Sabtu, 30 April 2011

DUA PERISTIWA BERLAKU DI AWAL USIA 72 TAHUN

Hari ini 30 Apr 2011 bererti umur saya sudah menjangkau 72 tahun 18 hari. Dalam tempoh ini ada dua perkara penting berlaku. Pertama, pada 19 April 2011 telah berlangsung Forum Anti Video Lucah anjuran Madrasah Kuliah Dhuha di Masjid Al-Aulia, Tembok.


Ahli- ahli panel terdiri daripada Presiden TERAS, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dan Ustaz Zulkarnain Bin Ibrahim yang dipengerusikan oleh Ustaz Hafiz.

Majlis bermula dari 9.30 pagi. Dianggarkan 350 orang hadir mendengar forum yang mahu umat Islam memahami bahaya penyebaran video lucah yang patut dikutuk oleh setiap orang Islam yang beriman.

Peristiwa kedua yang berlaku ialah serangan angin ahmar terhadap Ustaz Wan Ahmad Tarmizi pada pagi Rabu 20 April 2011.



Ustaz Wan berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selama 3 hari. Alhamdulillah keadaan Ustaz Wan sudah bertambah baik. Tindakan awal membawa Ustaz Wan berurut oleh Saudara Aziz Foreman telah menceriakan rakan-rakan dan anak murid Ustaz Wan di seluruh Perak.

Semoga kita semua berdoa akan kesihatan Ustaz Wan kembali pulih kerana perjuangan harus diteruskan. Allahuakbar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan