Selasa, 24 Ogos 2010

PANTUN HAK DAN BATIL

Anak nelayan main gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Elok berzikir daripada bersembang
Baru isi Quran dihayati

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Wajah penzalim janganlah pandang
Di akhirat pasti dalam bahaya

Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang dalam sawah
Negara kita perlu diselamatkan
Daripada bencana budaya rasuah

Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi di tengah laut
Dengan iman negara diurus
Baru hati pelabur terpaut

Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Menyokong Islam tidaklah rugi
Pahala dapat bila bekerja

Buah pauh dari permatang
Dibawa dengan putik kelubi
Pemerintah zalim kita tentang
Dengan mengikut Sunnah Nabi

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Orang sekular bencikan Islam
Khazanah Negara berani dicuri

Buah Tembikai tumbuh di tanah
Masak sebiji isinya merah
Selamatkan negara daripada musnah
Undi pemimpin yang bermaruah

Burung merpati terbangnya rendah
Hinggap seekor di tengah taman
Sokong ulama banyak faedah
Penyelamat umat di akhir zaman

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Mati syahid bukanlah malang
Ikut saja yang Allah perintah

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan dalam peti
Kalau ulama yang memerintah
Kehidupan rakyat pasti berkualiti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita sama-sama mandi
Kalau maksiat sahaja dipandang
Puasa anda direstui Yahudi

Lembu baru kereta baru
Baru sekali masuk Melaka
Pimpinan Nabi elok ditiru
Di akhirat terlepas azab neraka

Malam ini membakar jagung
Malam esok merendang udang
Hak dan Batil mesti bertembung
Pemerintah zalim pasti kecundang


HMS ABU BAKAR
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan