Khamis, 12 Ogos 2010

KRISIS KETUANAN MELAYU


I
Bila janji dikhianati
Kehidupan tidak berkualiti
Jiwa di dalam pun mati

II
Di alam roh kita mengakui
Allah itu
Tuhan kita
Bila dapat kuasa kumpul harta
Di depan mata rakyat jelata
Di dalam internet banyak cerita
Penyelewengan pihak berkuasa

III
Sejak 50 tahun berkuasa
Gunakan media massa
Gunakan Biro Tata Negara
Dikudakayukan minda peserta kursus
Dengan menyatakan ancaman
Terhadap kuasa politik Melayu
Terus terhakis
Dakwaan pejuang-pejuang keris

IV
Dengan PPSMI hati pencinta
Bahasa Melayu terguris
Chedet rasa dia penuh berkuasa
Lupa perkara 152 Perlembagaan
Lupa bahasa jiwa bangsa
Anak-anak luar bandar jadi mangsa
Ratusan ribu semuanya
Jadi mat rempit
Jadi penagih dadah
Jadi GRO
Jadi talibarut pihak berkuasa
Di depan penentang ada ISA
60 hari awal sangat terseksa
Majoriti dari anak bangsa
Dari Ketuanan Melayu

V
Iman terus layu
Otak bertaraf kalkatu
Bila kalah disuruh bersatu
Guna mufti yang nombor satu
Sedih rakyat yang berilmu

VI
Dalam P.R. mereka bertemu
Cina, India dan Melayu
Bukan lagi seteru
Tapi cintakan Malaysia
Mahu selamatkan Malaysia dari kehancuran
Di tangan pemimpin yang
Cakap tak serupa bikin

VII
Dengan Anwar mereka yakin
Dengan Hadi Awang mereka yakin
Dengan L.K. Siang mereka yakin
Ketiga-tiga pemimpin yang cakap dan buat
Tertawan rakyat
Dengan slogan mendaulatkan rakyat
Diterima yang bermaklumat
Gelombang ini tak boleh disekat
Ketuanan Melayu tak ada tempat

VIII
Krisis Ketuanan Melayu boleh disekat
Dengan bertaubat
Bertaubat dari menipu orang Melayu
Bertaubat dari menzalimi rakyat
Berjanji memulangkan harta yang disonglap
Berjanji hendak ikut akujanji
Sewaktu solat
"Sesungguhnya solatku
Ibadatku, hidupku dan
Matiku adalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam"
Bila pemimpin Melayu ikut Islam
Selesailah krisis Ketuanan Melayu
Ungku Aziz tentu setuju
Khoo Kay Kim tentu setuju
Navarathanam tentu setuju
Asri Zainal Abidin tentu setuju
Rakyat marhaen tentu setuju


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan