Jumaat, 15 April 2011

NASIB PEMBOIKOT MAJLIS ILMU



Ada orang datang solat berjemaah
Rela boikot kuliah
Kuliah Maghrib
Diadakan setiap malam
Setiap kali habis solat sunat selepas Maghrib
Dia angkat punggung
Dia balik ke rumah
Dia tetap gelisah
Dia takut kalau ada cerita politik daripada mulut tuan guru
Video seks lucah dia pula setuju
Melihat isteri pemimpin tak bertudung dia membisu
Melihat maksiat dalam masyarakat dia membisu
Macam syaitan bisu
Beredar masa dari minggu ke minggu
Isi kuliah Maghrib dia tetap ragu
Penjelasan " Datok T " dia setuju
Tolak pula cerita wahyu
Sebabnya ada perasaan Ketuanan Melayu
Walaupun iman pembuat-pembuat fitnah dah layu
Walaupun panas neraka menunggu
Puak Ketuanan Melayu tetap percaya
Slogan jahiliyah
" Agama suku politik suku "
Maklumlah otak kalkatu
Di tanah perkuburan menanti dua batu
Batu nisan
Nampak aman
Nampak dari tepi jalan
Majoriti penghuninya kerugian
Nasib penyokong jahiliyah
Nasib pemboikot kuliah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

1 ulasan:

  1. MANA ADA KULIAH. YANG ADA MAJLIS FITNAH.KATA ORANG,MEMANJANGKAN FITNAH. CAKAP TANPA BUKTI, YANG TERBUKTI DITOLAK.

    DAH TAK ADA USTAZ PAS BERANI CAKAP AGAMA DAH. TAKUT DAP MARAH..

    BalasPadam