Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA TAPI TAKUT TUHAN


31 Ogos
Merdeka daripada penjajah Inggeris
Sekarang dijajah oleh gerombolan keris
Bahasa Melayu terhakis
Mengandung ramai anak gadis
Daripada golongan ketuanan Melayu
Daripada dasar asobiyah
Pimpinan hidup mewah
Tentu daripada rasuah
Daripada dasar pecah amanah
Negara pasti punah
Daripada puasa Ramadhan rakyat mahu berubah
Daripada peringkat puasa awam ke peringkat puasa khusus
Ada nilai taqwa
Ada nilai perjuangan
Menegakkan yang makruf
Mencegah yang mungkar
Di Badar tersungkur yang mungkar
Di tangan tentera muslim
Yang berpuasa
Hari ini kita berpuasa
Hari ke 21 Ramadhan
Hari menunjukkan ketahanan
Melayu, Cina, India berkawan
Disertai Iban dan Kadazan
Mahu perubahan
Mahu keadilan
Menjadi cita-cita pakatan rakyat
Putrajaya sudah dekat
Institusi awam jangan khianat
Ingat perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Parti yang berkuasa ialah Tuan
PDRM mesti profesional
SPR mesti profesional
PTD mesti profesional
ATM mesti profesional
Bila ulama dan umarak tetap profesional
Baru pendapatan anda halal
Inilah hasrat kemerdekaan
Merdeka tapi takut Tuhan


HMS Abu Bakar
Ogos2010

MERDEKA

I

Merdeka
dari ekonomi kronisme
Dari penyelewengan kuasa
Dari rasuah
Dari politik wang
Dari politik perkauman
Dari media mengongkong

II

Merdeka
Berucap
Berpersatuan
Berhimpun secara aman

III

Merdeka
Badan Perundangan Tertinggi
Badan Kehakiman
Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam

IV

Merdeka
Melaksanakan akujanji
'Sesungguhnya solatku, ibadatku
hidupku dan matiku adalah untuk
Allah, Tuhan alam semesta alam'


HMS Abu Bakar

Isnin, 30 Ogos 2010

LAILATUL QADAR


I

The night of Power
From All-Mighty Allah
The creator of the whole universe
The creator of mankind
The creator of Heaven and Hell
The creator of Good and Bad
The good will be in Paradise
The wicked will be in Hell

II

The experiences of Lailatul Qadar
Is the greatest achievement of the human race
The Gold medal of all competitions
The real victor
The real follower of
Prophet Muhammad


HMS Abu Bakar

Ahad, 29 Ogos 2010

LUAR LAIN DALAM LAIN



Peraturan baru
Bagi masjid-masjid
Tujuannya menyempit
Supaya dakwah disekat
Supaya menyekat pengajian agama
Dulu bersama-sama
Berkhutbah dah lama
Dengan suasana baru
Dengan pentadbiran baru
Berlaku perubahan
Dapat jawatan
Dengan izin Tuhan
Lupa kawan
Lupa pertolongan rakan-rakan
Bila berlaku rompakan
Jelas tembelangnya kelihatan
Kedengaran kata - kata
Dari mulutnya
Dalam masjid jangan berpolitik
Dalam masjid mengaji saja
Kedua dua parti sama sahaja
Kena jaga suasana
Suasana Muhibbah
Yang rasuah biarlah rasuah
Yang pecah amanah biarlah pecah amanah
Yang merompak biarlah merompak
Yang haprak biarlah haprak
Biar negeri Perak rosak
Biar berterusan perompak
Asal aku dapat hak
Hak yang menyekat hak
Jenis ini rupanya banyak
Seperti ular dalam semak


HMS Abu Bakar
Mei2009

Sabtu, 28 Ogos 2010

PIMPINAN YANG DIHARAPKAN

Pimpinan yang diharapkan

Dari puasa Ramadhan
Lahir jiwa-jiwa merdeka
Bebas daripada perkauman sempit
Bebas daripada politik wang
Mahu terus berjuang
Membantu rakyat yang malang
Kesan naik harga barang-barang
Kesan pimpinan kaki temberang
Lahir ramai anak gampang
Luar nikah kata orang sekarang
Puisi terus dikarang
Menyerang
Manusia yang curang
Dengan sembahyang
Dengan Allah dan Rasul kita sayang
Sesama insan kita sayang
Rakyat miskin kita sayang
Politik baru jelas terbayang
Pastikan kita menang
Dengan pimpinan berjiwa tenang


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Jumaat, 27 Ogos 2010

PANTUN JASA NABI


Buah rambai dalam peti
Lazat cita pada rasanya
Puasa Ramadhan mendidik hati
Dapat taqwa tanda berjaya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Menegakkan syariat bukanlah berat
Dengan jihad syurga dibeli

Burung serindik terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bulan Ramadhan banyakkanlah sembahyang
Dengan zikir kuatlah hati

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Bila harga barang naik
Pemerintahnya elok kita buang

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari seberang
Bila terima syarikat Yahudi
Keselamatan negara tentu goyang

Cuaca panas helang berlegar
Ayam terkurung di dalam reban
Bila banyak miskin tegar
Penyebabnya elok kita humban

Jeruk manis dimakan budak
Manis sekali kulit bijinya
Parti perkauman rakyat tak nak
Boleh tolak di masa pilihanraya

Makan sirih berpinang tidak
Pinang ada di bawah tangga
Bila syariat tidak hendak
Tutuplah jalan menuju syurga

Pisang emas bawa ke Bentan
Masak sebiji di atas panggung
Di bulan Ramadhan di penjara syaitan
Dosa pengkianat tetap ditanggung

Tanam lenggundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Jasa Nabi kita tak lupa
Berjihadlah dengan sepenuh hati


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Khamis, 26 Ogos 2010

NUZUL QURAN


Malam 17 Ramadhan
Turunnya Al-Quran
Berupa panduan
Berupa pedoman
Berupa pelajaran
Berupa peringatan
Bahaya syaitan
Budaya syaitan
Fikir hanya makan
Fikir hanya hiburan
Fikir hanya keseronokan
Manusia yang hanya dalam perjalanan
Majoriti kerugian
Ada pengecualian
Beriman kepada Al-Quran
Beriman kepada Hadith
Beramal soleh
Berwasiat di atas kebenaran
Islam itu benar
Berwasiat di atas kesabaran
Sabar di atas ujian kehidupan
Ujian
Bila hilang tampok pemerintahan
Bila hilang punca wang
Cara mudah dapat
Cara kronisma
Cara pecah amanah
Cara penyalahguna kuasa
Bila sabar
Dengar tazkirah Ramadhan
Timbul kesedaran
Kita semua menumpang
Menumpang di bumi Allah
Menumpang hanya sementara
Di mana Francis Light?
Di mana Stamford Raffles?
Di mana W.W.W Birch?

II

Bila kita sedar
Melalui tazkirah
Selepas solat sunat terawih
Hati mula terasa bersih
Mahu berkawan dengan orang taqwa
Bila ada taqwa
Baru hilang sifat perkauman
Yang penting hanya iman
Baru berbaik sesama insan
Baik bagi warga Persekutuan
Melayu, Cina, India
Iban dan Kadazan
Cuba fikir-fikirkan


HMS Abu Bakar
16 Ramadhan

Rabu, 25 Ogos 2010

PANTUN POLITIK BARU



Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Dengan Islam kita bersatu
Nikmat akhirat pasti lama

Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Dalam jemaah menabur budi
Baru mudah jalan ke Putrajaya

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Jemaah kita boleh menang
Bila taqwa diambil kira

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Dengan ilmu amalan disuluh
Baru kenal taktik penjahat

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Dengan zikirullah hati bersih
Mudah sokong pimpinan beriman

Anak negeri mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Politik baru mari cuba
Kemudahan Putrajaya sedang menanti


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Selasa, 24 Ogos 2010

PANTUN HAK DAN BATIL

Anak nelayan main gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Elok berzikir daripada bersembang
Baru isi Quran dihayati

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Wajah penzalim janganlah pandang
Di akhirat pasti dalam bahaya

Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang dalam sawah
Negara kita perlu diselamatkan
Daripada bencana budaya rasuah

Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi di tengah laut
Dengan iman negara diurus
Baru hati pelabur terpaut

Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Menyokong Islam tidaklah rugi
Pahala dapat bila bekerja

Buah pauh dari permatang
Dibawa dengan putik kelubi
Pemerintah zalim kita tentang
Dengan mengikut Sunnah Nabi

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Orang sekular bencikan Islam
Khazanah Negara berani dicuri

Buah Tembikai tumbuh di tanah
Masak sebiji isinya merah
Selamatkan negara daripada musnah
Undi pemimpin yang bermaruah

Burung merpati terbangnya rendah
Hinggap seekor di tengah taman
Sokong ulama banyak faedah
Penyelamat umat di akhir zaman

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Mati syahid bukanlah malang
Ikut saja yang Allah perintah

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan dalam peti
Kalau ulama yang memerintah
Kehidupan rakyat pasti berkualiti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita sama-sama mandi
Kalau maksiat sahaja dipandang
Puasa anda direstui Yahudi

Lembu baru kereta baru
Baru sekali masuk Melaka
Pimpinan Nabi elok ditiru
Di akhirat terlepas azab neraka

Malam ini membakar jagung
Malam esok merendang udang
Hak dan Batil mesti bertembung
Pemerintah zalim pasti kecundang


HMS ABU BAKAR
Ogos2010

Isnin, 23 Ogos 2010

MATLAMAT


Semua manusia
Ada matlamat
Mahu selamat
Daripada orang-orang jahat
Daripada pemerintah jahat
Namrud
Firaun
Rakyat Mesir gerun
Polis perisik Firaun macam penyamun
Demonstrasi aman mereka turun
Hak rakyat marhaen disamun
Warga Mongolia mati terpegun
Ditembak jarak dekat
Dibom dengan bom C-4
Daripada DNA dapat maklumat
Kerja khianat
Diketahui malaikat
Siapa yang buat
Amarah yang amat sangat
Komisen sudah pun dapat
Dosa pun dapat
Diadili di alam akhirat
Orang jahat
Lupakan jerat
Cara menghalalkan matlamat
Micsiavelli ada muslihat
Dia mahu rakyat melarat
Dia mahu kekal pemimpin keparat
Ini hasrat dunia barat
Wujudkan konflik di Timur Tengah
Wujudkan Israel
Diusir keluar rakyat Palestin
Rakyat hidup bermasalah
Yang berkuasa hidup mewah
Pimpinan rasuah
Pimpinan pecah amanah
Biar rakyat kekal susah
Ini juga matlamat teori Darwin
Yang kuat perlu hidup
Yang lemah perlu diperas
Yang lemah perlu kekal di takuk lama
Bila reformasi menjelma
Tersisih budaya lama
"Tipu dan songlap"
Masa depan terus malap
Di tangan P.R. rakyat berharap
Berlaku perubahan
Masyarakat majmuk berpakat
Berkonsepkan 3 B
Berubah
Berpakat
Berkat
Ada hanya pada P.R.
Suara rakyat suara keramat
Mahu Malaysia selamat
Inilah matlamat


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Ahad, 22 Ogos 2010

PANTUN DUA BARIS


Buah cempedak buah nangka
Sokong perasuah di akhirat celaka

Buah betik buah nenas
Hilang kuasa hati panas

Buah duku buah langsat
Tolak Islam di akhirat bangsat

Buah manggis buah rambai
Ketua munafik Abdullah Ubai

Buah nenas buah tembikai
Janji munafik tak boleh pakai

Buah kelapa buah peria
Orang mukmin di akhirat ceria


HMS Abu Bakar
Okt2009

PANTUN DUA KERAT

Ikan sepat ikan puyu
Cerdik bila ikut wahyu

Ikan keli ikan haruan
Cerdik bila ikut Al-Quran

Dalam sawah ada belut
Orang rasuah adalah pembelot

Dalam sawah tanam padi
Orang cerdik suka berbudi

Tanam ubi tanam pisang
Orang beriman Allah sayang


HMS Abu Bakar
Okt2007

Sabtu, 21 Ogos 2010

BERDAMAI


I

Sesama makhluk
Berdamai itu elok

II

Sesama umat
Berdamai itu berkat
Berdamai itu bermanfaat

III

Sesama sebangsa
Berdamai itu mulia

IV

Sesama manusia
Berdamai itu berharga
Tanda hati mulia

V

Sesama adik beradik
Berdamai itu tindakan cerdik

VI

Sesama berusia
Sesama meningkat usia
Bermaaf-maaflah kita
Bersihkanlah hati kita
Tingkatkan iman kita
Banyakkan amalan kita
Baru bererti hidup kita

VII

Berdamailah
Nescaya kurang masalah
Beribadatlah
Nescaya kurang masalah
Bermaaf-maafanlah
Sesama hamba Allah


HMS Abu Bakar
Jan2007

REMAJA BERBAKAT


Hari Sabtu malam Ahad
Sebelas hari berpuasa
Sihat jasad
Siang hari terasa penat
Sentiasa bersemangat
Sedia menerima
Hukum-hukum syariat
Yang minda sihat
Yang roh kuat
Yang wajib buat
Yang sunat buat
Yang haram dan makruh
Jangan dekat
Harga rokok meningkat
Meninggalkan tanda orang taat
"Kami dengar
Kami taat"
Akujanji keramat
Sumpah remaja berbakat
Di utara
Di selatan
Di timur dan di barat
Berbuka puasa terasa nikmat
Puasa khusus susah dapat
Tanamkan hajat
Ukhuwwah diperkuat
Puisi hanya alat
Isinya mengandungi  maklumat
Diterima yang cintakan akhirat
Diterima yang jiwa sihat
Diterima yang jujur bersahabat
Allah Maha Pengubat
Tugas kita buat
Ikut kehendak syariat
Selagi ada hayat


HMS Abu Bakar

Jumaat, 20 Ogos 2010

SABARLAH RAKYAT PERAK

I

Rakyat Perak Darul Ridzuan
Minta tolong kepada Tuhan
Melalui doa
Melalui doa berterusan
Melalui bacaan
Al-Quran
Lupakan keputusan Mahkamah Rayuan
Lipat gandakan amalan
Laksanakan akujanji
Dalam Solat
Semasa doa iftitaf
'sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan
semesta alam'

II

Bila kita solat
Kita terus berhubung dengan Allah
Boleh selesai masalah
Minta perkuatkan iman
Minta perkuatkan perpaduan
Minta hancurkan kepura-puraan
Minta ceraikan puak perkauman

III

Bila betul aqidah
Segala ibadat kita berfaedah
Nescaya isteri aurat tak terdedah
Pengamal Islam Hadhari ambil tak endah
Sana sini aurat terdedah
Keburukkan PPSMI kita dedah


IV

Hidup kita hanya 24 jam
Sehari semalam
Jangkaan umur hanya 63 tahun
Ambil
Sempena umur Nabi kita
Pemimpin kita
Penyelamat kita
Dengan Al-Quran dan Sunnah
Baru rasuah musnah
Baru pimpinan beramanah
Baru adil Mahkamah

V

Oleh itu
Wahai Rakyat Perak marilah bersatu
Dengan semangat baru
Dengan kerjasama yang jitu
Dengan melaksanakan kerja-kerja kebajikan
Kebaikan untuk rakyat sekelian
Perkenankanlah oh! Tuhan
Negeri Perak sentiasa aman


HMS Abu Bakar
Mei2009

LUPA AKHIRAT

Melayu tipu Melayu
Dengan slogan
"Pertahankan Ketuanan Melayu"
Dengan merobekkan institusi Perundangan
Terutama
Di peringkat Negeri Perak
Dicabuli Perlembagaan Negeri
Dicabuli sistem pengasingan kuasa
Dari culikan
Tiga ADUN berpaling tadah
Tindakan tak bermaruah
Tentu tak ada rasuah
Tetap diketahui Allah
Puak sekular mencari projek
Mencari kepuasan keduniaan
Lupa hari kemudian
Budaya Melayu sekular
Lupa menipu berdosa
Lupa mati esok atau lusa
Lupa akhirat itu lama
Kekal menderita


HMS Abu Bakar
Mei2009


BUDAYA PEROMPAK


I

Manusia berbangsa-bangsa
Menuju jalan sehala
Memerlukan pahala
Mesti ikut Nabi kita
Pembawa rahmat kesekalian alam

II

Manusia ada nafsu
Menuju kejahatan
Berebut jawatan
Dengar nasihat syaitan
Berlaku lompatan
Berkecai Kerajaan Pakatan
Di Perak Darul Ridzuan
Dunia punya tarikan
Lupa semangat setiakawan
Kecoh dalam Dewan
Kehadiran Penjawat-penjawat Awam
Dibawa pistol ke dalam
Terancam
Doktrin pengasingsan kuasa
Bila berlaku rompakan kuasa
Bila keadaan
28:28
Patut undi tak percaya
Bukan pertukaran kerajaan
Bukan lantik MB baru
Huru haralah keadaan
Inilah jalan
Direstui syaitan
Diminati perompak moden


HMS Abu Bakar
Mei2009

Khamis, 19 Ogos 2010

PENGKHIANAT BANGSA


I

Bila lama berkuasa
Lupa bahasa jiwa bangsa
Lupa perkara 152
Perlembagaan Negara
Lupa dosa
Bila menyalahguna kuasa
Bila rompak kerajaan yang ada
Lupa rakyat Perak ada citarasa
Sedar peranan masa

II

Demi masa
Sesungguhnya manusia
Benar-benar berada dalam kerugian
Bila lupa Tuhan
Bila ikut suruhan syaitan
Bila ikut nafsu kebinatangan
Gejala sosial membimbangkan
Mat rempit bermaharajalela
Penagih dadah
Aurat terdedah
Zina
Anak luar nikah
Penerima rasuah
Pemimpin pecah amanah
Dosa bertambah-tambah
Perlu perubahan
Perlu ketaqwaan
Buat suruhan
Tinggal larangan
Contohi  Kelantan
Beramanah kepimpinan
Lihat Kedah Darul Aman
Beramanah Ustaz Azizan
Lihat Pulau Pinang
Lim Guan Eng yang pegang
Umar Abdul Aziz dia sayang
Kehebatan Khalifah jelas terbayang
Kesan sembahyang
Dengan Allah dan Rasul tetap sayang

II

Berbeza
Pengkhianat bangsa
Hidup didunia mahu selesa
Di akhirat menanti seksa
Balasan bagi pengkhianat bangsa



HMS Abu Bakar
Okt 2005


FIKIRAN BUNTU



Minda buntu
Ingat satu
Dirikan solat lima waktu
Berjemaah meningkat mutu
Dalam kubur baru tahu
Benarnya ajaran wahyu
Bersusah payah Nabi menyeru
Tiga belas tahun Mekah diburu
Oleh seteru-seteru
Israk Mikraj berlaku
Muhajirin dan Ansar bersatu
Bersatu teguh bercerai roh
Perbaharui Akujanji
Waktu solat Subuh
Kuat roh
Pemikiran buntu pun leboh


HMS Abu Bakar
Feb2006

Rabu, 18 Ogos 2010

PERLU HANYA SABAR




I

Sabar
Bila mendengar berita mendebarkan

II

Sabar
Bila kalah perbicaraan

III

Sabar
Bila hilang jawatan
Disambar helang

IV

Sabar
Dengan ujian
Semoga ditingkatkan iman
Semoga dikuatkan perpaduan
Dalam suasana kepelbagaian
Teruskan berlawan
Dengan semangat setiakawan
Di kalangan ulama
Di kalangan profesional
Gelagat perompak semua orang kenal


HMS Abu Bakar
Mei2009

AGENDA MELAYU


I

Ada tiga sasaran
Mahu ketiga-tiga
Berilmu pengetahuan
Beriman
Beramal soleh
Bermottokan "Malaysia Boleh"

II

Tiga sasaran
Perlu waras fikiran
Pandai baca Al-Quran
Baca juga tafsiran
Waras pemahaman
Fikir-fikiran
Hidup di Hari Kemudian

III

Tiga sasaran
Wujud rasa persaudaraan
Wujud rasa kasih sayang
Berjemaah bila sembahyang
Dermakan wang
Tanda orang berjuang
Allah kita sayang
Rasulullah kita sayang
Fakir miskin kita sayang
Anak-anak yatim kita sayang

IV

Tiga sasaran
Wujud setiakawan
Dalam setiap tindakan
Bersatu dalam satu ikatan
Menentang syaitan
Musuh yang nyata bagi kemanusiaan
Sejak Adam a.s
Hingga berlaku Kiamat
Kiamat kecil
Telah berlaku kepada:
Firaun
Qarun
Berlaku kepada:
Abu Lahab
Abu Jahal
Sekarang menyesal,menyesal,menyesal

V

Gunakanlah akal
Pemimpin Politik
Pegawai-pegawai Kerajaan
Peniaga Bumiputra
Suruhan Tuhan buat segera
Dosa kena ambil kira
Baru Melayu Glokal namanya
Baru Agenda Melayu
Menemui sasarannya
Sedar dunia hanya sementara
Kubur menanti dengan setia


HMS Abu Bakar
Okt2005

ILMU



Ilmu
Sumbernya wahyu
Al-Quran perlu dipelajari
Perlu dicari
Baru kenal diri
Bila muhasabah diri
Baru kenal kelemahan diri sendiri
Maha kuasa Ilahi
Buat suruhan
Jauhi larangan
Tanda iman
Banyakkan amalan
Berteraskan Al-Quran
Jalan menuju kejayaan



HMS Abu Bakar
Okt 2005

Selasa, 17 Ogos 2010

PEMBANGKANG

I

Dalam Sistem Demokrasi Berparlimen
Dibenarkan perbezaan
Pandangan
Pemikiran
Asalkan
Tidak keterlaluan
Tidak melakukan kezaliman
Tidak melakukan penindasan
Tidak menyalahguna kekuasaan
Tidak menipu dalam pemilihan
Tidak membolot kejayaan
Secara tipu daya
Jadi kaya raya
Rakyat terus menderita
Pemimpin kumpul harta
Bina rumah macam istana
Di sisi Islam pemimpin ini hina
Di sisi syariat pemimpin ini hina
Di sisi demokrasi pemimpin ini hina
Pemimpin ini tidak berguna
Pembangkang mesti ada
Mendedahkan penyelewengan
Mendedahkan penipuan
Mendedahkan keburukan pemimpin
Termasuk Ayah Pin
Yang jahil saja yakin
Yang otak kalkatu saja yakin

II

Tugas Pembangkang
Menerangkan
Melalui ucapan
Melalui tulisan
Melalui T.V tak ada kesempatan
Melalui media perdana
Tak ada kesempatan
Takut kerana kesalahan

III

Pembangkang
Berani kerana benar
Menentang yang mungkar
Direstui:Allahuakbar


HMS Abu Bakar
Apr2006


WAKE UP OH! BELIEVERS

I

Rise
The faithful soul
To benefit the coming Ramadhan
The fast during the day
To pray during the night
With friends
With relatives
To serve Al-Mighty Allah
The Lord of worlds

II

May the auspicious month
Bring peace and prosperity
To people who come to Allah's house
To seek knowledge
To seek slavation
Thorugh the training in the month of Ramadhan


HMS Abu Bakar

SENYUM SYAITAN BARAT


Sajak dikarang
Pantun dikarang
Dengan penuh kasih sayang
Wajah Nabi s.a.w terbayang
Di Mekah berjuang
Di Madinah dibenarkan perang
Di Badar kejayaan gemilang 
Tentera muslim menang                                         
Tiga ratus tiga belas
Tentera mukmin yang matang
Di padang pasir yang kering kontang
Malaikat-malaikat juga datang
Tentera kafir Quraisy lari lintang pukang
Lebih tiga kali ganda 
Tapi tak menang
Ternyata Allah beri umat Islam senjata terbilang
Itulah sembahyang
Diabaikan orang sekarang
Memilih pula wayang
Masa habis terbuang
Terkejut bila peribadi Nabi diserang
Akhbar-akhbar di Denmark
Bertindak curang
Berbentuk kartun peribadi
Nabi diserang
Orang mukmin naik berang
Orang Islam meradang
Islam liberal meradang
Bermodalkan perasaan
Ikut rusuhan
Membakar bangunan
Senyum saja syaitan
Manusia berjiwa syaitan
Manusia hilang panduan
Disebabkan kebendaan
Bertemakan;
"Wanita, Arak dan Hiburan"
Dengan kuasa, Iman ditenggelamkan



HMS Abu Bakar
Feb2006

 


                         

Isnin, 16 Ogos 2010

BANGUNLAH WAHAI UMAT

I

Bangun
Yang berjiwa Islam
Manfaatkan kedatangan Ramadhan
Berpuasa di siang hari
Solat di waktu malam
Dengan rakan-rakan
Dengan saudara mara
Berbakti kepada Allah
Pencipta sekelian alam

II

Semoga bulan Al-Mubarak ini
Membawa keamanan dan kemakmuran
Kepada pengunjung-pengunjung rumah Allah
Yang menuntut ilmu
Yang mencari kedamaian
Melalui tarbiyah Ramadhan

HMS Abu Bakar

AL - QURAN


I

Kalam Allah
Penyelesai segala masalah
Betul aqidah
Berpanjangan faedah

II

Turun kepada Nabi Muhammad
Dalam masa
Hampir 23 tahun
Beramal dengan tekun
Penzalim mesti turun
Lihat saja Firaun
Ditelan bumi Qarun

III

Mutawatir
Berdepan Nabi dengan Jibril
Malaikat bertaraf tinggi
Penentang Jibril rugi
Rugi
Dunia dan akhirat

IV

Mematuhi Al-Quran adalah wajib
Datang kekuatan ghaib
Di Badar ternyata benar
Abu Jahal mati berdarah
Senyum Rasulullah
Doanya dimakbulkan Allah

V

Membaca Al-Quran diberi pahala
Satu huruf
Sepuluh kebajikan
Boleh tahan
Jika baca seluruh Al-Quran
Munafik saja yang hairan
Melihat perubahan
Di atas diri
Rakyat di bawah Pakatan
Dapat
Berbagai kebaikan
Seperti ketua-ketua
Memimpin dengan sederhana
Dengan amanah

VI

Cerita Nabi-nabi dulu
Semua tahan ujian
Semua menjalankan tugas
Membawa manusia kepada tauhid
Ke jalan keserderhanaan

VII

Tuntutah dalam kehidupan
Solat
Ibadat
Dilakukan betul-betul
Untuk Allah
Untuk Islam
Baru mati dalam Islam
Baru bahagia di dalam kubur

VIII

Hukum di dalam kehidupan
Setuju Hudud dilaksanakan
Setuju Qisas dilaksanakan
Setuju takzir dilaksanakan
Baru aman
Kehidupan insan
Terangkan
Kepada Melayu, Cina, India dan Kadazan

IX

Akhirat tempat kembali
Dengan jihad syurga dibeli
Dengan puasa nafsu dikawal
Dengan iman
Dengan ilmu
Jadilah orang taqwa

X

Mempertahankan Al-Quran adalah syahid
Mengetahuinya dari Guru Mursyid
Asasnya Tauhid


HMS Abu Bakar
Sep2008

BERHENTI


I

Jangan fikir kemenangan Parti
Fikir juga Mati
Oleh itu bersihkan Hati
Nescaya menjauhi Korupsi
Rasuah lebih teruk dari Dadah
Aktres aurat terdedah
Manusia bernafsu amarah
Dapat faedah
Bila mengandung resah
Bila lahir bayi
Baru sedar perbuatan keji
Politik wang juga keji
Eloklah BERHENTI
Taubat nasuha
Sekarang juga
Terbuka jalan ke syurga

II

Jangan fikir kemenangan Parti
Fikir nasib bila hampir Mati
Harta banyak tak bererti
Pangkat besar tak bererti
Keris bogel tak bererti
Wawasan 2057 tak bererti
Munkar Nankir menanti
Dengan cemeti
Pukulan tak henti-henti
Meraung tak henti-henti

III

Oleh itu
Mari kita bersatu
Dengan azam baru
Yang makruf diseru
Kita sendiri buat dahulu
Yang mungkar dijauhi
Kita sendiri membencinya
Terbuka jalan ke syurga


HMS Abu Bakar
Apr2007

Ahad, 15 Ogos 2010

HARGA DIRI


I

Diri
Seorang diri
Menuju satu destinasi
Rugi yang korupsi
Rugi yang menyokong puak korupsi
Rugi bila tinggi kadar inflasi
Kurang tenaga pembeli
Harga petrol naik lagi
Harga gula naik lagi
Harga barang-barang lain
Ikut naik suka hati
Rakyat marhaen hampir mati
Kos kehidupan tinggi
Di sini
Berlaku ujian nilai
bagi mukmin sejati
Ikut perintah Ilahi
Ikut ajaran Nabi
Beramal soleh jadi hobi
Berdakwah melalui puisi
Boleh deklamasi
Menerobos ke dalam hati sanubari

II

Waktu pagi ayam berkokok
Menandakan hari nak siang
Elok berhenti hisap rokok
Jika nyawa anda sayang

III

Diri
Bernilai
Bila ikut Allah
Bila kasih sayang kepada
Ibu dan ayah
Mengingati jasa ibu ayah
Semasa senang semasa susah
Redha Allah berpandukan
Redha ibu dan ayah
Indah
Bila ikut Al-Quran dan As-Sunnah
Bila diri berubah
Bila diri berhijrah
Bila masyarakat berubah
Luputlah segala rasuah
Selamatkanlah ummah
Bersemaraklah
Ukhwah Islamiah


HMS Abu Bakar

Sabtu, 14 Ogos 2010

EMPAT SYARAT BAGI PEMIMPIN


I

Benar
Benar pada niat
Benar pada perkataan
Benar pada perbuatan
Baru pening kepala syaitan

II

Amanah
Menjaga bahasa ibunda juga amanah
Menghormati ibubapa juga amanah
Mencintai Allah
Mencintai Nabi Muhammad s.a.w
Kewajiban setiap islam
Solat wajib 5 kali sehari semalam

III

Tabliq
Terutama yang akil baligh
Menyampaikan ajaran tauhid
Dari guru-guru mursyid
Dari S.A.R belajar tajwid
Kuat berwirid

IV

Fatanah
Bahasa kita bererti bijaksana
Mentadbir negara
Perintah Allah buat segera
Dosa dan pahala kena ambil kira
Berlainan dengan kera
Kata Darwin asal manusia
Yang kuat buat apa saja
Tahan tanpa bicara
Menderita
Berdukacita
Seluruh keluarga

V

Ingat
Hidup ada matlamat
Beribadat
Tiangnya solat
Tanpa solat
Tergolong manusia "jahat"
Tercapai hasrat barat
Mahu rosak umat
Pemimpin berlaku kianat
Pemimpin berlaku curang
Pemimpin sentiasa diam
Pemimpin separuh cerdik

VI

Ingat
Kubur dekat
Nafas boleh tersumbat
Malaikat maut datang
Baru terperanjat
Nyawa akan tamat
Menyesal amat sangat
Tidak memiliki 4 syarat


HMS Abu Bakar
Apr2006

PERLU MERANCANG


Sajak dikarang
Pantun dikarang
Baca dengan minda yang tenang
Diterima hati yang tenang
Nafsu amarah saja meradang
Hasil tipu daya, jawatan disandang
Mudah mengumpulkan wang
Hidup mewah sekarang
Sampai masa nyawa melayang
Dalam kubur malaikat-malaikat datang
Mahu lari tak ada ruang
Celaka yang pandai temberang
Celaka yang cuai sembahyang
Celaka yang secara berpakat
Menaikan harga barang
Dengan inflasi jatuh nilai wang
Bagi yang sekular ada satu ruang
Beli nombor ekor harap-harap menang
Keputusan dalam media perdana
Boleh pandang
Yang berkuasa tak halang
Hak asasi kata orang sekarang
Siarkan gambar-gambar
Separuh telanjang
Paras dada jelas terpampang
Nafsu remaja teransang
Berlaku seks rambang
NEGARA BARAT yang rancang
Supaya iman umat goncang
Supaya manusia cuai sembahyang
Jemaah solat Subuh kurang
Hadir majlis ilmu kurang
Yang meningkat harga barang-barang
Tukar saja yang curang
Selamat negara tersayang


HMS Abu Bakar

PANTUN INGIN KE SYURGA

Anak merak bersarang di paya
Ayam katik di sawah padi
Membaca Quran dapat cahaya
Memberitahu kita kejahatan Yahudi

Ayam ditambat jurangan empat
Terbang lari waktu fajar
Ikut Sunnah pahala dapat
Kepada murid ilmu diajar

Baik baik menanam selasih
Jangan sampai jatuh ke tanah
Dengan berzikir hati bersih
Baru mudah ikut Sunnah

Berakit rakit ke hulu
Berenang renang ke tepian
Buat maksiat hendaklah malu
Baru meningkat tahap iman

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Keredhaan Allah kita cari
Baru di akhirat tidak papa

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Di dunia pahala dicari
Dalam kubur terang benderang

Halia ini tanam tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dengan ulama jadikan teman
Baru kehidupan kita berjaya

Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Bila keredhaan sudah dapat
Penzalim saja yang rugi

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bila kalah penzalim berang
Ini tanda muka tak malu

Minta daun diberi daun
Jatuh sehelai dalam telaga
Dari Allah kita memohon
Di akhirat dimasukkan ke syurga


HMS Abu Bakar
Mei2009

KAMPUNG SEBENAR


Balik kampung
Tanah mengepong
Tanah jadi lantai
Tanah jadi dinding
Tanah jadi bumbung
Buku dan ruas bertembung
Menyesal golongan pembohong
Janji manis melambung-lambung
Dalam manifesto janji terkandung
Harga barang-barang melambung
Rakyat jelata terus menanggung
Hingga jadi mayat diusung
Amal soleh kosong
Maksiat pula menggunung
Dalam kubur terus termenung
Alangkah baik jika jadi ikan kembong


HMS Abu Bakar
Feb2007

Jumaat, 13 Ogos 2010

DIGIGIT ULAT



Sabar
Bila ditimpa musibah
Bila menghadapi ujian
Bila depan cobaan
Inilah ketentuan
Dari Tuhan
Dari Allah swt
Baru dapat pahala
Baru Iblis ternganga
Bila syaitan termenung saja
Perlu hanya kerja
Membesarkan Allah
Mandaulatkan syariat
Pahalanya dapat
Meningkat darjat
Pening kepala penjahat
Tenang saja rakyat
Bila sana sini mengelat
Bila perkhidmatan-perkhidmatan diperalat
Yang berkecuali jadi alat ekesutif
Judikatif jadi alat ekesutif
Sistem Pengasingan kuasa
Jadi tonggang langgang
Kesan politik wang
Kesan pimpinan mata keranjang
Nyawa mudah melayang
Datang
Berjumpa tersayang
Peluru-peluru pistol yang datang
Bom kuasa hebat diletupkan
Warga dunia terkejut
Dalam internet dapat maklumat
Dari Allah menanti laknat
Bersedialah pengkhianat-pengkhianat
Bukti ada pada malaikat
Sampai masa pengkhianat pasti terperanjat
Seksaan teramat sangat
Apa nak buat
Taubat dah terlambat
Wang komisyen tak bermanfaat
Dalam kubur digigit ulat
Melarat
Di alam akhirat


HMS Abu Bakar
Mei2009

DENDAM WANITA MUDA


I
Mari dengar satu cerita
Tentang wanita
Dari sebuah negara
Di utara dunia
Dibunuh semasa muda
Ditembak di kepala
Bila masih bergerak
Ditembak kali kedua
Bila terbaca
Sedih hati kita
Melihat mayat terkecai
Dibom dengan sengaja
Ingin bertanya
Siapa punya kerja?
Arahan siapa?
Berapa upahnya?

II
Tentu
Kerja orang jahat
Tentu
Orang berpangkat
Tentu
Upahnya lumayan
Rupa-rupanya
Tali gantung
Ini keputusan mahkamah
Yang tentulah
Bebas daripada rasuah
Hakimnya beramanah
Sedar
Setiap tiga hakim dua masuk Neraka
Menanti saja
Wanita muda
Dendamnya mambawa
Hingga ke Putrajaya


HMS Abu Bakar
Mei2009

ORANG KAMPUNG PERLU DISELAMATKAN


I
Nasib orang kampung
Minda sentiasa dikepong
Dilihat mungkar seperti baik
Dilihat lanun sebagai penyelamat bangsa
Dasar PPSMI merosakkan bahasa
Dasar PPSMI mencabul Perlembagaan Negara
Bila minta mansuhkan
Jawabnya kaji dulu
Duit berbilion sudah terpakai
Hasilnya mat rempit
Penagih dadah
Aurat terdedah
Anak luar nikah
Ratusan ribu
Dari bangsa Melayu

II
Nasib orang kampung
Jiwa terkepong
Menyokong
Pimpinan tak bertudung
Menyokong pimpinan bertelinga satu
Berlidah dua
Ikut saja aku
Biarpun penipu
Inilah budaya pengampu
Kesan hadiah penyapu
Jadi ketua pembangkang
Dulu tazkirah Ramadhan dilarang
Tuan Guru dilarang
Sekarang
Ada peluang
Untuk menyeberang
Tinggalkan puak temberang
Sokong yang kuat sembahyang
Dermakan wang
Untuk Nabi tersayang

III
Dengan ini saja
Orang Melayu dapat diselamatkan
Di dunia dan Hari Kemudian
Bila pemimpin beriman
Bila pemimpin bertaqwa
Bila pemimpin cinta akhirat
Bila pemimpin berjuang untuk kebajikan rakyat


HMS Abu Bakar
Mei2009

Khamis, 12 Ogos 2010

KRISIS KETUANAN MELAYU


I
Bila janji dikhianati
Kehidupan tidak berkualiti
Jiwa di dalam pun mati

II
Di alam roh kita mengakui
Allah itu
Tuhan kita
Bila dapat kuasa kumpul harta
Di depan mata rakyat jelata
Di dalam internet banyak cerita
Penyelewengan pihak berkuasa

III
Sejak 50 tahun berkuasa
Gunakan media massa
Gunakan Biro Tata Negara
Dikudakayukan minda peserta kursus
Dengan menyatakan ancaman
Terhadap kuasa politik Melayu
Terus terhakis
Dakwaan pejuang-pejuang keris

IV
Dengan PPSMI hati pencinta
Bahasa Melayu terguris
Chedet rasa dia penuh berkuasa
Lupa perkara 152 Perlembagaan
Lupa bahasa jiwa bangsa
Anak-anak luar bandar jadi mangsa
Ratusan ribu semuanya
Jadi mat rempit
Jadi penagih dadah
Jadi GRO
Jadi talibarut pihak berkuasa
Di depan penentang ada ISA
60 hari awal sangat terseksa
Majoriti dari anak bangsa
Dari Ketuanan Melayu

V
Iman terus layu
Otak bertaraf kalkatu
Bila kalah disuruh bersatu
Guna mufti yang nombor satu
Sedih rakyat yang berilmu

VI
Dalam P.R. mereka bertemu
Cina, India dan Melayu
Bukan lagi seteru
Tapi cintakan Malaysia
Mahu selamatkan Malaysia dari kehancuran
Di tangan pemimpin yang
Cakap tak serupa bikin

VII
Dengan Anwar mereka yakin
Dengan Hadi Awang mereka yakin
Dengan L.K. Siang mereka yakin
Ketiga-tiga pemimpin yang cakap dan buat
Tertawan rakyat
Dengan slogan mendaulatkan rakyat
Diterima yang bermaklumat
Gelombang ini tak boleh disekat
Ketuanan Melayu tak ada tempat

VIII
Krisis Ketuanan Melayu boleh disekat
Dengan bertaubat
Bertaubat dari menipu orang Melayu
Bertaubat dari menzalimi rakyat
Berjanji memulangkan harta yang disonglap
Berjanji hendak ikut akujanji
Sewaktu solat
"Sesungguhnya solatku
Ibadatku, hidupku dan
Matiku adalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam"
Bila pemimpin Melayu ikut Islam
Selesailah krisis Ketuanan Melayu
Ungku Aziz tentu setuju
Khoo Kay Kim tentu setuju
Navarathanam tentu setuju
Asri Zainal Abidin tentu setuju
Rakyat marhaen tentu setuju


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Rabu, 11 Ogos 2010

HARI AL-QUDS


Hari penuh bermakna bagi umat Islam
Di serantau alam
Dilakukan kezaliman terhadap tempat suci umat Islam
Di Masjidil Aqsa
Setelah peperangan tahun 1967
Yahudi Zionis menawan dan menguasai
Masjid Al Aqsa
Lepas itu pada tahun 1969
Sebahagian Masjid Al Aqsa
Dibakar
Oleh seorang fanatik Yahudi
Api belum sempat merebak lebih jauh lagi
Kesan pembakaran ini
Lahirlah O.I.C
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam
Sejak peristiwa biadap
Yahudi terhadap
Tempat suci ketiga
Termulia di sisi umat Islam
Yahudi Zionis dari Israel
Terus menerus
Menzalimi rakyat Palestin
Amerika Syarikat diam
Seribu bahasa
PBB puas dengan resolusi
Diam juga O.I.C
Diatasi hanya dengan
Melahirkan wira sehandal
Sultan Muhammad Al-Fateh
Seorang sultan yang bertaqwa
Sultan Murad ayahandanya juga bertaqwa
Mendampingi ulama akhirat
Solat malam jadi hobi
Tenteranya juga baik
Rakyatnya juga baik
Kombinasi pimpinan terbaik
Tentera terbaik
Rakyat terbaik
Menepati kehendak
Nabi untuk menakluki
Kota Konstantinopel
Berlaku pada tahun 1453 Masihi

Di bulan Ramadhan ini
Mari tanamkan
Cita-cita untuk
Menawan balik Baitulmuqadis
Menawan balik Masjid Al Aqsa
Tamankanlah cita-cita
Sebagaimana
Sultan Muhammad Al-Fateh
Sejarah pasti berulang
Yahudi Zionis pasti tumbang
Ditangan umat Islam yang
Kuat sembahyang
Sesama sendiri berkasih sayang
Hapuskan politik wang
Ketepikan pimpinan temberang
Talqinkan pemimpin curang
Bila pimpinan curang tumbang
Yahudi Zionis mudah diserang
Dengan iman dan istiqamah
Perkenankanlah doa kami Ya Allah


HMS Abu Bakar
Ogos2010

HANYA DI BULAN RAMADHAN


Peluang
Banyak di bulan Ramadhan
Dari nabi ambil teladan
Berpuasa kerana Allah
Di badar tentera kafir kalah
Abu Jahal mati berdarah
Di akhirat masalah
Diseksa tak sudah-sudah
Biarkan aurat isteri terdedah
Biarkan maharajalela dadah
Pengawasan terlalu lemah
Disebabkan rasuah
Punca rosak aqidah
Penyokong asobiyah
Selalu gelisah
Lima negeri dah kalah
Rakyat mahu perubahan
Rakyat mahu keadilan
Rakyat mahu kebajikan
Dengan ini
Tumpuan kita ialah
Ketaqwaan
Inilah jalan
Disediakan di bulan Ramadhan


HMS Abu Bakar

Selasa, 10 Ogos 2010

PENYESALAN AHLI ASOBIYAH

I
Asobiyah
Menyokongnya membawa rebah
Menyalahi Sunnah
Melakukan pecah amanah
Merestui rasuah

II
Asobiyah
Menyebelahi yang nyata salah
Tahu judi itu salah
Tahu arak itu salah
Tahu menipu itu salah
Tahu menyalahguna kuasa itu salah

III
Asobiyah
Menyokong kaum walaupun salah
Puncanya
Lemah aqidah
Kurang ilmu pengetahuan
Kuat nafsu amarah
Merebak penzinaan
Buat segala larangan
Tinggal pula semua suruhan
Dibiarkan ahli-ahli Persatuan
Dibiarkan ahli-ahli Pertubuhan
Bercakar-cakaran
Di atas isu keduniaan
Menanti saja
Kematian
Kesesalan
Berpanjangan
Bila bercerai roh dari badan
Baru sedar
Besarnya Tuhan
Baru tahu benarnya Islam
Baru tahu seksa kubur itu benar
Baru tahu kehidupan akhirat berkekalan
Baru mahu tinggal asobiyah
Tiada berfaedah
Nasi dah jadi bubur
Seorang diri dalam kubur


HMS Abu Bakar
Feb2007

Isnin, 9 Ogos 2010

SULTAN MUHAMMAD AL FATEH : PENAKLUK KONSTANTINOPEL

Kata-kata bijak bistari
"Sejarah itu berulang kembali"
Ada juga Sultan berkualiti
Percaya dengan Hadis Nabi
Semasa Nabi SAW masih hidup
Telah meramalkan kota Kerajaan Rom timur
Konstantinopel
Akan ditawan oleh tentera Islam
Di bawah pimpinan baik
Tentera baik
Rakyat jelatanya baik
Baik mengikut ajaran Islam
Cubaan menakluki Konstantinopel
Di zaman Sayidina Ali
Di zaman Muawiyah
Di zaman Harun Al Rashid
Di zaman Empayar Usmaniah Turki
Cubaan terakhir oleh Sultan Usmaniah
Dilakukan oleh Sultan Murad
Kegagalan tidak melemahkan semangat Sultan Murad
Dia harap keturunannya
Boleh melakukannya
Bila permaisurinya mengandung
Dan melahirkan putera yang comel
Sultan Murad mahu anaknya menjadi anak yang baik
Ditugaskan beberapa ulama mengajar agama kepada anaknya
Bernama Muhammad Al Fateh
Diajar juga ilmu peperangan
Dipastikan daripada kecil lagi
Muhammad Al Fateh
Bersolat setiap waktu
Sejak dari aqil baligh
Muhammad Al Fateh juga bersolat tahajud
Tidak pernah tinggal solat tahajud sepanjang hidupnya
Di waktu umur 19 tahun
Muhammad Al Fateh menjadi Sultan Empayar Usmaniah
Keinginan Hadis Nabi menjadi realiti
Bergelora di dalam jiwa
Sultan yang muda ini
Dipastikannya bala tentera semuanya baik
Dipastikannya rakyat semuanya baik
Dengan berlatarbelakangkan
Hadis yang bermaksud
Konstantinopel akan
Ditawan dengan
Pimpinan baik, tentera baik, rakyat baik
Pada tahun 1453 Masihi
Berangkat 250,000 tentera Turki
Menuju Kota Konstantinopel
Dengan izin Allah setelah
53 hari bertempur
Sultan Muhammad Al Fateh
Menawan Konstantinopel dan
Dinamakan Bandar itu dengan "Istanbul"
Bererti Islam keseluruhannya
Benarlah Nabi Muhammad SAW


HMS Abu Bakar
Ogos2010
Inspirasi dari novel sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib berjudul "Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel"

PERUBAHAN


I

Manusia ingin kemajuan
Manusia ingin kemakmuran
Manusia ingin keselesaan
Manusia ingin kecemerlangan
Manusia ingin kegemilangan
Manusia ingin keterbilangan
Melalui satu jalan
Melalui iman
Melalui ilmu pengetahuan
Melalui kezuhudan
Bersedia menemui Tuhan
Setelah melakukan perubahan
Dalaman
Luaran
Buat suruhan
Jauhi larangan

II

Manusia jenis ini
Berani
Berkata benar depan tirani
Berkata benar depan pembohong
Berkata benar depan penzalim
Budaya orang Muslim


HMS Abu Bakar
Jan2007

TERPEDAYA



I

Terpedaya
Golongan kaya raya

II

Terpedaya
Golongan berkuasa
Mahu kekal berkuasa
Sanggup menyalahguna kuasa
Lupa Perkara 152
Dalam Perlembagaan Negara
Lupa Perkara 160
Taarif Melayu
Beragama Islam
Berbahasa Melayu
Mengikut Adat Istiadat Melayu

III

Terpedaya
Golongan bangsawan
Memiliki banyak kemudahan
Hidup dalam kemewahan
Malas baca Al Quran
Malas baca terjemahan
Rajin bersukan
Suka akan hiburan

IV

Terpedaya
Golongan pentadbir
Membuat  perancangan mahir
Memajukan negara
Sehingga bersara
Menanti saja, Batu Dua
Majoriti kecewa
Dosa dibawa

V

Terpedaya
Golongan politik
Menyapu semua projek

VI

Terpedaya
Golongan sasterawan
Dengan tulisan
Dengan novel percisian
Dapat penndapatan berlebihan
Pembaca naik nafsu kebinatangan
Buat larangan
Berlaku penzinaan

VII

Terpedaya
Golongan pesara
Dengan macam-macam ada
Sedang melihat anak dara
Izrail tiba


HMS Abu Bakar
Nov2006

Ahad, 8 Ogos 2010

TIADA PILIHAN

Dato' Seri Anwar Ibrahim
I

"Saya tiada pilihan"
Kata wirawan
Lawan tetap lawan
Tetap ada kawan
Kawan seperjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Amal makruf nahi mungkar kata Quran
Dibenci oleh syaitan
Dibenci oleh kuasawan
Dibenci oleh hartawan
Dibenci oleh sasterawan
Yang keduniaan
Yang cinta dunia takut mati
Yang isteri ditakuti
Yang beri projek kepada kroni
Yang dapatkan nasihat Yahudi
Semoga imej diperbaiki
Untung sekarung rugi seguni

II

"Saya tiada pilihan"
Anda tiada pilihan
Semua kita tiada pilihan
Mesti ikut Tuhan
Mesti ikut Quran
Mesti berpihak kepada kebenaran
Mesti tegakkan keadilan
Bila ini dilakukan
Pasti ada pertukaran
Di peringkat Persekutuan
Semoga diperkenankan Tuhan
Harapan daripada rakyat sekelian.


HMS Abu Bakar
Ogos 2010

KEMBALI KEPADA ISLAM

I

Manusia
Mahu kebajikan
Mahu kejayaan
Mahu beruntung

II

Manusia
Mahu cemerlang,gemilang dan terbilang
Kuncinya sembahyang
Lima waktu sehari semalam
Laksanakan
Baru bermakna
"Kembali kepada Islam"

III

Manusia
Mahu menang
Perlu berjuang
Solat menjadi tiang
Bila bersolat tidak lagi temberang
Bila solat menjauhi politik wang
Seksa Neraka jelas terbayang
Sakitnya tidak dapat dibayang
Mahu taubat anak wayang
Isteri Nabi sengaja diserang
Ditonton banyak orang
Yang ada sedikit iman meradang
Tanda
Mahu
"Kembali kepada Islam"

IV

Manusia
Mudah lupa
Perintah Tuhan kena patuhi
Rasuah kena jauhi
Judi kena jauhi
Arak kena jauhi
Ulama Su' kena jauhi
Umarak kelentong kena jauhi
Korporat keparat kena jauhi
Sunnah Nabi saw diikuti
Serban
Jubah
Ketayap putih
Imam Syafie menulis tak letih-letih
Hatinya bersih
Diikuti Imam Al Ghazali
Dengan Islam syurga dibeli
Dengan jihad syurga dibeli

V

Manusia sebaik-baik kejadian
Ikut Quran
Beriman
Beramal soleh
Berani berkata yang hak
Sabar menghadapi ujian
Inilah kejayaan
Baik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Elok fikir-fikirkan
Terus amalkan


HMS Abu Bakar
Feb2007

Sabtu, 7 Ogos 2010

IMAM AL GHAZALI


Imam Al Ghazali
Bermazhab Imam Syafie
Ilmu mereka disanjung tinggi
Usaha mereka patut dipuji
Terutama yang suka mengaji
Kitab mereka merata negeri
Keredhaan Allah mereka cari
Minat ikut Sunnah Nabi
Berjubah
Berserban
Berkopiah putih
Menulis kitab tanpa letih
Ihya Ulumuddin
Hidup jiwa beragama
Pembaca dapat cahaya
Bersih hati matlamat utama
Setia pada agama
Dulu, kini dan selama-lama
Munafiq tetap memperalatkan agama
Habis usia
Kerja yang sia-sia
Di akhirat terlepas syurga
Tanpa disedari mereka


HMS Abu Bakar

IMAM SYAFIE

I

Imam Syafie
Betul-betul hamba Allah
Membantu menyelesaikan banyak masalah
Terutama isu-isu Feqah

II

Imam Syafie
Betul-betul banyak jasa
Kepada manusia
Menulis kitab tanpa hakcipta
Menulis bukan mencari harta
Menulis bukan mencari nama
Betul-betul cintakan agama

III

Imam Syafie suka menulis
Menghasilkan kitab Umm dan Risalah
Irihati yang jiwa bermasalah
Menimbulkan isu-isu khilafiah
Qunut, talqin dan tahlil arwah
Membisu pula isu rasuah
Membisu tentang penyalahgunaan kuasa
Diberi banyak ruang di media massa
Rasa
Diri perkasa

IV

Imam Syafie
Hasil karyanya berkualiti
Jasanya terbukti
Masyhur tanpa jadi Mufti


HMS Abu Bakar

Khamis, 5 Ogos 2010

PANTUN NASIB PEROMPAK

perompak
Bunga anggerik tumbuh di pokok
Berwarna putin dan merah
Panjangkan doa sewaktu rukuk
Baru nasib anda cerah

Warna merah buah rambutan
Bila masak boleh dipetik
Merompak adalah kerja syaitan
Diikuti yang ilmu cetek

Pokok cengal biasanya tinggi
Mudah tumbuh di hutan belantara
Di akhirat perompak pasti rugi
Lupa dunia hanya sementara

Ada rambutan warna kuning
Biasa isinya mudah lekang
Ketua perompak kepala pening
Status sebenar ialah pembangkang

Perompak ada berbagai jenis
Rompak kapal dan jawatan
Bila merompak terasa manis
Jelas jiwa dirasuk syaitan

Mencari rusa dalam hutan
Dapat pula seekor napoh
Musuh manusia ialah syaitan
Dengan iman pengaruhnya lumpuh

Pergi masjid menaiki kereta
Sebelum balik beli mempelam
Jiwa perompak tetap menderita
Dikutuk rakyat siang malam


HMS Abu Bakar
Mei2009

JAUHI KETUANAN LANUN

I

Aku hairan
Ada yang berpelajaran
Menyokong penyelewengan
Bukan budaya orang yang beriman

II

Aku hairan
Ada ustaz menyokong penyelewengan
Tanda kelabu iman
Cinta keduniaan
Alamat rugi Hari Kemudian
Ingat firman Tuhan
Jangan cenderung kepada penzalim
Nanti kamu disambar Api Neraka

III

Oleh itu
Tinggalkan puak
Penyokong ketuanan
Ketuanan perompak
Ketuanan lanun

IV

Gantikan
Ketuanan Rakyat
Dengan berpakat
Persaudaraan sejagat


HMS Abu Bakar
Mei2009

BALASAN PEROMPAK

Yang ada mata
Melihat
Yang ada telinga
Mendengar
Yang ada mulut
Berkata-kata
Tentang gelagat perosak demokrasi parlimen beraja
Tentang krisis perlembagaan
Tentang 2 MB
Tentang 2 Speaker
Tentang kekecohan sidang DUN
Tentang Hakim Mahkamah Tinggi
Tentang Hakim Mahkamah Rayuan
Lupa mereka
Tentang NERAKA
Tempat paling celaka
Tempat perampas kuasa
Tempat penyalahguna kuasa
Tempat dalang rompakan
Tempat para konspirator
Tempat jiwa-jiwa kotor
Tempat penjawat-penjawat awam yang korup
Tempat ulama bisu
Tempat pengampu-pengampu
Tempat manusia berotak kalkatu
Tempat penentang-penentang wahyu
Tempat sesalan tak berguna
Tempat paling hina
Merana....merana


HMS Abu Bakar
Mei2009

MULAI SEDAR

I

Keluhan orang kampung
Kos kehidupan meningkat
Kes jenayah meningkat
Keruntuhan akhlak meningkat
Kubur pula makin dekat
Amal soleh belum buat
Tiba-tiba mati
Bila teringat terus taubat
Tulis surat
Berhenti jadi ahli parti keduniaan
Berhenti menyokong keris telanjang
Mula berfikir panjang
Teringat lagu selimut putih
Jasad terbujur di pembarangan
Harta dan pangkat hanya hiasan
Amal soleh sebenar-benar bekalan
Hadir di majlis pengajian
Baru nampak jalan
Jalan kebenaran
Jalan keselamatan

II

Mula buat persiapan
Hadir di kuliah Maghrib
Hadir di kuliah Dhuha
Hadir di kuliah Thurat
Jiwa bertambah sihat
Akujanji terus ingat
Tujuan hidup beribadat
Bermula dengan niat
Betulkan aqidah
Beramal ikut ilmu Feqah
Berzikir membesarkan Allah
Nescaya hilang keluh kesah
Bila berubah
Bila tinggal parti rasuah
Baru istiqamah
Melalui akujanji
"sesungguhnya solatku,ibadatku,
hidupku dan matiku adalah untuk Allah;
Tuhan semesta alam"
Penyelamat sebenar hanya Islam
Laksanakan akujanji siang -malam


HMS Abu Bakar
Mei2009

Ahad, 1 Ogos 2010

PULAU LANGKAWI


I

Dikelilingi air
Didatangi manusia
Dari seluruh dunia

II

Pulau bersejarah
Tempat tarikan pelancong
Tanpa iman kehidupan melencung
Aqidah terpesong
Penzalim disanjung
Melalui siaran langsung
Melihat mayat diusung
Menuju tanah perkuburan
Menanti beberapa soalan
Tentang iman
Tentang amalan
Tentang ilmu pengetahuan

III

Rugi yang keduniaan
Rugi yang anti Tuhan
Rugi yang lupa solat
Rugi yang mengingkari syariat
Rugi yang buat maksiat
Rugi di akhirat
Rugi amat sangat
Fikir....fikirkan!


HMS Abu Bakar
Jul2007

LUPA DOSA

Masuk biasa
Keluar biasa
Syarat ingin berjasa
Kepada bangsa
Sedang hidup selesa
Dalam TV macam-macam ada
Dari Hollywood sarat propaganda
Hingga solat terlupa
Lupa jasa ibubapa
Lupa ajaran agama
Dengan syaitan bekerjasama
Bergelumang dengan dosa
Puak Hadhari hanya buka mata
Puak sekular bersukacita
Mengumpul harta
Cara penyalahgunaan kuasa


HMS Abu Bakar
Jul2007