“Jika kamu
mahu melihat masa hadapan, lihatlah pemuda yang ada pada masa kini” ucapan
termasyhur Amirul Mukmim, Saidina Umar Al-Khattab seorang pemimpin berpandang
jauh.
Terbukti tegas dalam tindakan
Benar pada perkataan
Beramal ikut Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran.
Tahan ujian
Menghadapinya penuh kesabaran
Melayu hari ini berlainan
Mahu menguasai kekayaan
Mencintai kebendaan
Minat hiburan
Minat sukan
Muda-mudi berpeleseran
Macam ulat bulu panjat durian.
Seronok dulu susah kemudian
Budaya Barat jadi kegemaran.
Bebas pula dalam pergaulan
Mat Rempit menguasai jalan
Dadah pula jadi kegemaran
Ikut Barat cara pendidikan
Bahasa Inggeris jadi keutamaan
Kroni-kroni diberi keutamaan
Jika ini berterusan
Menanti saja kesusahan
Dalam kubur menanti soalan
Ramai yang menyesal
Di dunia tidak beramal
Di dunia berseronok saja
Lupa Allah dipuja
Lupa di akhirat menanti seksa.
Ulama akhirat terus berjasa
Menyebarkan ajaran agama
Dalam jemaah bersama-sama
Ajak pemuda ikut sama
Bersama solat berjemaah
Nescaya solat ummah
Pemimpinnya pula beramanah
Barulah rakyat hidup bermaruah
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan