Sabtu, 31 Mei 2014

JIKA AKU PENGUNDI DI TELUK INTAN


Jika aku pengundi di Teluk Intan
Aku pilih yang menyokong Pakatan
Tentu yang menentang syaitan

Kerja Syaitan
Menyemai bibit-bibit perpecahan
Melalui politik perkauman
Membawa kuman
Merosakkan iman

Jika aku pengundi di Teluk Intan
Pilih perempuan tolak jantan
Lupa yang rambut beruban
Pilih yang rupawan
Mudah berkawan
Layak jadi Ahli Parlimen

Jika aku pengundi di Teluk Intan
Pilih yang berani
Berani menolak politik berteraskan kaum
Pilih yang berfikiran waras
Berfikir untuk membela nasib rakyat
Tanpa mengira kaum
Mengurangkan pergesiran kaum
Pilih yang muda
Pilih yang berambut hitam

Jika aku pengundi di Teluk Intan
Aku akan undi calon roket
Dengan roket menuju ke bulan
Bersama-sama menegakkan keadilan
Ini yang aku inginkan
Dalam negara wujud keadilan
Dalam negara sifar rasuah
Ada pada pimpinan Pakatan Rakyat
Undilah Dyana Sofya jadi Yang Berhormat


HMS ABU BAKAR




Jumaat, 30 Mei 2014

PENTINGNYA 3B


Dyana Sofya ada 3B
Beauty
Brains’s
Bravery

Beauty bermakna cantik
Brain’s ertinya bijak berfikir
Bravery ertinya berani
Dyana Sofya diakui cantik
Calon rambut putihpun mungkin terpikat
Bijak berfikir
Pihak lawan merasa hairan
Berani kerana kebenaran
Pening kepala pihak lawan
Duit ditaburkan
Umpan dimakan
Dyana Sofya tetap jadi pilihan
Di Teluk Intan karier politiknya bermula
Mahu nasib rakyat dibela
Mengundinya dapat pahala
Menyediakan langkah ke Putrajaya
Langkah pertama
Menangkan Dyana Sofya
Inilah doa kita
Semoga kita dalam Pakatan Rakyat bersukacita



HMS ABU BAKAR




Khamis, 29 Mei 2014

PILIHLAH YANG TERBAIK


Wahai pengundi pengundi PRK Teluk Intan
Pilihlah yang muda
Ketepikan yang tua

Bersarang rendah burung tempua
Ditiup angin terus bergoyang
Sajak dikarang membantu si dia
Tingkah lakunya rakyat pun sayang

Pilihlah yang cantik dipandang mata
Berani menentang gerombolan pendusta
Inilah kelebihan calon kita
Tak jemu dipandang mata
Beradab bila bertutur kata
Pilihlah yang berambut hitam
Kelihatan sabar bila dihentam
Kalau yang rambut putih mungkinlah pitam
Mengajar rakyat macam ibu ketam
Harta negara geng tersebut berterusan hentam
Pilihlah yang berkata benar
Berani pula menentang yang munkar
Ketua-ketua kumpulan perkauman
Membiarkan kerja-kerja berdosa
Suka pula menyalahguna kuasa
Secara tipudaya mengekalkan kuasa
Dibiarkan negara akan binasa
Pilihlah yang bersih dari rasuah
Dyana Sofya orangnya
Kejujurannya rakyat Teluk Intan percaya
Keikhlasannya DAP percaya
Buat apa pun Dyana ada gaya
Undilah dia hingga berjaya
Jadilah dia MP termuda
Kelulusan pun ada
Paras rupa pun ada
Layak jadi wakil rakyat berwibawa
Kebajikan rakyat diambil kira
Ini yang difikirkan Dyana Sofya bt Mohd Daud
Dengan Pakatan Rakyat hatinya terpaut

Ikan keli ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Undi Dyana tindakan tepat
Dia memiliki lebih kudrat
Ramai juga ingin mengorat
Teruskan hingga lawan kita melarat

Dapat buluh terus dikerat
Masukkan beras dibakar lemang
Kepada Dyana ditulis surat
Mengucapkan tahniah kerana menang

Lepas ini mungkin ada datang meminang
Ini lumrah bagi manusia
Allah ciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian
Lelaki minat perempuan
Terutama yang rupawan
Mudah hati lelaki tertawan
Mula mulanya berkawan
Perlu keikhlasan

Buah rambutan buah pulasan
Nampak serupa rasa berlainan
Calon lawan boleh pengsan
Bila Dyana lebih undian

Gembira penyokong penyokong Pakatan
Disebabkan eratnya semangat setiakawan
Dalam DAP, PKR dan PAS
Yang penting musuh kita melepas
Biar tidak bernafas

Buat kain daripada kapas
Kapas dibeli dari pasaraya
Kemenangan Dyana akan dikupas
Mendekatkan Pakatan ke Putrajaya

Mengail ikan dalam paya
Dapat sepat ada haruan
Berdoa kita supaya Dyana berjaya
Menyelamatkan negara sebagai tujuan

Negara kita negara Persekutuan
Rakyatnya terdiri berbilang bangsa
Semoga Dyana diselamatkan tuhan
Masuk politik untuk berjasa
Dengan izin Allah Maha Kuasa

Demi masa
Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian
Tentu yang tandus iman
Tentu yang bersemangat perkauman
Secara haram kumpul kekayaan
Disedari rakyat sekalian
Akan disuarakan Dyana di parlimen




HMS ABU BAKAR


Isnin, 26 Mei 2014

SURAU DARUSSALAM


Dengan maufakat 15 orang
Penduduk Taman Chepor Sentosa
Wujud sebuah surau Darussalam
Selesa bila berada di dalam
Terutaman di waktu malam
Kadang-kadang ada majlis ilmu
Ahli yang berminat datang tanpa jemu
Bertambahlah keyakinan
Kebenaran Al-Quran
Penuh pengajaran
Dimanfaatkan jiran-jiran
Bila dengar laungan azan
Tersentuh jiwa orang beriman
Terutaman azan Maghrib
Menambahkan keyakinan tentang isu-isu ghaib
Soalan dalam kubur
Rugi yang takbur
Ibarat nasi dah jadi bubur
Di akhiratnya pudar
Tahniah 15 orang jemaah surau Darussalam
Kuatkan ilmu kalam
Kuatkan perpaduan Islam
Beristifar siang dan malam
Berzikir siang dan malam
Baru kuat iman dan Islam



HMS ABU BAKAR



Sabtu, 24 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU (DR. SITI HAJAR & MOHD. AZREEN ZHAFRAN)


I

Perkahwinan itu Sunnah Nabi s.a.w
Dipatuhi umat Islam
Sejak kurun tujuh masehi
Zina boleh dijauhi
Bila agama menguasai diri
Bermesra suami isteri
Ilmu agama dipelajari
Tauhid adalah pelengkap diri
Fekah menguatkan syariat
Tassauf membersehkan hati
Baru tindakan suami isteri berhati-hati
Zikir menguatkan hati
Ini Hajar dan Azreen ketahui
Syukur di atas kurniaan Ilahi
Berfikir mencerahkan minda
Bila tiga perkara ini ada:

Zikir
Syukur
Fikir

Baru kuat ketahanan diri
Bahagialah hidup suami isteri
Gembira di hari ini
24 Mei 2014 bersamaan
24 Rejab 1435 Hijrah
Di hari perkahwinan
Bertempat
Di Damansara Heights Community Centre
Didoakan semoga bahagia

II

Tahniah
Haji Shahruddin bin Abu Bakar
Hajjah Rohani binti Abd. Latif
Dapat menantu orang Kelantan
Mohd. Azreen Zhafran bin Omar
Membuat maaruf tentulah gemar
Membenci pula yang mungkar
Dengan iman tidaklah sukar
Dengan ilmu kejahilanpun pudar
Ini Haji Shahruddin sedar
Hajjah Rohani sentiasa belajar
Di majlis-majlis ilmu turut hadir
Inilah usaha baik
Semasa umur di penghujung jalan
Banyakkan amalan
Banyakkanlah bersedekah
Pelaburan yang menguntungkan
Mari sama-sama lakukan
Dengan
Iman dan istiqamah
Tenteramlah isi rumah
Dinikmati juga
Dr. Siti Hajar dan Mohd. Azreen Zhafran
Berkat beriman dengan Al-Quran
Penuh pengajaran
Orientalis Barat tetap hairan



HMS ABU BAKAR

Jumaat, 23 Mei 2014

PENAWAR BAGI HATI MANUSIA


Tindakan pertama bertaubat
Mohon keampunan dari Allah
Biasa bagi manusia melakukan kesalahan
Samada lelaki atau perempuan
Semuanya ada perasaan
Mahu memiliki kekayaan
Mahu memiliki kemewahan
Lupa larangan Tuhan
Bila lakukan berterusan
Dosapun bertambah-tambah
Sedar bila dengar ceramah
Sedar diri ada banyak kelemahan
Jalan keluar itulah taubat

Tindakan kedua
Takut kepada Allah
Inilah di antara ciri-ciri orang bertaqwa
Ke akhirat pahala dibawa
Memelihara keluarga
Membawa mereka ke syurga

Tindakan ketiga
Zahid atau zuhud
Hati tidak cintakan dunia
Redha apa yang sedikit
Menolak teori Macviavelli
Dengan jihad syurga dibeli

Tindakan keempat
Sabar
Sabar melakukan ibadat
Sabar menjauhi maksiat

Tindakan kelima
Syukur
Berterima kasih kepada Allah
Di atas iman dan Islam
Sanggup bangun untuk solat malam
Akan kuatlah keazaman
Mencari keredhaan Allah

Tindakan keenam
Ikhlas
Lakukan kerja secara sukarela
Mendatangkan pahala

Tindakan ketujuh
Tawakal
Gunakan akal
Bacalah Al-Quran
Banyak pengajaran

Tindakan kelapan
Kasih akan Allah
Buat segala suruhan
Jauhi semua tegahan
Akan datang kekuatan dalaman
Bertambah-tambahlah iman

Tindakan kesembilan
Redha dengan ketentuan Allah
GST mendatangkan masalah
Diketahui yang ikut usrah
Diketahui yang ikut Sunnah
Diketahui ahli politik yang beramanah
Penyelamat negara dari musnah

Tindakan kesepuluh
Mengingat akan mati
Betulkan niat dalam hati
Sedar malaikat-malaikat memerhati
Suruhan Allah dibuat segera
Dosa pahala diambil kira
Dalam kubur tentu gembira

Perangai baik telah dibina
Semasa hidup di dunia
Beriman dan beramal soleh
Putrajaya pasti beralih
Bila 10 tindakan di atas
Dilaksanakan oleh
Majoriti rakyat Muslim
Di negara tercinta ini



HMS ABU BAKAR


Selasa, 20 Mei 2014

HEBATNYA AL-QURAN


Dengar Al-Quran menjadikan
Jessica Rand cintakan Islam
Diketahui cerita ini
Bila menonton "YouTube" dalam program "The Deen Show"
Jessica Rand wanita barat
Yang bercerita kepada
Edie, seorang pengacara
The Deen Show
Hebatnya wanita barat yang rupawan
Bila beriman menutup badan
Bertudung kepala
Dengan sukarela
Dapat pahala

Bagaimana wanita kita
Dengan budaya barat jatuh cinta
Disebabkan jahil agama
Hanya tinggal nama
Dakwahkan mereka
Ajak mereka menonton
The Deen Show
Ajak mereka hadir di majlis ilmu
Nanti mereka akan tahu
Indahnya ajaran wahyu
Penyelamat sebenar orang-orang Melayu


HMS ABU BAKAR

Isnin, 19 Mei 2014

BIMBINGLAH PEMUDA KITA


“Jika kamu mahu melihat masa hadapan, lihatlah pemuda yang ada pada masa kini” ucapan termasyhur Amirul Mukmim, Saidina Umar Al-Khattab seorang pemimpin berpandang jauh.

Terbukti tegas dalam tindakan
Benar pada perkataan
Beramal ikut Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran.

Tahan ujian
Menghadapinya penuh kesabaran
Melayu hari ini berlainan
Mahu menguasai kekayaan
Mencintai kebendaan
Minat hiburan
Minat sukan
Muda-mudi berpeleseran

Macam ulat bulu panjat durian.
Seronok dulu susah kemudian
Budaya Barat jadi kegemaran.
Bebas pula dalam pergaulan
Mat Rempit menguasai jalan
Dadah pula jadi kegemaran
Ikut Barat cara pendidikan
Bahasa Inggeris jadi keutamaan
Kroni-kroni diberi keutamaan

Jika ini berterusan
Menanti saja kesusahan
Dalam kubur menanti soalan
Ramai yang menyesal
Di dunia tidak beramal
Di dunia berseronok saja
Lupa Allah dipuja
Lupa di akhirat menanti seksa.
Ulama akhirat terus berjasa
Menyebarkan ajaran agama

Dalam jemaah bersama-sama
Ajak pemuda ikut sama
Bersama solat berjemaah
Nescaya solat ummah
Pemimpinnya pula beramanah
Barulah rakyat hidup bermaruah


HMS ABU BAKAR


Ahad, 18 Mei 2014

DI LUAR KOTAK ROKOK


Bilaku lihat di luar kotak rokok
Ada tertulis
“Rokok Penyebab Kanser Mulut”
Atau dalam Bahasa Inggeris
“Cigarette Causes Mouth Cancer”
Gambar kanser mulut
Ada dipaparkan di depan kotak rokok
Mata hanya pandang
Nafsu kata hisap dulu
Bila umur meningkat sakit datang bertalu-talu
Inilah dikatakan orang  Melayu
‘Ulat bulu panjat durian,
Sedap dulu sakit kemudian’
Yang penting kehendak nafsu ditunaikan
Yang penting
“Live Today,
Forget Tomorrow”
Hidup ini hari
Lupakan esok
Inilah slogan orang merokok
Kasihan bila kita tengok
Sambil menghisap terbatuk-batuk
Raja deman raja lekok
Raja kelawar raja spade
Berhentilah dari menghisap rokok

Dalam kubur mayat  tersepit



HMS ABU BAKAR

Sabtu, 17 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU I & F


Selamat Pengantin Baru Nurul Iman dan Mohammed Feirdhauz
Semoga hidup berkeluarga terurus
Semangat reformasi juga diteruskan dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan terasnya Al-Quran
Sunnah Nabi jadi rujukan
Nikmat perkahwinan juga dirasakan
Dengan mengucapkan “Bismillah” di mulakan
Diakhiri dengan Alhamdulillah
Baru gerombolan asobiyah kalah
Baru dasar Negara berubah
Dengan kebajikan rakyat diutamakan
Dengan harga barang-barang dikurangkan
Dengan perpaduan kaum diutamakan

17 Mei 2014 kenduri di adakan di rumah Dato Sri Anwar Ibrahim dan Datin Sri Dr. Wan Azizah di Bukit Segambut Di Segambut Dalam di Kuala Lumpur.




Rabu, 14 Mei 2014

SEHEBAT-HEBAT JIHAD


"Jihad yang paling utama adalah (mengucapkan) kata-kata benar di sisi pemerintah yang zalim".

Diamalkan oleh orang-orang alim dari kalangan orang-orang muslim sentiasa ingat akur janji sewaktu solat lima waktu sehari semalam.Yakin gerombolan asobiyah akan tenggelam.

Berusaha sianga dan malam mencari rezeki yang halal.Hukum hudud ramai yang menyoal sedang dilaksana di Brunei. Sultannya seorang yang berani walaupun barat membenci. Prejudis mereka terlalu tinggi. Di akhirat pasti rugi. Perasuah di atas sekali. Penzalim menderita teruk. Di dunia mereka menyalahguna kuasa. Menipu rakyat kerja mereka. Lupa menanti seksa Neraka. Oleh itu kita kena lawan mereka. Dengan istiqamah pada yang benar.

Hukum Hudud itu benar dari Allah pencipca sekalian alam. Sesuai bagi kebajikan manusia kecuali pencuri, kecuali perompak, kecuali peminum arak. Syaitan terus bersorak: Dari Hollywood maksiat merebak. Dari Bollywood maksiat merebak.

Hati Ulama akhirat sebak: Melihat budaya rasuah meningkat. Gejala sosial meningkat. Semacam agen-agen syaitan berpakat.

Dakwah Islam perlu disekat dengan membawa budaya Barat "Hidup hari ini, lupa hari esok". Atau kata seorang Melayu " Ulat bulu panjat durian,Sedap dulu susuh kemudian". Perlu ada usaha pencegahan, GST tentu membawa kesusahan.

Perlu dituturkan. Inilah keberanian. Inilah sehebat-hebat jihad. Menentang kezaliman dengan iman dan istiqamah.


Rejab1435/Mei2014


Selasa, 13 Mei 2014

DIABETES : PEMBUNUH SENYAP


Diabetes atau kencing manis suatu penyakit yang mudah dijangkiti. Boleh membawa mati. Oleh itu kenalah berhati-hati. Minuman manis dikurangkan.

Mengikut kajian pihak berwajib mengenai kesihatan semuda lingkungan umur lapan belas tahun dah ada menghidapi diabetes. Meningkat umur enam puluhan paling ramai pengidap kencing manis.

Menyedari bahaya Diabetes atau kencing manis, eloklah bersikap berjaga-jaga.Memakan benda-benda yang kurang kandungan gula. Kurangkan makan nasi, gantikan dengan makan roti, roti nan, roti capati. Lazimkan bersenam setiap hari. Elok juga berjalan kaki sambil berjalan sambil berzikir. Elok juga jika berfikir.Menanti saja serangan jantung.Menanti juga strok.

Dilaporkan juga 1000 orang rakyat Malaysia penghidap Diabetes dipotong kaki setiap tahun. Oleh itu kepada Allah SWT terus memohon disihatkan badan dengannya mudah beribadat. Boleh hadir ke majlis ilmu. Boleh dengar ceramah. Barulah dapat jiwa mut'mainah.

Berkat dipimpin manusia beramanah. Bersedia masuk tanah dengan iman dan istiqamah. Dengan berdoa kepada Allah supaya penyakit kencing manis di jauhkan daripada diri dan keluarga kita.

Ya! Allah sihatkan badan kami
Ya! Allah kurniakan iman yang mantap
Ya! Allah selamatkan kami di akhirat nanti.
Amin..Amin..



Rejab1435/Mei2014

Isnin, 12 Mei 2014

MENERIMA RASUAH


Nabi s.a.w bersabda
Maksud dalam bahasa kita
Pemberi rasuah ke Neraka
Penerima rasuah ke Neraka
Tempat paling celaka
Ini bukan yang direka-reka
Tapi
Datang dari Pesuruh Allah
Dari Rasulullah s.a.w
Diyakini yang betul-betul ikut agama Islam
Yang bersolat malam
Yang berteraskan ilmu kalam
Dengan Globalisasi semuanya tenggelam
Dengan Internet ramai yang tenggelam
Dengan kos hidup yang terus meningkat
Dengan nilai wang yang rendah
Jalan mudah
Ialah rasuah
Di peringkat bawah
Mungkin di peringkat pemerintah
Bila umarak rasuah
Ulama dunia terikut juga
Tertutuplah jalan ke syurga
Bila rasuah berleluasa
Bila dilakukan oleh pihak berkuasa
Berlakulah
"Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada
di dalam kerugian”



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014


Jumaat, 9 Mei 2014

LAYARILAH "THE DEEN SHOW"


"Zikir yang paling utama adalah
Laa ilaaha illallah dan doa yang paling utama
adalah Alhamdulillah"

Mengingati Allah itulah zikir
Membuatnya dapat pahala
Membuat kuat jiwa
Memudahkan kerja
Selesai kerja ucapkanlah
Alhamdulillah
Bermakna
Segala puji bagi Allah
Boleh menyelesaikan banyak masalah
Kerja guru di sekolah
Kerja petani di sawah
Kerja nelayan di laut
Dengan Allah hati terpaut
Bila selalu disebut
Inilah zikir namanya
Darinya datang cahaya
Yvonne Ridley dah percaya
Seorang wartawan Inggeris pun percaya
Loren Booth juga wanita Inggeris
Abang iparnya Tony Blair
Mantan PM British
Doakannya menukar agama
Hadiahkan kepadanya
Buku-buku agama
Boleh juga layari YouTube
"The Deen Show"
Menceritakan orang-orang masyhur memeluk Islam
Contoh terbaik James
Berumur 85 tahun
Rakyat Amerika
Terlepas neraka
Kena percaya
Sesiapa yang mengucap
"Laa ilaaha ilallah"
Tiada tuhan melainkan Allah
Nicole jurugambar terkenal
Aminah Assilmi
Jesima Goldsmith
Pamela Taylor
Essabela Sana Al-Sayegh
Sarah Joseph
Sharmila Tagore
Bintang Filem Bollywood
Itulah beberapa contoh
Wanita-wanita yang
Memeluk Islam
Mari kita ucapkan
"Alhamdulillah"
Segala puji bagi Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014


Khamis, 8 Mei 2014

BULAN REJAB 1435 HIJRAH


Bila tiba bulan Rejab tahun 1435 Hijrah
Bulan ketujuh tahun Islam
Disuruh berdoa supaya umur sampai
Ke bulan Ramadhan
Berdoa untuk kebaikan Rejab,
Syaaban dan Ramadhan
Dengan membanyakkan puasa sunat
Dengan membetulkan niat
Mahu mendaulatkan syariat
Melalui membanyakkan majlis ilmu
Termasuk kuliah dhuha
Melibatkan pesara-pesara
Memanfaatkan umur yang ada
Dengan menguatkan iman
Dengan membanyakkan amalan
Tentulah amalan soleh
Tentulah melalui dakwah
Membawa banyak faedah
Betulkanlah kaedah-kaedah
Memudahkan fahaman agama
Perlu eratkan kerjasama
Ingat kehidupan di dunia tak lama
Carilah sebanyak-banyak pahala
Tutuplah kepala
Bertudung
Berserban
Berkorban
Berkorbankan wang
Dengan menginfakkan wang
Kesan daripada sembahyang
Sembahyang pula berjemaah
Imamnya pula beramanah
Tujuannya mencari keredhaan Allah
Dilakukan pula di bulan Rejab
Bulan "warm up" untuk Ramadhan
"Memanaskan badan" kata ahli sukan
Lakukanlah wahai rakan-rakan kuliah dhuha
Lakukanlah semoga kita
Dirahmati Allah
Dengan iman dan istiqamah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014




Rabu, 7 Mei 2014

BERKAT BACA BISMILLAH


Ambil pen dengan membaca Bismillah
Ambil kertas dengan menyebut Bismillah
Bismillah bererti Dengan Nama Allah
Mula menulis dengan Bismillah
"In The Name Of Allah"
Sambil berfikir sebut Bismillah
Dengan Nama Allah
In The Name Of Allah
Luasnya kuasa Allah
Hebatnya Allah
Semua makhluk ciptaan Allah
Ambil wuduk dari kolah
Lepas itu terus solat
Sentiasalah sebut nama Allah
Elok jika dihadapkan ke kiblat
Kiblat kita ialah Kaabah
Rakyat sekarang hendak berubah
GST bererti cukai bertambah
Mari tentang dengan Bismillah
Mari bersatu dengan Bismillah
Nescaya parti asobiyah kalah
Inilah berkat berkata Bismillah
Inilah kebaikan menyebut Bismillah
Cubalah...cubalah
Nanti berkatnya terserlah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014



Selasa, 6 Mei 2014

SELAMAT HARIJADI PAK AZIZ

Tuan Hj Abdul Aziz bin Lat

Hari Sabtu
3 Mei 2014
Genaplah umur
Tuan Haji Abdul Aziz bin Lat, 76 tahun
Dari Allah kita memohon
Supaya badan Pak Aziz sihat
Supaya fahaman agamanya meningkat
Perlu ingat
Dia jadi Pengerusi Surau Al-Mutaqin
Taman Sri Desa
Membuka surau juga tugasnya
Dia jadi tukang azan waktu maghrib
Menutup surau juga dilakukannya setiap malam
Semuaini mendatangkan pahala
Dia suka hadir di majlis ilmu
Belajar agama tidak jemu-jemu
Isterinya juga begitu
Dalam keja-kerja kebajikan mereka bersatu
Semoga amal ibadat tetap bermutu
Harap juga Pak Aziz terus
Sihat walfiat
Semoga terus berjihad
Inilah harapan dari
Rakan-rakan Kuliah Dhuha
Masjid Panglima Kinta
Di akhirat pula bersukacita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014


Isnin, 5 Mei 2014

TERIMA KASIH SAID NURSI


"Setiap pemimpin seharusnya
punya seorang penasihat agama"
Mari kita teliti nasihat ini
Sikap kita pula mesti berani
Berani berkata benar
Dalam setiap keadaan
Paksinya ilmu pengetahuan
Dibantu kuat oleh iman
Ulama akhirat jadikan teman
Contoh terbaik
Badiuzzaman Said Nursi
Ulama Turki
Hobinya berjalan kaki
Tujuannya belajar agama
Dari kecil itulah cita-citanya
Seorang diri sanggup mengembara
Meredah hutan belantara
Berjalan seorang diri
Berzikir sebagai pelengkap diri
Syukur di atas apa yang dimiliki
Sambil berjalan sentiasa berfikir
Dengan 3 modul ini
Zikir,
Syukur dan Fikir
Said Nursi bergerak dari satu tempat
Ke satu tempat
Dibantu murid-murid yang taat
Said Nursi kuat ibadat
Yakin apa yang dibuat
Mahu mendaulatkan syariat
Menyebarkan Risalah An-Nur
Memberi kesedaran kepada rakyat Turki
Yang disumbatkan fahaman
Sekularisme Kamal Ataturk
Boneka barat yang terkutuk
Budaya barat diguna pakai di seluruh Turki
Dirobekkan Risalah An-Nur
Ide bernas dari Badiuzzaman Said Nursi
Ulama bervisi
Ulama berdedikasi
Selepas 80 tahun Islam kembali diamalkan di Turki
Terima kasih Said Nursi
Terima kasih murid-murid Said Nursi
Terima kasih peminat-peminat Said Nursi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014


Jumaat, 2 Mei 2014

PERANAN RISALAH AN-NUR


Risalah An-Nur
Hasil pemikiran tajam Badiuzzaman Said Nursi
Bervisi
Penuh isi
Satu tafsiran Al-Quran yang
Disusun melebihi 130 tajuk
Menambah keyakinan bila selalu dirujuk
Banduan-banduan di penjara di Turki terpujuk
Mula belajar solat
Akhirnya taat
Menjadi pengikut setia Said Nursi
Penjara-penjara tersebut jadi aman
Disebabkan banduan-banduannya dapat iman
Dengan Said Nursi berkawan
Hati-hati banduan tertawan
Kesan membaca Risalah An-Nur
Gelisah puak sekularisme Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Sentiasa dikutuk
Dikutuk orang-orang beriman
Dari Risalah An-Nur
Memfokuskan persoalan-persoalan berkaitan keimanan
Serta menolak dan mematahkan
Tuduhan liar musuh-musuh
Islam terhadap Al-Quran
Dan ajaran Islam, dengan
Mengemukakan hujah-hujah
Yang logik dan mantap
Said Nursi ulama yang boleh diharap
Menggunakan peluang semasa dibuang daerah
Menulis Risalah An-Nur
Walaupun diawasi dengan ketat
Risalah An-Nur berjaya dihasilkan
Berjaya juga disebarkan secara rahsia
Disebarkan ke kota-kota dan desa-desa
Jelas Allah Maha Berkuasa
Di akhirat Mustafa Kamal Ataturk terus diseksa
Baru padan muka
Menanti saja neraka
Said Nursi belainan pula
Semua kerja mendatangkan pahala
Murid-muridnya begitu juga
Menanti-nanti nikmat syurga
Bila hari kiamat tiba
Tugas kita hanya bekerja
Bekerja dan berusaha
Berdoa dan berselawat
Selagi ada nyawa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1435/Mei2014



Khamis, 1 Mei 2014

MALANG NASIB KAMAL ATATURK

Mustapha Kamal Atatturk

"Sesungguhnya agama adalah
sinaran bagi hati, sedangkan
ilmu-ilmu moden adalah cahaya bagi akal"
Allah cipta manusia
Ada hati
Ada akal
Tanpa iman manusia jadi nakal
Mustapha Kamal Ataturk memang nakal
Dengan sokongan Zionis Yahudi
Ataturk menghapuskan
Daulah Uthmaniah di Turki
Diganti dengan dasar Anti Islam
Inilah sekularisme
Memisahkan agama dengan
Kehidupan duniawi
Budaya Islam digantikan dengan Budaya Barat
Serban digantikan dengan topi
Azan dalam bahasa Turki
Purdah digantikan dengan skirt
Tulisan Arab diganti dengan tulisan Turki
Dari tahun 1924 hingga
memakan masa selama
80 tahun
Sekularisme Ataturk bermaharajalelaUsaha tak berpahala
Mendapat pula dosa
Dalam akhirat menerima seksa
Nasib Mustapha Kamal Ataturk hanya celaka
Menanti saja neraka
Said Nu5rsi pila ke syurga
Berpuluh-puluh tahun mengembangkan agama
Dari murid-murid dapat kerjasama
Menulis Risalah An-Nur
Kekuatannya
Darinya rakyat dapat cahaya
Dalam penjara
Banduan-banduan diajar agama
Diajak mereka solat
Suasana di penjara bertukar serta merta
Nama Said Nursi disebut di sana sini
Rakyat jadi berani
Menentang kerajaan zalim dengan agama
Dengan agama hati jadi bersinar
Dengan ilmu-ilmu membawa cahaya kepada akal
Said Nursi kuat tawakkal
Murid-muridnya juga bertawakal
Menggunakan Risalah An-Nur sebagai modal
Sedikit-demi sedikit menjadi luntur
Islam terus bertapak di Turki
Disambung generasi hari ini
Maju juga ekonomi
Asasnya ditanam oleh Badiuzzaman Said Nursi
Ulama Ahli Sunni
Yang berani



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.bom
Rejan1435/ Mei2014