Khamis, 7 April 2011

PANTUN PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011



Melompat katak dalam paya
Tenggelam timbul mencari makanan
Bertukar kerajaan selepas pilihanraya
Berlaku dengan izin Tuhan

Dalam paya tumbuh teratai
Cukup masa boleh dimakan
Kerakusan pemerintah rakyat intai
Di tangan rakyat boleh ditumbangkan

Teratai tumbuh tanpa baja
Keluar bunga warna ungu
Semasa pilihanraya rakyatlah raja
Kejatuhan perasuah memang ditunggu

Air di paya nampak tenang
Datang burung untuk minum
Pakatan Rakyat boleh menang
Baru perintah ikut hukum

Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Buku Jingga dibaca berulang kali
Bertujuan untuk kebaikan rakyat

Ikan keli ikan limbat
Dari jauh nampak serupa
Dengan fitnah jangan terlibat
Dalangnya di akhirat pasti papa

Fitnah ada berbagai bentuk
Fitnah seks episod terbaru
Perancang fitnah wajib dikutuk
Menyebabkan ramai rakyat terkeliru

Pergi ke sekolah pakai stokin
Mengharungi banjir jadi basah
Video seks orang tak yakin
Propaganda murahan rakyat tak kisah

Selepas sarapan ambil vitamin
Dilakukan pula setiap hari
Mari jadi betul-betul mukmin
Mudahlah keredhaan Allah dicari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilawal1432/Apr2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan