Jumaat, 27 Ogos 2010

PANTUN JASA NABI


Buah rambai dalam peti
Lazat cita pada rasanya
Puasa Ramadhan mendidik hati
Dapat taqwa tanda berjaya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Menegakkan syariat bukanlah berat
Dengan jihad syurga dibeli

Burung serindik terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bulan Ramadhan banyakkanlah sembahyang
Dengan zikir kuatlah hati

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Bila harga barang naik
Pemerintahnya elok kita buang

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari seberang
Bila terima syarikat Yahudi
Keselamatan negara tentu goyang

Cuaca panas helang berlegar
Ayam terkurung di dalam reban
Bila banyak miskin tegar
Penyebabnya elok kita humban

Jeruk manis dimakan budak
Manis sekali kulit bijinya
Parti perkauman rakyat tak nak
Boleh tolak di masa pilihanraya

Makan sirih berpinang tidak
Pinang ada di bawah tangga
Bila syariat tidak hendak
Tutuplah jalan menuju syurga

Pisang emas bawa ke Bentan
Masak sebiji di atas panggung
Di bulan Ramadhan di penjara syaitan
Dosa pengkianat tetap ditanggung

Tanam lenggundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Jasa Nabi kita tak lupa
Berjihadlah dengan sepenuh hati


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan