Selasa, 22 Februari 2011

SOALJAWAB MELALUI SMS ANTARA HMS DAN JAAFAR RAHIM

hati sakit, apa ubatnya?


SMS ini diterima di awal bulan Februari.

Jaafar Rahim (J.R):
Di Kelantan pun ada pelacuran. Apa hal?

HMS:
Pelacuran ada di Kelantan sebab ada jantan-jantan UMNO yang melangganinya.

Jaafar Rahim (J.R):
Kelantan kotor.Ulama gunakan agama untuk kepentingan politik.Dia saja Islam, orang lain tidak. Pakai serban, hati busuk. PAS ingat syurga hak dia. Sombong,bongkak,busuk hati.
Dengan ini SMS ditamatkan dan tak akan dilayan lagi. Maaf.

Berdasarkan SMS di atas, nampaknya J.R begitu beremosi serta membuat tuduhan semborono. Dia lupa Islam itu agama yang syumul (sempurna) dalam apa saja bidang termasuk politik. Dia lupa akujanji dalam solat yang dibaca 5 waktu sehari semalam iaitu ayat 162 Surah Al-Anaam;


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

J.R menyindir MB Kelantan yang bukan saja berserban tapi memerintah Kelantan selama 20 tahun dan 5 kali PRU dapat menewaskan UMNO di Kelantan dengan iman dan Islam. J.R suka menyebut syurga dalam SMSnya kepada saya tetapi berada di dalam gerombolan jahiliyah yang realitinya ada penyakit Wahnn, iaitu cinta dunia takut mati. Golongan manusia termasuk yang cerdik pandai sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah golongan jahiliyah dan apabila Nabi s.a.w datang membawa risalah Islam dan mengajak manusia menganutinya, tetapi masih tak nak sokong juga, jadilah serupa dengan orang jahiliyah.

Disudahi dengan serangkap pantun;

Kanak-kanak menaiki rakit
Digunakan semasa air bah
Apa tanda hati sakit
Berkali-kali di dakwah masih tak berubah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

NATIJAH MAULIDUR RASUL



I

Disambut Maulidur Rasul di sana sini
Mengajak orang ikut Nabi
Membiarkan kaya kroni-kroni
Tak bertudung pula bini
Takut pula kat bini
Orang Dayus di akhirat rugi
Menyalahkan diri berkali-kali
Neraka sengaja dibeli
Bila menolak Sunnah Nabi
Bila menzalimi anak negeri
Berpangkat Tan Sri
Bawah sikit Dato Seri
Depan T.V muka nampak berseri-seri
Kuliah Maghrib dijauhi
Jawatankuasa masjid mahu dikuasai
Ini arahan parti
Lupa bila-bila masa menanti mati

II

Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Banyak pemimpin sudah mati
Seksa kubur amat perit

III

Tanam kacang tanam ubi
Tanam pula di tepi paya
Bila tidak ikut Nabi
Tak ada makna pegang Putrajaya

IV

Masam rasa asam jawa
Boleh buat ramuan masakan
Tolak Islam di akhirat kecewa
Balasan bagi salah guna kedudukan

V

Anak nelayan sakit bisul
Bila pecah keluar darah
Mari ikut ajaran Rasul
Dengan tolak pimpinan rasuah

VI

Pagi-pagi kutip rambutan
Lepas itu mandi di kuala
Mari sama-sama kuatkan Pakatan
Baru nasib rakyat terbela


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

Selasa, 15 Februari 2011

UBAHLAH SEKARANG

12 Rabiulawal
Banyak perlu disoal
Syahadah kita
Akujanji kita
Keselamatan negara kita
Dengan jenayah merata-rata
Jenayah pecah kereta
Cara haram kumpul harta
Rakyat marhaen terus menderita
Teringat kita
Sebuah sajak dari Tunisia
" Ingatan kepada penzalim-penzalim di seluruh dunia "
Penyajak bernama
Aboo Qassim Al Shabbi
Sempat hidup 25 tahun saja
Hidup penuh bererti
Menentang penjajah Perancis
Di bumi Tunisia
Di utara benua Afrika
Abu Lahab ke neraka
Bapa saudara Nabi kita
Cita-citanya hanya dunia
Empat puluh tahun selepas itu
Abu Lahab memarahi pula
Muhammad bin Abdullah
Setelah diangkat menjadi Rasulullah
Pimpinan beramanah
Dibekalkan Al Quran oleh Allah
Kafir Quraish mula pecah belah
Tertawan dengan ayat-ayat Al Quran
Contoh klasik Umar Al Khattab
Sahabat yang mantap dan boleh diharap
Dikepalai
Abu Bakar As Siddik
Usman Affan
Ali bin Abi Talib
Di Uhud, Hamzah mati syahid
Bersama-sama lebih 70 orang
Sahabat Nabi
Mati penuh bermakna
Sekarang menikmati
Muqadimah syurga
Zein El Abidin Ali kecewa
Hosni Mubarak kecewa
Terlepas kuasa Tunisia
Terlepas kuasa Mesir
Dua contoh pimpinan zalim
Kepada para penzalim ingatlah
Di akhirat kamu bermasalah
Jika mahu selamat ikutlah
Rasulullah
Berjuanglah dalam jemaah
Bersama pimpinan P.R yang beramanah
Ubahlah
Di bulan Rabiulawal yang penuh sejarah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

PANTUN 12 RABIULAWAL 1432H

Ikan pari ikan bawal
Dua jenis ikan laut
Lahir Nabi Muhammad s.a.w di bulan Rabiulawal
Sunnahnya kita kena ikut

Imam Shafie rajin menulis
Dia benar seorang alim
Penzalim sentiasa ditipu iblis
Menentangnya kewajipan setiap muslim


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

Sabtu, 12 Februari 2011

TIUPAN ANGIN DARI LAUT


I

Dunia
Dikejutkan oleh
Demontrasi besar-besaran
Di Tunisia
Ratusan ribu manusia
Keluar di jalan-jalan
Berteriak "undur-undur Zein el Abidin
Undur-undur perasuah dan penzalim"

II

Pada tahun 1909
Lahirlah seorang bayi
Di Tunisia
Di bawah jajahan Perancis
Diberi nama
Aboo Al Qasim Al Shabbi
Dia terkenal dengan sajaknya
Berjudul
"Kepada penzalim-penzalim di seluruh dunia"
Dalam kehidupan hanya 25 tahun
Aboo Al Qasim
Bangun menentang penjajah Perancis di Tunisia
Dia menulis puisi-puisi
Yang menaikkan semangat juang
Rakyat Tunisia melawan Perancis
Yang zalim dan menindas
Rakyat beragama Islam
Daripada didikan Islam
Daripada berkat hidup beragama
Aboo Al Qasim melawan arus
Melawan kuasa penjajah
Dengan puisi dan sajak yang ditulis
Sebelum tahun 1934
Mengherdik penjajah Perancis
Yang zalim dan durjana
Di antara puisinya
"Kepada penzalim-penzalim di seluruh dunia"

III

Rupa-rupanya di awal
Tahun 2011 angin dari laut itu
Ialah kebangkitan rakyat Tunisia
Bangun menuntut keadilan
Lari lintang pukang
Presiden Zein el Abidin Bin Ali
Dan First Lady Leila
Setelah 20 tahun
Menghisap darah rakyat Tunisia
Sajak Aboo Al Qasim menjadi realiti
Pengajaran kepada kita
Ikutlah
Bersatulah
Dalam kebenaran dan keadilan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

KEPADA PENZALIM-PENZALIM DI SELURUH DUNIA - ABO AL QASSIM AL SHABBI

Terjemahan Sajak Penyajak Tunisia Abo Al Qassim Al Shabbi (1909-1934)

Hai kamu penzalim-penzalim durjana
Kamu itu pencinta kegelapan
Kamu itu musuh kehidupan
Kamu seronok dengan penderitaan rakyat
Dengan tapak tangan
Kamu, bergelumuran darah-darah rakyat termiskin
Kamu terus berjalan dengan angkuh
Sambil itu kamu merosakan kemurnian
Kehidupan masyarakat
Dan menyemaikan benih-benih kedukacitaan
Di tanah air tercinta
Kamu pasti melihat
Kedatangan musim bunga, dengan awan-awan
Yang cerah nyata
Dan sinaran matahari pagi mengelabui mata kamu,sebenarnya
Akan memporak perandakan tentang keseronokan hidup kamu
Sebab kegelapan, ribut dan taufan
Membawa angin yang datang dari
Arah laut yang bergelora akan membinasakan kamu
Hai kamu, Si Durjana
Adanya serkam-serkam api
Di bawahnya abu-abu yang akan membakar kamu
Dan akan meranapkan kemewahan hidup kamu
Ingat! Sesiapa yang menanam duri akan luka diri sendiri
Kamu juga telah memotong kepala-kepala rakyat
Kamu telah memusnahkan harapan hidup rakyat
Kamu jadi mabuk melihat darah manusia di pasir-pasir
Di tepi pantai
Kamu pasti ditenggelamkan oleh arus sungai yang deras mengalir
Menghanyutkan kamu ke lembah kehancuran serta serangan
Ribut taufan dari arah laut

Diterjemahkan oleh
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

Khamis, 10 Februari 2011

LAKUKAN SOLAT


Mintalah
Kepada Allah
Di waktu senang dan susah
Dengan membesarkan Allah
Mulai dengan Allahuakbar
Pujilah Allah
Mintalah petunjuk
Mintalah jalan yang lurus
Semua masalah boleh diurus
Dengan solat 5 waktu sehari semalam
Menjadi budaya orang Islam
Bila berjumpa mengucap salam
Terus bersalam-salaman
Dikuatkan iman
Dieratkan tali persaudaraan
Dengan izin Tuhan
Mudah bertahan
Di setiap ujian dan godaan
Sembahyang itulah benteng pertahanan
Semoga selamat di Hari Kemudian

Menangkap ikan menggunakan belat
Dapat keli dan puyu
Tiang agama ialah solat
Dengannya manusia boleh bersatu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

TAMAT RIWAYAT "FIRST LADY"

Leila Trabelsi is said to have fled Tunisia with $50m worth of gold bar


Masa
Ciptaan Allah Maha Kuasa
Lari Leila
Isteri Presiden Tunisia
Sakan berbelanja
Duit negara
Rakyat tetap ambil kira
Bila penjual buah dianiaya
Dilakukan oleh petugas penguatkuasa
Daripada jenis Hawa
Menampar muka penjual buah dengan sengaja
Habis daya upaya
Bakar diri di tepi jalanraya
Mohamad Bouazizi namanya
Sedih rakyat
Tercetuslah demontrasi jalanan besar-besaran
Membantah kerajaan Presiden Zein el-Abidin Ali
Dengan nyawa kebebasan dibeli
Tamatlah pemerintahan kuku besi
Tamatlah rejim korupsi
Tamatlah riwayat "first lady"
Yang suka joli


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1432/Feb2011

Selasa, 8 Februari 2011

Berbalas Pantun Di antara HMS Abu Bakar dan Jaafar Rahim 3

Pusingan ketiga malam Rabu 2 Feb 2011.

Jaafar Rahim:

Balik Pulau Bayan Lepas
Ramai penonton tidak diduga
Semalam dengar ceramah PAS
Bolehkah saya masuk syurga?

HMS:

Pergi kebun cari pegaga
Dapat pula buah nangka
Orang beriman dijanjikan syurga
Ada pula menempah neraka

Jaafar Rahim:

Badan sihat makanan berkhasiat
Kalau sakit masuk wad
Insyaallah Malaysia tanpa maksiat
Kalau tak ada si peliwat

HMS:

Pergi berkelah menaiki pesawat
Jatuh terhempas di tanah rizab
Berani anda menuduh liwat
Dibalas ikut hukum Qazab


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Feb2011

Ahad, 6 Februari 2011

Berbalas Pantun Di antara HMS Abu Bakar dan Jaafar Rahim 2

Berbalas pantun melalui sms pada 31 Jan 2011 di antara HMS dan Jaafar Rahim (mantan pegawai DBP) mengenai keputusan PRK DUN Tenang. Cikgu Mala memperolehi 2992 undi.

Jaafar Rahim:

Cik Minah jemur benang
Sambil menjemur terlelah-lelah
BN menang di Tenang
Semuanya di tangan Allah

HMS:

Di tepi masjid ada kolah
Mudah mengambil air sembahyang
Menyokong perasuah dikutuk Allah
Bila mati tinggal parti tersayang

Jaafar Rahim:

Pahlawan mati di Kuala Temengor
Melihat semut melata-lata
BN, PAS, PKR salahlaku kena tegur
Jangan tutup sebelah mata

HMS:

Balik kampung menaiki kereta
Ada penumpang tidur berdengkur
Dalam Quran banyak cerita
Keangkuhan Firaun tak boleh ditegur

Jaafar Rahim:

Berakit-rakit dengan galah
Hendak membeli sekati tauhu
PAS sebut nama Allah
Dalam hati siapa tahu

HMS:

Artis Melayu berkain belah
Pakai baju nampak bahu
Orang beriman takutkan Allah
Hukum Allah tidaklah ragu

Satu, dua, tiga, empat
Diajar kanak-kanak Pasti
Di akhirat perasuah pasti merempat
Ikut parti sekular sampai mati

Jaafar Rahim:

Buah papaya buah berangan
Malam hari pasang pelita
Jangan pula tuduh sembarangan
Syurga Neraka bukan hak kita

HMS:

Pisang embun pisang berangan
Boleh dibeli di pasar malam
Masuk syurga janganlah berangan-angan
Kalau membenci parti Islam


HMS ABU BAKAR
paksaleh.blogspot.com
R'awal 1432/Feb2011

Rabu, 2 Februari 2011

CERAGEM DI SILIBIN



Mula rawatan 8.20 pagi
Ramai menanti sebelum sarapan pagi
Kesedaran kesihatan begitu tinggi
Sebelum rawatan, diadakan penerangan ringkas
Daripada kakitangan Ceragem yang dedikasi
Diketuai oleh Gillian
Dibantu oleh
Molly, Wani dan Mira
Semuanya sentiasa ceria
Rawatan pun percuma
Ambil masa 40 minit saja
Kebaikannya ada
Diri sendiri boleh rasa
Semua penyakit ada ubatnya
Tugas Ceragem membantu saja
Membantu yang ingin mencuba
Yang menyembuhkan Allah punya kuasa
Percayalah
Bila ada keazaman
Bila ada kesabaran
Bila ada kesedaran
Di situ ada kejayaan
Ceragem sentiasa dalam ingatan
Melalui rawatan
Meningkatkan kesihatan
Melalui senyuman
Meningkatkan keceriaan
Dengan slogan
Ceragem "Number One"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Feb2011

PANTUN 4 WATAK UTAMA CERAGEM, SILIBIN, IPOH

Gillian

  Mahal harga batu berlian
  Habib Jewels pembekal utama
  Penuh bertenaga "Persembahan" Gillian
  Harumkan Ceragem tugas bersama








Molly

Isi barang dalam trolley
Semasa membeli belah di pasaraya
Seronok mendengar "Presentasi" Molly
Maklumlah orangnya sentiasa bergaya







Wani

Sedap rasa nasi beriani
Makan bersama keluarga di rumah
Seronok mendengar ceramah Wani
Dia juga seorang peramah







Mira

Manis rasanya air nira
Boleh di dapati di negeri Kedah
Lemah lembut perwatakan Mira
Bermesra dengannya sungguh mudah

Selasa, 1 Februari 2011