Bagi Ketua Menteri
Kekayaannya semua orang cerita
Isteri mudanya jelita
Tak jemu dipandang mata
Rakyat pendalaman menderita
Daripada alam siber dapat cerita
Tuntutan cerai pun RM 400 juta
Kayaraya anak-anaknya
Kepada kroni-kroni dia berjasa
Rakyat hanya rasa
Rakyat hanya telan air liur saja
Tiba-tiba ada pilihanraya
Beri projek terima
Beri wang terima
Undi hanya pada P.R
P.R boleh berjaya
Calon-calonnya berdaya upaya
Bakal KM orang Dayak yang berwibawa
Kabinetnya muda dan setia
Rujukkannya
Buku Jingga
Boleh menyelamatkan keluarga
Selamat Sarawak daripada bahaya
Bila P.R berjaya
Dalam pilihanraya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Ahad, 10 April 2011

TUKAR



Tukar
Tolak yang mungkar
Rasuah itu mungkar
Mengumpul harta cara haram itu mungkar
Menyalahguna kuasa
Untuk kekayaan anak dan keluarga juga mungkar
Ambil Tanah Adat
Secara tipudaya juga tindakan mungkar
Merosakkan alam sekitar
Secara membalak besar-besaran juga mungkar
Perlu untuk bertukar
Di hadapan rakyat sekarang
Kasi perasuah tumbang
Beri undi anda kepada kumpulan
Penyokong Buku Jingga
Di pilihanraya terdekat
Seluruh rakyat Sarawak kena berpakat
Pertolongan Tuhan sudah dekat
Bagi umat Islam melalui solat
Kuasa Allah tetap ingat
Sedarlah wahai pengkhianat-pengkhianat
Bertaubat
Jalan yang selamat
Selamat rakyat Bumi Kenyalang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamidilawal1432/Apr2011

Sabtu, 9 April 2011

PANTUN BILA RAKYAT INGINKAN KEADILAN



Sungai Sarawak mengalir tenang
Dari ulu ke muara laut
Pakatan Rakyat boleh menang
Bila keadilan hati terpaut

Dalam zoo harimau mengaum
Diberi makan setiap hari
Di Sarawak ada berbagai kaum
Ketuanan Rakyat mereka cari

Daripada durian dibuat tempoyak
Bila diperam tahan lama
Tanah Adat nadi Dayak
Orang Iban juga sama

Pergi memburu dapat kijang
Bawa ke rumah masak kari
Bersatulah pengudi rumah panjang
Supaya Pakatan memerintah negeri

Kari daging kari ikan
Menjadi kegemaran kita bersama
Buku Jingga jadi tarikan
Kebajikan rakyat agenda utama

Manis rasa buah mangga
Daripada jenis buah mempelam
Mari teliti Buku Jingga
Dengannya pemerintah korup tenggelam

Gatal sungguh saki kurap
Boleh sembuh dengan berubat
Tolak saja pemimpin korup
Gantikan dengan calon-calon berbakat

Manis rasa air serbat
Diminum semasa berbuka puasa
Pemimpin Pakatan memang berbakat
Beramanah bila pegang kuasa

Puasa ada berbagai jenis
Puasa wajib di bulan Ramadhan
Bila memfitnah terasa manis
Tanda nafsu menguasai badan

Waktu pagi elok berjalan
Sambil berjalan mengingati Allah
Pakatan Rakyat membawa keadilan
Boleh selesai banyak masalah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

SEMOGA PAK SAMAD PANJANG UMUR



Hari Sabtu
9 April 2011
Genap umur Pak Samad 76 tahun
Kepada Allah kita mohon
Keampunan dan rahmat Allah
Harapan daripada isteri tercinta
Sehati sejiwa
Ke sana ke sini bersama
Mempertahankan agama
Dalam jemaah bersama-sama
Berjuang melalui tulisan
Boleh layar
Blog ' Hujan Pagi '
Pereka video seks lucah pasti rugi
Mempercayai fitnah juga rugi
Menontonnya juga rugi
Ini Pak Samad sedari
Keredhan Allah perlu dicari
Di akhirat menanti bidadari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Jumaat, 8 April 2011

PANTUN DIA BANYAK BERJASA



Terbang tinggi burung helang
Nampak mangsa turun ke bumi
Berubahlah rakyat Bumi Kenyalang
Baru kezaliman boleh dibasmi

Burung pipit terbang sekawan
Hinggap sebentar untuk makan
Banyak kerusi boleh ditawan
Kebaikan Buku Jingga diceritakan

Pergi sekolah pakai sepatu
Kena hujan semuanya basah
Rakyat Sarawak kena bersatu
Mudah usir pemimpin rasuah

Pergi berburu dalam hutan
Dapat seekor rusa bintik
Kaya raya semasa pegang jawatan
Membuat rakyat bertambah getek

Dari timur terbit matahari
Ini berlaku setiap pagi
Pemimpin amanah perlu dicari
Baru rakyat tidak rugi

Berenang itik dalam paya
Terdapat juga ikan haruan
Pakatan Rakyat boleh berjaya
Buku Jingga sebagai pertaruhan

Ikan haruan ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Kebajikan rakyat boleh dapat
Bila tolak pimpinan keparat

Air tebu terasa manis
Bila di minum di tengahari
Pemimpin ada berbagai jenis
Tolak yang mengkayakan diri sendiri

Selepas Khamis hari Jumaat
Ini berlaku setiap minggu
Buku Jingga membawa manfaat
Rakyat hanya perlu tunggu dan bersatu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Khamis, 7 April 2011

PANTUN PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011



Melompat katak dalam paya
Tenggelam timbul mencari makanan
Bertukar kerajaan selepas pilihanraya
Berlaku dengan izin Tuhan

Dalam paya tumbuh teratai
Cukup masa boleh dimakan
Kerakusan pemerintah rakyat intai
Di tangan rakyat boleh ditumbangkan

Teratai tumbuh tanpa baja
Keluar bunga warna ungu
Semasa pilihanraya rakyatlah raja
Kejatuhan perasuah memang ditunggu

Air di paya nampak tenang
Datang burung untuk minum
Pakatan Rakyat boleh menang
Baru perintah ikut hukum

Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Buku Jingga dibaca berulang kali
Bertujuan untuk kebaikan rakyat

Ikan keli ikan limbat
Dari jauh nampak serupa
Dengan fitnah jangan terlibat
Dalangnya di akhirat pasti papa

Fitnah ada berbagai bentuk
Fitnah seks episod terbaru
Perancang fitnah wajib dikutuk
Menyebabkan ramai rakyat terkeliru

Pergi ke sekolah pakai stokin
Mengharungi banjir jadi basah
Video seks orang tak yakin
Propaganda murahan rakyat tak kisah

Selepas sarapan ambil vitamin
Dilakukan pula setiap hari
Mari jadi betul-betul mukmin
Mudahlah keredhaan Allah dicari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Rabu, 6 April 2011

USAHA JAHAT TIGA MAKHLUK




Tiga orang bergelar Datuk
Menggelarkan kumpulan mereka ' Datuk T '
Mempromosikan video seks lucah
Mahu ada orang susah
Mahu ada manusia musnah
Melalui fitnah
Datuk T lupa rumah dalam tanah
Datuk T bernafsu amarah
Dengan DSAI mereka cukup marah
Dendam yang tak sudah-sudah
'First Lady' aurat sentiasa terdedah
Lupa itu dilarang Allah
Lupa itu menyalahi Sunnah
Lupa tujuan syahadah
Luput usia begitu mudah
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian
Menyalahguna kuasa bila pegang jawatan
Mengkayakan diri
Mengkayakan kroni-kroni dan isteri
Harta haram diperolehi
Kerja-kerja maaruf dijauhi
Majlis ilmu agama dijauhi
Apco Worldwide dipercayai
Menasihati kuasa tertinggi
Dengan versi Yahudi
Dengan membanyakkan judi
Bergaul bebas muda mudi
Berlaku zina di sana sini
Takut pula kepada bini
Budaya dayus merosakkan diri sendiri
Orang mukmin ada solusinya
Ikutlah hadis Nabi SAW
Bila melihat kemungkaran
Ubahlah dengan tangan
Ubahlah dengan kuasa
Ubahlah dengan lisan
Ubahlah dengan hati
Bila ini dilakukan
Penzalim akan tumbang
Perasuah akan kecundang
Di 4 negeri jadi pemangkin
Dengan majlis pengajian
Kegiatan mereka kita sokong
Bila ini dilakukan
Berlakulah perubahan
Baik untuk rakyat sekelian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Selasa, 5 April 2011

KAWAN-KAWAN DIPERLUKAN



Kemalangan kereta
Di jalanraya
Menolaknya tidak berupaya
Datang dengan sekelip mata
Berdentum” bunyinya
Bersyukur tidak hilang nyawa
Hanya sedikit sakit saja
Sakit dada
Sakit di belakang tengkok
Rasa pening-pening kepala
Dalam misi dakwah
Berlaku di ketika matahari menyinari mata
Di waktu jam menghampiri Maghrib
Kuliah dijadual selepas Maghrib
Di sini perlu pertolongan kawan
Kawan datang memberi bantuan
Datang segera dari jauh
Seorang “Foremen” berjiwa mulia
Nampak zahirnya seluarnya berminyak
Membaiki kereta-kereta rosak
Ini urusannya setiap hari
Daripada sumber yang halal
Seorang kawan lagi
Memandu ke tempat pengajian
Dengan kerelaan hati
Program ditunda ke waktu Isyak
Ceramah berjalan selama satu jam
Diakhiri sebuah sajak Maulidur Rasul 1432 Hijrah
Ada perasaan simpati
Diadakan kutipan segera
Lebih RM400 dikumpulkan
Inilah pertolongan Tuhan
Inilah bukti kesetiaan rakan-rakan
Inilah buktinya iman
Perlu diperluaskan
Teruskan perjuangan
Menentang penyelewengan
Dengan kerjasama berbagai golongan
Wala' tetap pada Tuhan
Yang penting penzalim perlu ditumbangkan
Melalui kuliah-kuliah pengajaran
Melalui puisi sebagai sokongan
Diterima yang waras fikiran
Yang bebas daripada perasaan perkauman
Inilah kualiti modal insan
Di Bumi Kenyalang boleh buktikan
Berlaku kejutan
Semoga direstui Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Isnin, 4 April 2011

UTAMAKAN RAKYAT

Puisi Pilihanraya DUN Sarawak Apr 2011 



 

Syaitan
Musuh manusia yang nyata
Lama berkuasa mudah kumpul harta
Rakyat Bumi Kenyalang menderita
Kekayaan pemimpinnya banyak orang cerita
Isteri muda sangat jelita
Tak jemu dipandang mata
Leila Trebalasi
Cabut lari
Suzanne juga lari
Membawa duit berguni-guni
Berubah perlu berani
Menukar kerajaan kena berani
Buku Jingga janji
Dengan kuasa boleh berbakti
Kepada PR berilah undi
Kerajaan PR di empat negeri
Sedia berbakti
Kebajikan rakyat diutamakan
Bukan dengan slogan
Lihat saja Kelantan
Dianaktiri oleh Kerajaan Persekutuan
Rakyat Kelantan tak hairan
Perjuangan diteruskan
PAS sedia ganti UMNO
PR kena tumbangkan BN
Bila rakyat ada maklumat
Tayangan video seks itu khianat
Merosakkan masyarakat
Merompak Tanah Adat
Perlu disebat
Undi calon-calon PR
Nescaya Sarawak boleh diselamatkan
Baru betul-betul rakyat diutamakan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Apr2011

Sabtu, 2 April 2011

BANYAK BERJASA

Puisi Pilihanraya DUN Sarawak Apr 2011 

 


Ada orang berkata
" Dia banyak berjasa "
Lama pula berkuasa
Senang menyalahguna kuasa
Kumpul harta di kalangan keluarga
Biar pun rakyat menderita
Tanah Adat diambil begitu saja
Berlagak macam raja
Senyum isteri muda
Perlu banyak tenaga
Pernah dengar cerita
Ariestotle
Jutawan kapal Greek
Kahwin dengan janda
Melayani karenahnya
Akhirnya pendek usia
Sibuk dengan pilihanraya
Sibuk mengira harta
Rakyat Bumi Kenyalang dah buka mata
Bulan April terakhir baginya
Bila rakyat berpakat
Memendekkan riwayat
Baru rakyat selamat
Jasanya tetap diingat
Juga dicatit para malaikat
Dosanya berlipat-lipat
Biasalah bagi pengkhianat
Seperti pelanduk lupakan jerat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Apr2011

Jumaat, 1 April 2011

PANTUN BUAT-BUAT TAK FAHAM



Hujan turun empangan pecah
Berlaku banjir di kawasan berdekatan
Rakyat didedah video lucah
Direstui oleh orang-orang besar berjawatan

Setiap pagi memijak lecah
Budaya hidup penoreh getah
Berdosa menonton video lucah
Para mufti tidak membantah

Dalam lecah ada pacat
Melekat di kaki semasa bersawah
Bila aqidah sudah cacat
Hidup mewah dengan rasuah

Pagi ke sawah menanam padi
Turun hujan basahlah baju
Bila terima nasihat Yahudi
Aktiviti mungkar dianggap maju

Pakai baju pergi ke masjid
Solat berjemaah setiap waktu
Melawan mungkar perlu mujahid
Betul aqidah mudah bersatu

Daripada padi jadi beras
Boleh dibeli di pasar malam
Bila aqidah menjadi teras
Baru selamat umat Islam

Beras dimasak jadi nasi
Nasi putih nasi beriani
Video seks suatu konspirasi
Menjatuhkan Anwar yang digeruni

Dari jauh orang berdehem
Tiba-tiba lokap terbuka
Lebam mata Anwar Ibrahim
Riwayat hidupnya penuh suka duka

Pisang abu pisang nangka
Tumbuh subur di tepi sawah
Senyuman Anwar berseri muka
Membuatkan gerombolan perasuah naik marah

Dari gua keluar kelawar
Datang kucing terus dibaham
Wira sebenar ialah Anwar
Datuk "T" tak faham-faham


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Apr2011